Seperti yang mokcik kobar ari tu, di sini mokcik sertakan gambor sekitar kejadian yg mokcik jadi petugas kat parlimen tempoh hari. Oleh kerana mokcik terlupa kamera utk dihaplod gmbr pada hari kamis lepas maka pada mlm ni baru ada kelapangan utk mokcik haplod gmbor ni.
Walaupun area umah mokcik ni memang terkenal ngan tahap menyiput nyer si berukband ni tapi mokcik gigihkan jua untuk urusan menghaplod ni supaya dapat ditonton oleh pembaca blog mokcik ni ha. Memang ati mokcik akan cepat membara ngan prestasi kesengalan berukband ni, bayangkan 1 gambar amek masa 8 minit utk dihaplod, kalu berpuluh gmbr tu bayangkan tahap mana kesabaran nak keno ado dlm diri mokcik ni haa. Sib baik la tuhan kurniakan ati mokcik yg penuh kesabaran dan penuh kesucian ini... hohoho
Oleh kerana ati mokcik ni tersangatlah penuh kesabaran mako ado la beberapa keping lagi yg belum berjaya dihaplod, tak daya dah mokcik nan tungguh ehhh. Bab kata org bukan setakat berjanggut nak tunggu gmbr dihaplod ni tapi dah sampai tahap beruban ke dagu dah ehhh. Apa pong jomlah kenkawan tengok gmbr yg ado ni, pada kenkawan yg dah boring duk hadap parlimen ni pejam mato ekau lah yo... supaya ekau tak menyampah laei...
gambar daripado jalan raya kat bawah lagi nun
Kat depan pintu masuk, kena amek pas masuk di depan en.polis yg sedang bertugas nun
Ni makanan mokcik masa mencekik tengah hari. Giler kentang punya murah la mkn kat dlm ni, kagum giler la mokcik ngan operator cafe ni, rega murah walaupun suasana cafe ni macam eksklusif jer. Mokcik mkan nasi putih, ikan tenggiri masak lemak, telur dadar, sayur pucuk paku ngan terung, ulaman dan smbal belacan geng ngan cencaluk serta kopi o panas. Harge sume makanan ni termasuk air adalah Rm5.50 jer tau. Lagi murah dari tmpt mkn ting.8 opis mokcik ni ha
Tangga nak ke surau pong mokcik snap tau. Almaklumla mokcik segan skit nak amek gmbr kat tangga depan yg lagi cantik itew. Sbb nya ramai reporter yg duk lepak kat sofa sebelah tangga tu, malu la mokcik nak bergmbor kang terlebih glamer susah nanti
Bilik petugas menunggu, bilik ni KPT kongsi ngan MOF
Tengah menghabiskan maso, tunggu utk masuk ke sesi persidangan sebelah petang plak ni
Duk lepak buang maso laei, tunggu 2.30pm. Ada rupa keliwon tak mokcik ngan contact lens baru ni. Terpakso la mokcik pakai lens yg tak berapa nak seleso ni sbbnyer kedai cernin mata tu kata spek mokcik siap seminggu jer, tup-tup depa call kata sebulan lagi siap sbb tak dak stok kena order dulu. Ape hal nak kena tunggu sampai sebulan terus mokcik kensel kan ajo, Kedai lain berlambak lagi ado yg bleh siap dlm masa seminggu ehh.
Posing skit kat sebelah ukiran kayu yg cun ni... ukiran ni membuatkan mokcik penuh kekaguman tau maklum la mokcik ni penggemar seni klasik tinggalan lamo
Senarai ADUN Dewan Rakyat ke 12 2008
Sebelum balik kena sipakan report dlm bilik sekretariat dulu, Mokcik suruh Mr. Muru ajer yg tulis report maklum la dia ni pensyarah dulu. Balik opis baru giliran mokcik taip balik utk diemelkan pada urusetia sblm kul 12 tengah hari esok
Sempat posing depan pintu masuk sambil tunggu en.ramli datang jemput
Perkarangan parlimen
Parlimen dari sisi bawah, sisi atas belum terpikir lagi nak amek cam mano.
No comments:
Post a Comment