Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, November 17, 2009

HARI YG KELABU

Hari ini hari penuh kelabu bagi mokcik dan boleh jadi juga hari yang amat malang sbb hari ini dipenuhi dengan suasana kegelapan dan ke bluran. Mata mokcik tak berapa nampak weyyy sedeyy sungguh. Spek mata mokcik malam tadi telah tereksiden dan mengalami kecederaan yga maha teruk, maka hari ini mata mokcik ada sedikit juling akibat penglihatan yg sipi-sipi tahap clearnya. Jangan kata tak pakai spek kalu spek silap letak pong mokcik tak nampak nak cari, musti suruh kakak yg carikan. Kiranya agak serius jugak la tahap kerabunan ku ini. So, bersyukurlah pada korang yg tiada masalah penglihatan kerana tidak ditimpa masalah seperti ku ini...

Kejadian yg malang ini sebenarnya telah berlaku tatkala pukul 12.35 malam tadi, mokcik nak melelapkan mata, jadi ku lipat spek mata ku untuk diletakkan di hujung kepala. Tapi tetiba tanganku terlanggar dinding dan spek mataku telah berkecai putus dua gitew...teruk sekali kecederaan... maakk tolong... mokcik tak nampak ni.

Dah la time-time duit dalam poket tengah mengalami penyusutan, time ni plak la macam-macam benda nak jadi. Tu mau melayang duit mokcik barang 3, 4 ratus nak buat spek baru sat gih ni... waa sedey....mokcik sangat berkira okay tetime macam gini skrg ni... Ditambah plak bulan ini bulan paling nazak sbb masa bulan 10 ari tu dah dapat gaji awal... Time sesak begini amat terasa la akan pengeluaran duit yg hendak dibuat. Cepat la dapat gaji weyyy... So kenkawan kita saksikan keadaan mangsa seperti yang dilaporkan.


Ini la keadaan mangsa yang sememangnya parah kelihatan, menambahkan sebak di dadaku tatkala melihat keadaan mangsa ini


Tapi jangkaan bulan depan akan nazak kembali sbb duit gaji akan dihabiskan di jualan pureen pada hari Sabtu ini. Teruk tul la mokcik ni gaji ntah kemana lagi tapi plan apa yg nak dibeli sudah siap tersusun ni di pembarisannya.

No comments: