Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, November 10, 2009

NASI TELUR NYURUK

Cam kelakar jer bunyi masakan ini. Untuk pengetahuan semua sbb masakan ini la pencabulan kepada hak asasi ke atas habitat pemakanan tupai semalam terpaksa dibuat... kenapa? sbb mokcik yang masak so kena lah mokcik menerai sedap ke idak yer tak? cukup rasa ke idak kang terlebih masin kang naya kalu tak mengetest dulu... dah la kali pertama mokcik masak resepi cam gini ropa bentuknya


Nasi ni dimasak bila en. suami yg baru balik kerja suruh mokcik masak je apa-apa saja sbb dia dalam keadaan kelaparan yg tahap boleh goyang buku lali dah nii.... So mokcik pong pikir nak masak paprik cam dah biasa sangat, nak masalah nasi goreng pun cam biasa sgt. En. suami ni kalu dia tingin makan nasi goreng dia akan oder nasi goreng suruh mokcik masak tapi kali ni dia cakap apa-apa je la, maka mokcik ngan selamba badaknya telah menerai buat masakan ala ringkas dan seperti biasa lah ala-ala belasahannnn...

Nasi telur nyuruk, korang patut terai masakan ni.. tapi mana telurnya?


jeng jeng jeng... ini la telurnya, nyuruk di bawah

Untuk nak masak nasi ni senang ajer:

  • Mula-mula gorang telur mata kerbau dan ketepikan
  • Pastu tumis cili kering yg telah ditumbuk bersama bawang putih hingga garing
  • Masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk
  • Masukkan sedikit air
  • Masukkan bawang besar, sedikit belacan untuk menaikkan rasa, sos cili, sos tiram, kicap, secubit garam dan sedikit gula merah serta secubit cukup rasa
  • Masak hingga air mendidih
  • Masukkan sayuran dan kacau (mokcik pakai sayur carot ngan kailan jer)
  • Masukkan sedikit tepung jagung yg telah dibancuh dengan air untuk memekatkan kuahnya dan masak hingga semua bahan sebati
  • Dah siap tuang lauk ni atas telur yg telah diletakkan di atas pinggan bersama nasi.
  • Selamat mengetest dari mokcik sekuarga...

No comments: