Seperti yang mokcik janjikan semalam di sini mokcik sertakan resepi untuk Chicken Hor Fun yang telah dimasak. Ini pun adalah salah satu peberat en. suami selain kebab. En. suami makan sampai licin moye pinggan tuuuu.
Kalu kat opis mokcik selalu makan beef hor fun kat kedai abang bob sbb abg bob hanya masak beef sahaja, chicken lum ada dlm senarai menu dia. So menu chicken ni akan ada dlm senarai menu belasahan mokcik la jawabnyer. Mokcik malas nak masak beef sbb kena tunggu lama skit untuk empuk, kalu ayam tu sat jer dah masak. Menu ni gak mokcik tambah udang supaya lebih terangkat gitew... Biasa la mokcik ni kang memang terkenal dan famus tang membuat penderhakaan pada resepi ni. Harap-harap en. bob tak tau...
Chicken Hor Fun
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dan goreng kuew teaw seketika sambil dimasukkan sedikit kicap. Pastu Ketepikan
- Tumis bawang putih dan halia hingga garing
- Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan udang atau ape-apa saja makanan laut mengikut selesa dan masak hingga dua-duanya empuk. (kalu tak nak letak makanan laut pun tak per gak)
- Masukkan sedikit air, sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap manis, sedikit lada hitam dan sedikit serbuk cukup rasa. Masak hingga air mendidih
- Masukkan sayuran seperti carot, kailan atau putik jagung dan masukkan air tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
- Masak hingga sayuran agak layu skit.
- Dah siap boleh dituang di atas kuew teaw yang telah diletakkan atas pinggan
- Boleh terus dimakan. Selamat mencuba dari mokcik sekuarga
No comments:
Post a Comment