Sila Klik Iklan Ini

Monday, January 5, 2009

ALAM BARU KAKAK

Kakak dah masuk alam baru iaitu alam persekolahan walaupun baru 5 tahun. Kakak masuk tadika perpaduan je. Oleh kerana tadika ni dekat ngan umah dan memudahkan urusan pengasuh untuk mengambilnya maka ibu pilihlah tadika ni. Mula tu ingatkan nak hantar kakak ke tadika cina macam Danial, kwn kakak yg duk depan umah tu tapi pikir punya pikir tak jadi la sbb tadika tu jauh dan satu lagi tak tau depa akan makan apa di sekolah sbb budak ni kecik ni lg ni, risau gak ibu...
Mula-mula sampai sekolah kakak pakai baju sekolah ngan sandal je, ibu ingatkan student pakai sandal rupanya kena pakai kasut sekolah siap ngan stokin tuuu.... aiseyman tak dapat info laaa...masa register ngan amek baju hari tu cikgu tak cakap pun dan ibu plak tak tanya... tak terlintas den, sbb masa kakak sekolah tadika Kemas kat umah tokmek dulu pakai sandal je, ibu mati-mati ingatkan student pakai sandal je. Masa tu tumpang sekolah tadika tu sekejap, bukan lama pun...sementara tggu ibu abis pantang kat kg je. Petang tu jugak ayah belikan kasut baru tuk kakak sebelum ayah balik keja. Ayah belikan 2 pasang tapi dua-duanya saiz gedabak punya besar saiz 10 dan 11. Itu la kalu beli kasut kakak tak ikut sama payahhhh... susah nak budget kaki panjang mana...


Kakak selalu jadi org yang pertama sampai sekolah. Kul 7.30 ibu dah hantar walaupun sekolah start kul 8.00am. Itu yg muka cam boring je sbb tak de kwn lagi.., keciannyerr...

No comments: