Sila Klik Iklan Ini

Friday, November 6, 2009

RESEPI NASI DAGANG


Di sini mokcik sertakan resepi nasi dagang terengganu yang color putih tu yer. Kepada kenkawan yg dah lama duk mintak resepi nasi dagang ni di sini mokcik sertakandan bolehlah menerai... selamat mencuba sbb nak buat nasi dagang ni renyah skit stepnya. Kepada yang baru nak menerai jangan risau sbb mokcik tunjukkan step by step macam mana nak mendagangkan nasi ini.


Nasi dagang yg siap sedia untuk berdagang ke dalam perut anda


Bahan-bahannya:
  • 1 kilo beras siam wangi yang dicampur bersama 1 - 2 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa yang dibuat 3 cawan santan ( 1 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair
  • sedikit halba
  • sedikit halia dihiris halus
  • beberapa ulas bawang merah juga dihiris halus

Cara Membuatnya:

  • Rendam beras sekurang-kurangnya 3 jam
  • Toskan beras dan kukus beras selama 20-30 minit
  • Angkat dan terus arong dengan 1 atau 2 cawan santan cair sambil dimasukkan halba, bawang dan halia
  • Kukus balik selama 20 minit
  • Angkat dan terus arong dengan santan pekat hingga sebati dengan nasi
  • Siap... sedia untuk dihidangkan...selamat berdagang lah yer puan-puan


Halba, bawang merah dan halia




Kukus kali pertama




Sesi arongan dibuat bersama santan cair, bawang, halia dan halba




Sesi mengukus kali kedua




Sesi arongan ngan santan pekat




Nasi dagang sedia untuk dimakan


No comments: