Sila Klik Iklan Ini

Monday, November 9, 2009

SUP AYAM HERBA CHINESE STYLE

Menu yang mokcik nak kobar di sini seterusnya adalah sup ayam herba chinese style. Agak lewat mokcik hapdet menu ni. Untuk pengetahuan sellybuke dan akak adoi jangan salah paham yer ini adalah menu pada weekend bukan ari ini yer puan-puan.

Alkesah macam mana tercetusnya selera mokcik ngan sup ini adalah tatkalaa mokcik tengok 703, ada tunjuk makan-makan kat singapore. Maka depa tunjuklah sup ini yang sememangnya menjadi sebutan ramai. Sup ayam ni depa buat kena dikukus. Oleh kerana tahap kemalasan sudah melanda diri maka mokcik tak kukus pong, mokcik masak macam sup biasa tu haaa...

Sup ini dibuat ikut sesedap rajin mokcik jer tapi hasilnya perk.. besh bangat tuu... berbeza dari sup biasa yang selalu duk lalu kat tekak mokcik ni. Sebenarnya resepi mokcik main campak-campak jer sbb kat siaran ni depa tak kasi tunjuk resepinya... depa kata secret.. . kedehekut tul laaa macam la kalu mokcik dapat resepi ni mokcik nak bukak restoran sebelah restoran dia... apa pong itu hak cipta nya, so kenalah kita respek.

Mokcik telah membelasah resepinya ikut kesenangan mokcik la, masak sup cam biasa cuma lebihkan sedikit halia dan tambahkan herba cina seperti kurma cina dan buah goji. Ginseng mokcik tak buh sbb mokcik tak suka ginseng yang payau itu. Cuma mokcik dengan sesuka ati telah membubuh madu untuk menaikkan kick rasanya. Mokcik masukkan madu tu supaya japih bleh minum sup ni maklumla anak terunaku itu ada masalah sinus skit...


Sup ayam herba chinese style

2 comments:

Anonymous said...

Hi there, just wanted to tell you, I loved this post. It was funny.
Keep on posting!

Here is my weblog - wood baseball

Anonymous said...

Letak madu, bkn kurma tu da manis.
Saya pon men campak...alhamdulillah sedap gak... Ni pon hasil perkongsian resepi dari pasar china..