Sila Klik Iklan Ini

Monday, June 22, 2009

SEMASA DALAM WAD

Mok cik nak citerkan secara ringkas peristiwa yang berlaku sebelum dan semasa di dalam wad time zhafif kena asma ari tuh..




Ini kejadian belum di wadkan. Masa ni kat klinik pediatrik PPUM. Tengah check ngan doc sblm diputuskan untuk diwadkan. Mat japih kena sedut benda alah tu setiap 10 minit selama 4 kali. Kalu masih ada bunyi dan peratusan oksigen masih kurang confirm dia akan diwadkan supaya senang untuk dia dapatkan perkhidmatan sedut menyedut oksigen tu di wad kelak.


10 minit kemudian kena sedut lagi



Kakak sempat posing sementara tunggu rawatan untuk adik





Posing lagi





Ini dalam wad. Kakak yang pertama lena malam tu. Penyudahnya kami 4 beranak bermalam dengan jayanya di kediaman yg bernama PPUM itu malam.





Ini masa dah dimasukkan oksigen. Sebelum tu kena sedut kahak dulu. Mokcik takdak gambar waktu sedutan dibuat sbb kena pegang kepala Japih. Kalu kat klinik pediatrik dulu poyo-poyo je ibu bapa tak leh tengok, kat wad ni ibu bapa plak kena tolong en. nurse sedutkan kahak baby tu.



Kena pakai plaster kat tiub tu, kalu dak dia asyik nak tarik je. Mula-mula pakai asyik menangis je tapi bila dah lama skit dia boleh tido dengan lenanya sbb cukup oksigen dalam badan.




Bila dia dah lupa ngan tiub ni baru dia bleh bermain dan senyum. Tapi bila tiub ni dicabut bukan main payah nak pasang balik sbb dia suka meronta.



Gambar ini untuk menjawab pertanyaan ibu rayyan itu hari. Gigi Zhafif tumbuh masa umur dia 7 1/2 bulan tapi sampai skrg duk ada 2 batang tu je, agak terbantut skit percambahan giginya tu. Cuma skrg ni dah bila 10 bulan baru nampak ada skit gigi atas nak tumbuh.




Bila duk terkurung ni zhafif suka menjerit cam tarzan sbb dia tak leh membuas. Kebetualan plak baby katil sebelah bawa banyak teddy bear rupa binatang, cam-cam bapak dia bawakkan, ada zirafah la, singa la, beruang la. Elok la tu... sini ada tarzan sebelah ada zoo ler pulak.



Hari kedua sebelum doc nak off oksigen tu zhafif kena sedut gas ini selama 15. Masa ni cukup menyeksakan sbb kena sabar ngan rontaan dia. Kalu kat klinik sedut gas ini paling lama 2 minit je tapi kat sini selama 15 minit. Pastu rehat 15 minit dan sedut lagi selama 15 minit kemudiannya. Sebegitulah sehinggan 3 kali ulang. Kesian sungguh sampai tertido...

Masa dalam wad ni time pagi lepas mandi dan time petang kena bawa japih bersiar-siar dan makan angin sekitar wad sbb mulut dia bising menjerit keboringan. Semua en. nurse kat wad ini panggil dia YB sbb asyik melawat kawasan je dengan gaya mukanya yg seruis, mata membulat dan tangan sentiasa di peha.
Satu lain yg mokcik herannya si zhafif masa dlm wad ni suka usha budak pompuan sampai tergelak-gelak gitu walaupun budak tu tak agah dia pun. Gatai sungguh laaa...kat doc pompuan pun cam tu gak, kat doc laki dia tak buat cam gitu pulak walaupun ada la doc yg boleh dikategorikan agak ensem laaaa....oppsss maknya plak ter over, ampun en. suamiku.

No comments: