Anak dara mokcik memang penggemar yg tegar terhadap sosej. Pantang nampak sosej dlm peti ais mesti dia oder je nak makan. Oleh kerana dah boring sangat makan sosej yg digoreng maka mokcik sesuka ati telah ciptakan resepi sosej masak merah ni untuk dia.
sosej makan merah
Di bawah ni pulak sayur kacang buncis yang digoreng menggunakan daging burger yang dihancurkan. Kedai kat umah mokcik takdak daging burger yg selalu dimakan yang bertajuk en. ramly tu maka mokcik belilah daging burger yg jarang-jarang didengar dan mungkin perstime korang dengar kot iaitu jenam az**. Mokcik cukup hangin bila nak goreng daging burger ni... Dah la mahal, 11 henggit semilang kupang tu (mokcik akan seteres tahap kus-kus bila hasil barang yg dibeli tak berbaloi ngan reganya).
Bila time goreng daging burger ni iaitu tatakala dah dinyah fros dan nak dimasukkan dlm kuali ia hancur berketul-ketul dan berkecai-kecai dagingnya... tekstur daging yang tak betul la wahai en. az** yg buat resepi daging burger ni... korang tak test dulu ke sblm market wahai en. az**? Bila dah berjaya masuk dlm kuali dagingnya punya la melekat kat kualai sampai susah nak dibalik-balikkan... hancur seehhhh. Bila dah siap hanya beberapa ketul je yg cukup sifat yg lain tu semua senget benget dan cacat cela. Kalu mokcik pakai daging burger cap abang ramly tak pernah jadi cam gini weyyy... daging burger abg ramly sememangnya tiada masalah time menggoreng.
Esoknya mokcik tok seh doh nak goreng daging burger ni. Oleh kerana banyak lagi daging burgernya ada dlm 20 keping kot... nak buang sayang pulok, nanti membazir beli memahal.. so mokcik dengan sesuk ati ari cuba mencipta resepi ini. Mokcik humban sume dlm kuali dan mokcik hancurkan sambil kacau-kacau hingga kering... buat macam serunding pulok... Pastu mokcik simpan dlm peti ais, nak guna baru amek. Dan mangsa pertama adalah sayur kacang ni laa.. Tunjuk gambar skit... sekian edisi mencipta resepi dari chef sesuka ati yg tegar... wassalam..
No comments:
Post a Comment