Sila Klik Iklan Ini

Thursday, November 26, 2009

SIARAN TERTUNDA DARI PARLIMEN

Karangan hari ini adalah merupakan siaran tertunda peristiwa yang berlaku semalam. Semlm mokcik kang kena dikerahkan untuk menjadi pegawai bertugas di Parlimen iaitu Dewan Rakyat. Ini kali kedua mokcik kena dikerahkan berkhidmat untuk negara ke sana. Pestime dulu tahun 2004 kalu tak silap... lupo lak pulok... dah tuo katokan... Tapi dulu kena bertugas kat Dewan Negara. Mak aiii punya la ngantok duk dlm Dewan ni tapi semalam time duk dalam rakyat tak ngantuk sbb suka dengaq pembangkang duk bertegaq ngan pak-pak menteri kita.

Okay mokcik citer skit perjalanan untuk persidangan dewan rakyat bagi korang dah tau tu skip je la karangan mokcik ni yor. Mokcik siap tulis tentetif program lagi... musti korang nyampah ni... ala lantok ler...

8.20 : Bertolak dari Opis

8.50 : Sampai kat Parlimen.
Sebelum masuk kena amek pas pegawai bertugas kat kaunter guard dulu. Berbeza ngan time mokcik datang dulu pas ni diamek kat kaunter dlm dewan jer. Sebelum masuk kena scan diri dulu macam kat airport nun. Pastu terus mokcik cari bilik sekretariat. Dolu bilik ni takdak, kami tunggu kat sofa depan dewan ajor. Kali ni agak selesa lah sbb ada bilik walaupun bilik KPT ni dikongsi ngan Kementerian Kewangan.

9.00 : Taklimat dari En.Syahmi pegawai KPT yg ditugaskan untuk jaga Parlimen ni. Dolu maso mokcik datang dolu pegawainya pompuan lupo dah ekh namo apo. Kali ni member satu team mokcik adalah wakil dari Alumni Poli. Hanya 2 org saja dikhaskan sebagai pegawai pelapor untuk satu Kementerian yg ado kat Mesia ni. Kalu reramia sgt nanti tak cukup tmpt dlm dewan nun.

9.50 : Masuk dalam dewan. Dah ada 2 kerusi yg dikhaskan untuk KPT. En. Syahmi tunjukkan tempat Tim. Menteri dan S/u parlimen yg berkaitan KPT. So kalu depa toleh ke belakang jer,  pegawai pelapor kena mara ke depan skit sbb kerusi kami memang agak terkebelakang dan minta tolong bentara apa nak depa nak. Tak leh sesuka hati main redah jer tau. Dlm dewan ni dah ada tatatertibnya. Kena minta bantuan pembantu dewan yg dipanggil bentara kalau ada apa-apa untuk di paskan pada Tim. Menteri. Tiap kali nak duduk atau bangun time nak kuar dewan kena tunduk hormat kat Yg Dipertua.

Oleh kerana dalam dewan ni tak leh amek gambar maka nan adolah gambar mokcik time bertugas ni. Kalu nasib baik bleh lah kuar tv. Dolu mokcik penah kuar tv3 dlm buletin utama maso bertugas kat Dewan Negara, member yg bagitau depa ada tengok, mokcik tak tengok pong sbb baru otway balik umah. Smpai opis esoknya kecok depa duk cito nampak muko mokcik dlm tv. Yer lah sbb menteri yg jawab tu duk depan mokcik ni haaa, mako kuarla muko tempelan mokcik sekejap kat dlm tv nun...Mokcik pong penah gak 2,3 kali tengok muka kawan opis mokcik yg tersosat masuk tv time bertugas ni. Okay sambung balik citer mokcik yer..

10.00 : Loceng dibunyikan selama 2 minit menandakan sesi persidangan dah bermula. Kuat tul loceng dia tau.. tingat zaman sekolah dulu. Ramai la mokcik 5jumpo pak-pak menteri kali ni. Yo lah kalu pi Dewan Negara mana ada pak pak menterinya. Mokcik rasa tak yah mokcik listkan namanya kat sini kang mau panjang 44 muka surat kertas kajang plak kang... juling bijik mata korang nak baca kang.

10.02: Yg Dipertua masuk dan sume yg ado keno bangun dan tunduk pastu bacaan doa dibuat dan barulah sume bleh duduk. Yg. Dipertua mengumumkan sesi dewan hari ini sehingga 5.30 ptg. Sib baik kalu dak kes naya dibuatnya kalu jadi cam smlm kul 11.00pm baru persidangan tamat.  Sesi jawab lisan pun bermula. Giliran KPT adalah soalan no.11 dalam AUM (aum tu bukan rimau yer kenkawan tapi aturan urusan mesyuarat, ala minit mesyuarat la lebih kurang). Setiausaha parlimen KPT sempat jawab sbb soalan no.11 ni sbb agak kedepan kalu soalan-soalan yg belakang memang tak sempat jawab dah kerana sesi soal jawab lisan ni sehingga kul 11.30 pagi jer. Ada plak 2 soalan tambahan dari Y.B Limbang dan Y.B Kuala Selangor bertanyakan tentang Kolej Komuniti, so kena la mokcik tulis dan report pada setiausaha parlimen KPT sat gih.

11.32 : Sesi jawab lisan tamat dan dimulakan dengan perbahasan bajet. Kali ini kementerian yg terlibat adalah MITI dan sebelah petang adalah Kementerian KPDNKP. Sebelah pagi menteri MITI yg menjawab adalah Tok Pa Y.B Jeli yang merupakan ex menteri kami dulu nih. Sedikit ketegangan berlaku dlm dewan sbb pembangkang tak puas ati ngan AP, pemberian tender. kondisi & rega kereta proton berbanding kereta import serta pembinaan convention centre yg baru.

01.32 : Rehat. Makan kat cafe parlimen. Rasanya operator cafe ni dah bertukar sbb kali ni amat murah sekali rega makanannya. Kalu dolu mahai ya rabbi

2.30 : Loceng dewan dibunyikan lagi selama 2 minit

2.32 : Yang Dipertua masuk dan sesi perbahasan bersambung. Sesi sebelah petang ni menteri yang menjawab adalah ayah Dafi tu la Y.B Bera. Ada sedikit ketegangan gak iaitu masa pembangkang bertanyakan kementerian ini pada direct selling, IKS, promosi barang tempatan, kewujudan hipermarket dan banyak lagi lah.

5.30 : Persidangan Dewan ditangguhkan... dan kami bleh balik...

Dah habis wat karangan mokcik nak haplod gambar-gambar sekitar kat parlimen plak... Sekali bila tengok beg aiseyman tertinggal plak kamera kat umah... sbb tengah cas bateri malam tadi ...adoiii tak leh haplod gambar cam gini... weyyy... Soliii ...tunggu yer kenkawan gambar mokcik akan tunjukkan kendian.

No comments: