Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, November 25, 2009

NASI TOMATO

Hari ini mokcik kena bertugas di Parlimen jadi untuk blog mokcik ni mokcik auto publish je lah. Haha tu dia kenkawan blog mokcik tetap berhapdet walaupun mokcik sibuk dengaq ahli-ahli politik duk bertekaq kat kat Dewan Rakyat ni. Dengar cite persidangan sesi kali ni agak gamat skit berbanding sidang terdahulu sbb pembangkang ada majoriti yg agak besar kat Dewan Rakyat ni. Nanti mokcik hapdet kesah kat Parlimen ni tau.

Hari ni takdak cite yg besh yang mokcik nak kobar cuma sedikit cerita edisi riak meriak jer, tapi sebelum tu mokcik tunjukkan dulu menu weekend yg lepas. Mokcik dah pasang nekad untuk weekend jer mokcik nak masak nasi besh-besh skit la untuk famili mokcik ni haa maksudnya bukan masak nasi putih la... masak nasi yg ada color-color gitew. So kali ini giliran nasi tomato pulak.

Minggu depan insyallah kalu tak dak aral melintang dan membujur lalu giliran nasi hujan panas plak. Untuk nasi tomato ni dimakan ngan ayam masak merah, acar rampai mentah dan pembangkit kunyahan adalah papadom. Time mokcik goreng papadom ni ada sedikit drama sebabak bersama kakak di tepi kuali.

Kakak: Ooo ibu masak pepadom yer?
(Mokcik agak heran mana la budak ni tau nama papadom ni, then mokcik pong tanya la budak babab mulut murai ni.)
Mokcik : Mana kakak tau nama dia papadom?
Kakak: Kakak tengok tv la, citer papadom tu.. ibu tak tengok ker? (aiii mokcik plak yg kena soal)

Seterusnya untuk edisi riak meriak plak mokcik nak kobar skit bekas yg mokcik isi lauk pauk nasi tomato ni adalah hasil jualan super mega sale tupperware dari mama rose... jangan jeles yer puan sellybuke mokcik dapat harga runtuh terduduk gitew... siap mokcik borong 2 lagi dan abiskan mana-mana stok yang ada pada mama rose. Oleh kerana bekas yg ada divider ni agak besar so mokcik jadikan tempat serving makanan jer lah,  jimatla masa membasuh pinggan mangkuk skit. Tak yah sesusah basuh 3, 4 mangkuk, basuh satu tupperware ni  dah beres segala kerja.

Semalam pulok mokcik borong frezer mate sampai ratus gak lah... sungguh rakus dan tamak haloba la mokcik ni...buruk tul perangai dan tak sedar kediri yg peti aisnyer sebesar pintu keta sang kancil jer tu... mokcik tak boleh la  tengok tupperware yg murah-murah ni terus melonjak napsu serakah yg tamak haloba ini. Ya Allah insafkan lah mokcik yg lemah ini... Tapi kang kerugian yg maha besar kalu tak dapat rega runtuh terduduk dari mama rose ini tau...Okayla abis kesah tupperware ni tengok gambar pulok la...


Nasi tomato




Lauk pauk yg diserve dlm tupperware dari rega runtuh terduduk




Ini pulok menu sebelah malam, makanan ala-ala western tak cukup sifat. Senang sungguh nak jaga famili mokcik ni terutama en. suami menu western bodo ni pong bleh jalan. Menunya french toasted, kacang panggang dan salad potato mayonis ber oregano.

No comments: