Sila Klik Iklan Ini

Monday, November 30, 2009

SIARAN TERTUNDA GAMBAR BIRTHDAY KAKAK

Oleh kerana hari ini mokcik cuti, maka banyakla masa skit mokcik duk godek blog mokcik ni. Dalm duk godek-godek tu rupanya ada beberapa lagi karangan mokcik dlm draf yg belum dipublish. Salah satunya adalah gambr birthday kakak pada bulan lepas ni haa. So mokcik sertakan la yer di sini walapun siaran tertunda ni sudah lama basi. Alang-alang dah ade dlm draf tu mokcik publish ajor lah, malas nak delete mendelete dah ehhh.



kek yg murah ajor, maklum la last minit oder



Antara buah tangan untuk kekanak, mokcik beli kat kedai borong old town nun, murah sungguh lah ehh



Sesi isi mengisi goodis. mokcik sediakan 40 bungkug jer, utk 2 kelas kekanak di sekolah kakak



Mokcik masak 2 paket mihun, ini mihun kuali kedua.



ini mihun kuali pertama, terlebih air mihun jadi pendek-pendek macam nak hancur jer



jadi mokcik dpt akal baru utk cover silap iaitu
kawinkan kedua-dua mihun ni supaya bleh tutup mihun yg nk hancur tu. Baguskan idea mokcik ni




Oleh kerana mokcik kena bawa byk barang ke tempat kejadian maka inilah akibatnyer, kek kakak sudah cacat di tepi tu



Adik yg boring menunggu, sib baik adik tak nangis



Kakak dengan makanan yg ado



Makanan lagi



Semasa potong kek



Masa tengah nyanyi, kakak yg tak sabar nak potong kek, time nyanyi dah letak pisau kat kek.

Sunday, November 29, 2009

GAMBAR SEKITAR PARLIMEN


Seperti yang mokcik kobar ari tu, di sini mokcik sertakan gambor sekitar kejadian yg mokcik jadi petugas kat parlimen tempoh hari. Oleh kerana mokcik terlupa kamera utk dihaplod gmbr pada hari kamis lepas maka pada mlm ni baru ada kelapangan utk mokcik haplod gmbor ni.

Walaupun area umah mokcik ni memang terkenal ngan tahap menyiput nyer si berukband ni tapi mokcik gigihkan jua untuk urusan menghaplod ni supaya dapat ditonton oleh pembaca blog mokcik ni ha. Memang ati mokcik akan cepat membara ngan prestasi kesengalan berukband ni, bayangkan 1 gambar amek masa 8 minit utk dihaplod, kalu berpuluh gmbr tu bayangkan tahap mana kesabaran nak keno ado dlm diri mokcik ni haa. Sib baik la tuhan kurniakan ati mokcik yg penuh kesabaran dan penuh kesucian ini... hohoho

Oleh kerana ati mokcik ni tersangatlah penuh kesabaran mako ado la beberapa keping lagi yg belum berjaya dihaplod, tak daya dah mokcik nan tungguh ehhh. Bab kata org bukan setakat berjanggut nak tunggu gmbr dihaplod ni tapi dah sampai tahap beruban ke dagu dah ehhh. Apa pong jomlah kenkawan tengok gmbr yg ado ni, pada kenkawan yg dah boring duk hadap parlimen ni pejam mato ekau lah yo... supaya ekau tak menyampah laei...



gambar daripado jalan raya kat bawah lagi nun



Kat depan pintu masuk, kena amek pas masuk di depan en.polis yg sedang bertugas nun



Ni makanan mokcik masa mencekik tengah hari. Giler kentang punya murah la mkn kat dlm ni, kagum giler la mokcik ngan operator cafe ni, rega murah walaupun suasana cafe ni macam eksklusif jer. Mokcik mkan nasi putih, ikan tenggiri masak lemak, telur dadar, sayur pucuk paku ngan terung, ulaman dan smbal belacan geng ngan cencaluk serta kopi o panas. Harge sume makanan ni termasuk air adalah Rm5.50 jer tau. Lagi murah dari tmpt mkn ting.8 opis mokcik ni ha



Tangga nak ke surau pong mokcik snap tau. Almaklumla mokcik segan skit nak amek gmbr kat tangga depan yg lagi cantik itew. Sbb nya ramai reporter yg duk lepak kat sofa sebelah tangga tu, malu la mokcik nak bergmbor kang terlebih glamer susah nanti



Bilik petugas menunggu, bilik ni KPT kongsi ngan MOF



Tengah menghabiskan maso, tunggu utk masuk ke sesi persidangan sebelah petang plak ni



Duk lepak buang maso laei, tunggu 2.30pm. Ada rupa keliwon tak mokcik ngan contact lens baru ni. Terpakso la mokcik pakai lens yg tak berapa nak seleso ni sbbnyer kedai cernin mata tu kata spek mokcik siap seminggu jer, tup-tup depa call kata sebulan lagi siap sbb tak dak stok kena order dulu. Ape hal nak kena tunggu sampai sebulan terus mokcik kensel kan ajo, Kedai lain berlambak lagi ado yg bleh siap dlm masa seminggu ehh.



Posing skit kat sebelah ukiran kayu yg cun ni... ukiran ni membuatkan mokcik penuh kekaguman tau maklum la mokcik ni penggemar seni klasik tinggalan lamo



Senarai ADUN Dewan Rakyat ke 12 2008



Sebelum balik kena sipakan report dlm bilik sekretariat dulu, Mokcik suruh Mr. Muru ajer yg tulis report maklum la dia ni pensyarah dulu. Balik opis baru giliran mokcik taip balik utk diemelkan pada urusetia sblm kul 12 tengah hari esok



Sempat posing depan pintu masuk sambil tunggu en.ramli datang jemput



Perkarangan parlimen




Parlimen dari sisi bawah, sisi atas belum terpikir lagi nak amek cam mano.

Saturday, November 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Mokcik sekuarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua sedara mare, rakan taulan, kepada pembaca, pengunjung dan penge surt blog mokcik ni walaupun di mana jua anda berada.

Raya tahun ni mokcik raya kat besout, kampung en. suami aje. Mokcik tak balik tengganu pun sbb en. suami cuti hari jumaat je, hari sabtu dah kena masuk keje dah.. . jadi mokcik dan anak beranak dah balik kat
kl dah pong...kesian kami...

Apa pong selamat menjalankan ibadah korban lah kepada anda semua yg mengerjakannya,.

Thursday, November 26, 2009

SIARAN TERTUNDA DARI PARLIMEN

Karangan hari ini adalah merupakan siaran tertunda peristiwa yang berlaku semalam. Semlm mokcik kang kena dikerahkan untuk menjadi pegawai bertugas di Parlimen iaitu Dewan Rakyat. Ini kali kedua mokcik kena dikerahkan berkhidmat untuk negara ke sana. Pestime dulu tahun 2004 kalu tak silap... lupo lak pulok... dah tuo katokan... Tapi dulu kena bertugas kat Dewan Negara. Mak aiii punya la ngantok duk dlm Dewan ni tapi semalam time duk dalam rakyat tak ngantuk sbb suka dengaq pembangkang duk bertegaq ngan pak-pak menteri kita.

Okay mokcik citer skit perjalanan untuk persidangan dewan rakyat bagi korang dah tau tu skip je la karangan mokcik ni yor. Mokcik siap tulis tentetif program lagi... musti korang nyampah ni... ala lantok ler...

8.20 : Bertolak dari Opis

8.50 : Sampai kat Parlimen.
Sebelum masuk kena amek pas pegawai bertugas kat kaunter guard dulu. Berbeza ngan time mokcik datang dulu pas ni diamek kat kaunter dlm dewan jer. Sebelum masuk kena scan diri dulu macam kat airport nun. Pastu terus mokcik cari bilik sekretariat. Dolu bilik ni takdak, kami tunggu kat sofa depan dewan ajor. Kali ni agak selesa lah sbb ada bilik walaupun bilik KPT ni dikongsi ngan Kementerian Kewangan.

9.00 : Taklimat dari En.Syahmi pegawai KPT yg ditugaskan untuk jaga Parlimen ni. Dolu maso mokcik datang dolu pegawainya pompuan lupo dah ekh namo apo. Kali ni member satu team mokcik adalah wakil dari Alumni Poli. Hanya 2 org saja dikhaskan sebagai pegawai pelapor untuk satu Kementerian yg ado kat Mesia ni. Kalu reramia sgt nanti tak cukup tmpt dlm dewan nun.

9.50 : Masuk dalam dewan. Dah ada 2 kerusi yg dikhaskan untuk KPT. En. Syahmi tunjukkan tempat Tim. Menteri dan S/u parlimen yg berkaitan KPT. So kalu depa toleh ke belakang jer,  pegawai pelapor kena mara ke depan skit sbb kerusi kami memang agak terkebelakang dan minta tolong bentara apa nak depa nak. Tak leh sesuka hati main redah jer tau. Dlm dewan ni dah ada tatatertibnya. Kena minta bantuan pembantu dewan yg dipanggil bentara kalau ada apa-apa untuk di paskan pada Tim. Menteri. Tiap kali nak duduk atau bangun time nak kuar dewan kena tunduk hormat kat Yg Dipertua.

Oleh kerana dalam dewan ni tak leh amek gambar maka nan adolah gambar mokcik time bertugas ni. Kalu nasib baik bleh lah kuar tv. Dolu mokcik penah kuar tv3 dlm buletin utama maso bertugas kat Dewan Negara, member yg bagitau depa ada tengok, mokcik tak tengok pong sbb baru otway balik umah. Smpai opis esoknya kecok depa duk cito nampak muko mokcik dlm tv. Yer lah sbb menteri yg jawab tu duk depan mokcik ni haaa, mako kuarla muko tempelan mokcik sekejap kat dlm tv nun...Mokcik pong penah gak 2,3 kali tengok muka kawan opis mokcik yg tersosat masuk tv time bertugas ni. Okay sambung balik citer mokcik yer..

10.00 : Loceng dibunyikan selama 2 minit menandakan sesi persidangan dah bermula. Kuat tul loceng dia tau.. tingat zaman sekolah dulu. Ramai la mokcik 5jumpo pak-pak menteri kali ni. Yo lah kalu pi Dewan Negara mana ada pak pak menterinya. Mokcik rasa tak yah mokcik listkan namanya kat sini kang mau panjang 44 muka surat kertas kajang plak kang... juling bijik mata korang nak baca kang.

10.02: Yg Dipertua masuk dan sume yg ado keno bangun dan tunduk pastu bacaan doa dibuat dan barulah sume bleh duduk. Yg. Dipertua mengumumkan sesi dewan hari ini sehingga 5.30 ptg. Sib baik kalu dak kes naya dibuatnya kalu jadi cam smlm kul 11.00pm baru persidangan tamat.  Sesi jawab lisan pun bermula. Giliran KPT adalah soalan no.11 dalam AUM (aum tu bukan rimau yer kenkawan tapi aturan urusan mesyuarat, ala minit mesyuarat la lebih kurang). Setiausaha parlimen KPT sempat jawab sbb soalan no.11 ni sbb agak kedepan kalu soalan-soalan yg belakang memang tak sempat jawab dah kerana sesi soal jawab lisan ni sehingga kul 11.30 pagi jer. Ada plak 2 soalan tambahan dari Y.B Limbang dan Y.B Kuala Selangor bertanyakan tentang Kolej Komuniti, so kena la mokcik tulis dan report pada setiausaha parlimen KPT sat gih.

11.32 : Sesi jawab lisan tamat dan dimulakan dengan perbahasan bajet. Kali ini kementerian yg terlibat adalah MITI dan sebelah petang adalah Kementerian KPDNKP. Sebelah pagi menteri MITI yg menjawab adalah Tok Pa Y.B Jeli yang merupakan ex menteri kami dulu nih. Sedikit ketegangan berlaku dlm dewan sbb pembangkang tak puas ati ngan AP, pemberian tender. kondisi & rega kereta proton berbanding kereta import serta pembinaan convention centre yg baru.

01.32 : Rehat. Makan kat cafe parlimen. Rasanya operator cafe ni dah bertukar sbb kali ni amat murah sekali rega makanannya. Kalu dolu mahai ya rabbi

2.30 : Loceng dewan dibunyikan lagi selama 2 minit

2.32 : Yang Dipertua masuk dan sesi perbahasan bersambung. Sesi sebelah petang ni menteri yang menjawab adalah ayah Dafi tu la Y.B Bera. Ada sedikit ketegangan gak iaitu masa pembangkang bertanyakan kementerian ini pada direct selling, IKS, promosi barang tempatan, kewujudan hipermarket dan banyak lagi lah.

5.30 : Persidangan Dewan ditangguhkan... dan kami bleh balik...

Dah habis wat karangan mokcik nak haplod gambar-gambar sekitar kat parlimen plak... Sekali bila tengok beg aiseyman tertinggal plak kamera kat umah... sbb tengah cas bateri malam tadi ...adoiii tak leh haplod gambar cam gini... weyyy... Soliii ...tunggu yer kenkawan gambar mokcik akan tunjukkan kendian.

Wednesday, November 25, 2009

NASI TOMATO

Hari ini mokcik kena bertugas di Parlimen jadi untuk blog mokcik ni mokcik auto publish je lah. Haha tu dia kenkawan blog mokcik tetap berhapdet walaupun mokcik sibuk dengaq ahli-ahli politik duk bertekaq kat kat Dewan Rakyat ni. Dengar cite persidangan sesi kali ni agak gamat skit berbanding sidang terdahulu sbb pembangkang ada majoriti yg agak besar kat Dewan Rakyat ni. Nanti mokcik hapdet kesah kat Parlimen ni tau.

Hari ni takdak cite yg besh yang mokcik nak kobar cuma sedikit cerita edisi riak meriak jer, tapi sebelum tu mokcik tunjukkan dulu menu weekend yg lepas. Mokcik dah pasang nekad untuk weekend jer mokcik nak masak nasi besh-besh skit la untuk famili mokcik ni haa maksudnya bukan masak nasi putih la... masak nasi yg ada color-color gitew. So kali ini giliran nasi tomato pulak.

Minggu depan insyallah kalu tak dak aral melintang dan membujur lalu giliran nasi hujan panas plak. Untuk nasi tomato ni dimakan ngan ayam masak merah, acar rampai mentah dan pembangkit kunyahan adalah papadom. Time mokcik goreng papadom ni ada sedikit drama sebabak bersama kakak di tepi kuali.

Kakak: Ooo ibu masak pepadom yer?
(Mokcik agak heran mana la budak ni tau nama papadom ni, then mokcik pong tanya la budak babab mulut murai ni.)
Mokcik : Mana kakak tau nama dia papadom?
Kakak: Kakak tengok tv la, citer papadom tu.. ibu tak tengok ker? (aiii mokcik plak yg kena soal)

Seterusnya untuk edisi riak meriak plak mokcik nak kobar skit bekas yg mokcik isi lauk pauk nasi tomato ni adalah hasil jualan super mega sale tupperware dari mama rose... jangan jeles yer puan sellybuke mokcik dapat harga runtuh terduduk gitew... siap mokcik borong 2 lagi dan abiskan mana-mana stok yang ada pada mama rose. Oleh kerana bekas yg ada divider ni agak besar so mokcik jadikan tempat serving makanan jer lah,  jimatla masa membasuh pinggan mangkuk skit. Tak yah sesusah basuh 3, 4 mangkuk, basuh satu tupperware ni  dah beres segala kerja.

Semalam pulok mokcik borong frezer mate sampai ratus gak lah... sungguh rakus dan tamak haloba la mokcik ni...buruk tul perangai dan tak sedar kediri yg peti aisnyer sebesar pintu keta sang kancil jer tu... mokcik tak boleh la  tengok tupperware yg murah-murah ni terus melonjak napsu serakah yg tamak haloba ini. Ya Allah insafkan lah mokcik yg lemah ini... Tapi kang kerugian yg maha besar kalu tak dapat rega runtuh terduduk dari mama rose ini tau...Okayla abis kesah tupperware ni tengok gambar pulok la...


Nasi tomato




Lauk pauk yg diserve dlm tupperware dari rega runtuh terduduk




Ini pulok menu sebelah malam, makanan ala-ala western tak cukup sifat. Senang sungguh nak jaga famili mokcik ni terutama en. suami menu western bodo ni pong bleh jalan. Menunya french toasted, kacang panggang dan salad potato mayonis ber oregano.

Tuesday, November 24, 2009

DENGAR MESIN

Mendengar mesin basuh tengah duk spin adalah peel baru japih semenjak dua menjak dan 3 menjak ini. Apa yg best sangat tu tak tau la... hanya dia yg mengetahuinya.

Dah siap dengar bleh garu-garu telinga plak tu... bingit agaknya. Pastu tak serik-serik lagi tu, boleh duk tekup telinga berkali-kali lagi kat mesin basuh ni. Macam syok je tengok aksi dia nih, mokcik pong apa lagi harus ku amek gmbr untuk jadi tatapan donia ni... hohoho... mari kita gelakkan japihhh...



Mula-mula dengar dengan penuh kekusyukan dulu yer kekawan.
Eh! bunyi apa bising dlm ni? Ada otomen tengah lawan ngan raksase kot?




Aduh cakit tinge caye la... kureng asam punya raksase...macam nak cair dibuatnya hasil kumbahan tinge caye ni...




Eh! bunyi bising ni makin kuat la, cuba caye tengok kat atas plak, mana tau ada raksase tersepit tak leh kuar-kuar dari tadi, baik caye tolong depa.




Pasang tinge cikit lagi la..




Ooo raksase tengah buang angin... perut kembung lah tuuu...bukan tengah lawan ngan otomen... buat konpiuskan caye jer...

Monday, November 23, 2009

RONGAK ALREADY

Hahaha kakak rongak already... Semalam giginya bergoyang dan terpaksa dicabutkan oleh en. suami. Menurut cerita dari kakak pada sebelah gigi kakak duk main gigit-gigit baju, pastu tersangkut la skit baju itew kat giginya. Masa dia duk try nak tarik bajunya itew lah telah membuatkan giginya bergoyang.

Pada sebelah malam plak mokcik minta tolong en. suami tengokkan gigi kakak ni, kalu bleh cepat-cepat dicabut takut nanti jadi cam halimah jongang plak kang... susah hati kami... sapa yg tak kenal ngan halimah jonggang ni? sila angkat keyboard. Ala si halimah yg kawin ngan org kaya tuuu.. citer yg amat kelakau kat astro prima tuuu...

Mokcik pagi tadi dah tengok keadaan gigi kakak ni tapi disebabkan mokcik ni kang spesis yg tak berapa nak berani.... so mokcik paskan tugas-tugas yg seangkatan dengannya ini kepada en. suami.

Sekali en. suami tolak ajer gigi kakak dah terjatuh. Pastu terus kakak nangis bukan sbb sakit tapi sbb tengok darah kuar. Bukan byk pong darah tu skit jer... kakak pong dah tunjukkan peel yg diwarisi ibunya ini... penakut darah hohoho...

Bila tengok gigi kakak yg tercabut ni cam kelakar plak sbb kecik bebenor, mokcik terus panggil japih yang tengah leka duk tengok tv tu... Mokcik nak buat research perbandingan skit iaitu antara gigi kakak ngan gigi japih... Terkedek-kedek japih datang.

Sah! gigi kakak lebih kecik dari gigi adik walaupun adik baru setahun usianya. Gigi adik 2 kali ganda besarnya dari gigi kakak... inilah pewaris gigi kapak ku...hohoho...


ini la gigi kakak yg kecik bebenor



Hehehe rongak already... kecian dia...

Sunday, November 22, 2009

Juala Gudang Pureen

Pada Hari Sabtu dan Ahad  ini telah diadakan jualan gudang pureen untuk kali terakhir bagi tahun ni, rasanye lah kot sbb jualan ni diadakan 3 kali setahun je. Selalunya dlm bulan 3 atau 4, bulan 7 atau 8 dan bulan 11. Rasanya barang-barang kat jualan gudang ni pong dah pandai naik skrg ni, bukan barang-barang kat kedai ah cong atau kedai mutusamy atau kedai ali je yg naik tau. Kalu dibandingkan ngan mula-mula mokcik terjebak ngan jualan gudang ni rasanyer harge jauh lebih murah dari sekarang.

Dolu harga sepasang baju baby newborn bleh dapat harga RM1 atau 2 henggit, sekarang nan ado dah ehhh., paling murah pong baju kekanak skrg sepasang 6 henggit, yang 3 henggit plak baju sahaja atau seluar sahaja. Lagi satu jualan gudang pada bulan 7 ari tu mokcik beli spender kanak-kanak 3 helai singgit je tapi bila pi tengok tadi singggit plak selai... adohai donia, donia...

Tak dinafikan memola dulu time mokcik pi jualan ni eksited nak mampos, skit lagi mokcik bleh kena sawan guling-guling sbb terkejut tengok rega barangan, tapi skrg tidak lagi sbb dah lali orang kata.... dan barang pong dah pandai buat perangai dengan membuak-buak naik harganya. Kalu dolu mokcik bleh repeat 2 hari berturut-turut pi sini, hari sabtu pi dan hari ahad pong pi lagi sbb tak pueh lagi, nak dpt lagi beberang yg amat murah itew. Skrg mokcik agak cool skit tak serakus dulu dahhh... sbb apa? sbb sume brg dah ada lagi stok yg lepas.

Lagi satu bila kakak dah besar ni tak dak sgt keperluan untuk pi sana sbb kat sana tak dak baju kanak-kanak 5 tahun ke atas, kalu ada pong yg tersosat selai dua jer... yer ker? ke mokcik yg tak terebut baju tu... Kalu baju yg 3 atau 4 tahun pun dah agak susah rasanyer nak dapat. Yg berlonggok-longgok adalah baju kanak-kanak 1-2 tahun.

Kat jualan ni gak kita kena pandai rebut merebut, sentap menyentap dan selit menyelit, baru la dapat baju-baju yg cantik-cantik pada harga yg murah. Kalu nak baju harga mahai 10 henggit ke atas tu tak yah la nak berebut rasanya sbb tak ramai org kerumun kat bebaju yg mahai ni. Yg selalu org duk kerumun dan tolak menolak adalah baju yg bawah 6 henggit tu. Tu la part trademark dan paling tak leh lupa kalu pi jualan gudang ni. Kalu tak pandai nak berebut dan kalu bersikap ayu-ayu ala-ala nak kontrol malu rentikanlah niat murni tu baik tak yah pi, buang karen je... sbb kat sini mak-mak sume ganaz-ganaz... janji dapat barang anak-anak depa...

Bila tengok jumlah umat manusia yg datang tak penah surut kat jualan ni... agaknya berapa la boss pureen ni dpt hasil jualan 2 hari ni... jota...jota... jota agaknya. Mokcik duk ingatkan time ekonomi merundum ni tak ramailah umat manusia ke sana ropanya idok... masih seperti dulu kekal malah bertambah ramai lagi ade lerr.. Time nak membuat pembayaran semasa duk q panjang yg amat boring tu sempat gak sorang ayah sapa ntah tegor mokcik, katanya ramai betul org datang. Mokcik yg datang sorang pun buat-buat la peramah jugak, maklumla dan setengah jam duk terpacak kat sini tak sampai sampai turn lagi. Pastu mokcik menyampuk plak "tu la ingatkan time-time nak gawat ni tak ramai org datang, tetiba brother tadi nyampuk balik : Time gawat ni la ramai org dtg nak cari barang murah sbb mak ayah ni kalu bab barang anak yang tak dak duit pong adakan gak jugak sbb anak punya pasai" wah syahdu plak mokcik dengar... ayah sapa lah ni...

Tapi kali ni mokcik tak borong lelebih pong sbb almaklumla tengah kemarau skit ni, hari isnin baru gaji masyuk... so kena la kontrol skit pengaliran wang tunai keluar nak tunggu gaji barang sehari dua lagi ni... keciannn...

Sekian dulu kesah mokcik nan shadu pi soping di saat-saat ongkos agak kekeringan ini... tak patut betul la orgenizer wat jualan di tika dan saat nan shadu ini... uuwaaa...waaa



Ini hasil tanggapan mokcik



Punya la ramai umat manusia



Kaunter bayaran, nak byr q nyer kan main panjang lagi...



Penat q tau nak tggu wat bayaran, part yg paling tensen tipa kali jualan gudang ni



Hasil nyer, ni dah ternasuk brg chek, barang mokcik tak sebanyak mana pong maklumla tengah kering ni



Lepak skit masa tggu chek sambil minum air asam boi cejuk...

Saturday, November 21, 2009

5'S di Opis

Hari ini kami kena datang ke opis maaa. Sbb ada sesi gotong royong untuk semua staf di sini. Hari ini kami akan mulakan 5'S kat opis ni yang mana sesi pertama ini adalah untuk sisihkan semua barang-barang yang tidak diperlukan.

Susah payah je kami datang pada cecuti ni kan...kalu dibayang 5'S atas katil alanglah bahagia nya hidup... perhhh... syook habiss wa cakap lu. Tapi di atas kebaikan dan keprihatinan (cheewah ayat skema) pihak pengurusan yang telah mewajibkan kami datang, so pada hari in disediakan makan tengah hari dan kami akan diberi cuti setengah hari pada mana - mana hari jumaat akan datang.... tang cuti ni memang amat bahagia dirasakan.

Tapi yang tak erbest nyer hari ini ada jualan gudang pureen... uwaaa cam ner mokcik nak pi ni? Ini adalah acara wajib mokcik setiap tahun macam mana mokcik tradisi ni... tak kira-tak kira mokcik nak pi gak. Jap mokcik tengah cari idea ni....Sesiapa ada idea sila maju ke depan...


Di sini mokcik paparkan gambaran sebenar opis mokcik ni iaitu sebelum di make ober. Lepas raya haji nanti opis ini dijangkakan akan berubah wajah dengan lebih cantik, menawan dan anggun gitew... macam orang ler pulok doh... Tunggu nanti mokcik hebohkan satu donia gambar selepas make ober opis mokcik ni. Ko jangan ingat org ngan restoran je ada make ober tau.... opis mokcik pong tumpang semangkuk gak nak buat make ober tau. Ini kali kedua sebenarnya unit kami mengalami masalah wayer letrik berselirat kat kepala ni... Dulu masa kat tingkat 14 pong dah kena cam gini gak. Bila pindah tingkat 13 pong kena lagiii...patut ker?



Tengok tu kabel berselirat. Pastu time nak betulkan kabel ni plak 5 atau 6 kali black out hari Khamis lepas, yg paling kesian adalah pada en. komputer sbb tetiba ter shut down. Member mokcik punya pc kong terus sbb letrik shock.. sib baik pc mokcik okay.


Kotak pong berselirat dan bertempiaran sana sini gak



Ini gambaran depan bilik mokcik... lepas ni, mokcik tak leh duk dlm bilik dah, sume kena duk kat cubical ajer

Friday, November 20, 2009

PAKAI TUDUNG SAJI

Antara banyak-banyak tudung, tudung apa paling besh dipakai? Jawabnya iailah tudung saji... Eh! siapa kata tudung saji tak leh pakai? cuba tengok di bawah ni, japih dah buktikan kejayaannya memakai tudung saji. Kalu si aqil anak mak ita tu bleh pakai tudung mak dia japih lagi terror sbb bleh pakai tudung saji.. hahaha... . Idea yang agak senget dari japih ni...Tengoklah gambar sebagai bukti.

Tuan/puan yg dihormati, di cini chaye  sertakan cara-cara memakai tudung saji yer. Tak kan ibu jer bleh tunjuk cara-cara memasak ala chef tegar di sini chaye pong ada cara nak melawa gak...


Mula-mula kita letakkan tudung saji seperti ini kat kepala, letak betul-betul, kalu boleh jangan senget benget yer tuan/puan nanti kureng ayu plak kang...




Setelah di setting elok-elok kat kepala pastikan jangan goyang nanti tudung saji bertaburan. Pastu silalah pandang kamera ngan muka penuh serius, kalu bleh senyum pun jangan sbb nanti pergerakan mulut dan pipi dikhuatiri boleh menyebabkan kedudukan tudung saji anda akan terjejas.




Pastu bolehlah tuan/puan bekerja seperti biasa dengan memakai tudung saji di kepala. Amacam ayu tak chaye? ada gaya pak aji tak chaye?


Wahhh ibu tengok muka japih masam semacam jer... mulut tu plak bak kata Nabil dah bleh sangkut hanger tuuu....Sebenarnya dan sememangnya japih ni amat suka dan teramat gemar untuk bermain ngan periuk belanga di dapur. Kat umah pengasuh pong cam tu gak pengasuh cakap, pantang tinggal skit musti ke dapur je kerjanya pastu habis pingan mangkuk dan periuk belanga dipunggahnya ke depan tv. Kali ni giliran tudung saji plak, malangla ko tudung saji oiiii...dikerjakan oleh japih ni...tu yang sampai ke atas kepala tu ideanya.

Beberapa hari yg lepas dia letakkan mangkuk kat atas kepala dia. Kiranya peel letak barang atas kepala ni baru sehari dua ni yg dia dapat. Bak kata orang pantang ada barang musti ke kepala lah di landingnyer, pantang nampak barang konpem atas kepala lah diparking nyer... Apa yg best sgt letak brg kat kepala ni haa japih?. Sib baik tutup saji ngan mangkuk tu tak dak isi, bayangkan dibuatnya dlm mangkuk penuh ngan nasi bubur pastu diletakkan pulak atas kepala jawabnya habis bertempiaranlah si bubur nasi tersebut menjadi mangsa... hish..hish..hish...

Seingat mokcik la kekecik dulu tak dak plak hobi mokcik suka letakkan barang atas kepala, kalu en. suami tak tau la mokcik sbb masa tu mokcik tak kenai en. suami pong lagi hehehe. Cuma yg mokcik ingat mokcik ada la beberapa kali serkup gayung kat kepala sambil jenjalan pi telaga kat tepi sawah nun, tu ajer... itu pong sekejap je masa mokcik duk ngan arwah tok dulu, pastu pindah balik duk ngan tokmek dahh...Adakah genetik kromosom sebegiini boleh membawa ke peel japih skrg? Siapa bleh jawab, sila angkat keyboard.

 Hanya mereka ngan keluarga mereka saja tau... sekian.

Thursday, November 19, 2009

HANGKUT BARANG POK SU

Oleh kerana cuti sekolah dah nak bermula, tinggal beberapa ari je lagi, mokcik ngan alang telah ke mrsm trolak untuk hangkut barang-barang poksu (adik bongsu mokcik) untuk dibawa balik. Tahun ni bebarang kena hangkut balik semua tak leh tinggal kat stor asrama sbb tahun depan depa akan pindah bangunan baru yg ado kek sebolah nun ajork.

Rasa kagum mokcik tengok sekolah depa ni, besaq dan cantik sungguh... untung bebudak yg ada peluang study kat sini. Batch adik mokcik ni pulok adolah batch pioneer untuk mrsm trolak ni, kira batch depa seramai lebih kurang 200 ni la yg gori tempat ni.

Tetiba jari jemari mokcik yg kembung ni nak buat karangan lebih skit la pasal adik mokcik ni...bleh? bleh ajor laa. Sebabnya ada sedikit drama swasta yg berlaku dan mokcik juga nak kobar tak pernah jadi dalam sejarah keturunan adik beradik kami selepas UPSR masuk sekolah menengah boleh pindah 3 sekolah dalam masa tak sampai 6 bulan kot.

Adik mokcik ni agak cemerlang skit la berbanding adik badik kami yg lain, so lepas UPSR ari tu dia masuk sekolah asrama kat Chukai Kemaman. Tak lama kedian dia dapat ofer kat sekolah elit Mak Lagam kat Kemaman gak. Dah banyak perabis duit mak pak time nak masuk asrama elit ni. Maka dudukla dia kat asrama ni barang 2, 3 bulan. Pastu dia dapat ofer mrsm felda kat trolak ni. Tapi tokmek buat diam jer sbb tokmek ngan tok ki tak bagi anak bongsunyer ini pi belajar jejauh, so duduk la study kat sekolah yg sama ni...

Dah lepas minggu selepas orentasi kat mrsm ni baru tokmek kobarkan pada kami adik badik yg anak bongsunya ini dapat mrsm. Terkejut anak cimpanzi la mokcik ngan mok long. Kenapa tak pergi?  Terus mokcik lecture kat tok mek, bleh? ni siapa yg mak ni? ampun tokmek tak sengaja okayyy... mokcik geram tahap lipan kepala dua time ni...

Mokcik kata kita yg ada peluang masuk mrsm ni sesuka ati takmo pi, org lain teringin nak masuk sanggup guna org dalam la, guna kabel bagak punya besar la sbb kabel kekecik tak jalan, buat sakit rasa ala-ala sesemut je...

Tokmek kata time sekolah ni belajar dekat-dekat jer, tak payah belajr jejauh, time masuk U nanti baru bleh pi jejauh. Mokcik tak puas ati mokcik sambung lagi karangan mokcik kat telefon pada tokmek. Mokcik kata sampai bila nak harap mak pak? sampai bila nak duk dekat mak pak?. Masa kecik-kecik ni la nak belajar duk jauh-jauh skit sbb kalu masuk mrsm peluang senang nak pi sambung belajar kat luar negara? Betul ker? mokcik hentam je...

Ini berdasarkan pengalaman kenkawan yg lepas la, chances depa nak ke sana lebih tinggi berbanding kita hok duk study kat sekolah gomen biasa ni. Mokcik sambung lagi, kali ni ngan nada yg shadu skit la...Kalu boleh biar la ada sorang adik badik yg berjaya pi luar negara asyik kot masuk U dlm negara jer, UM, UTM, UiTM dan Poli, boring dah rasa. Nak gak merasa ada adik duk luar negara. Time sekolah ni la nak asuh duk jejauh dari kuarga sbb time masuk U nanti dah nak ke luar negara dah, takut nanti dia akan terkejut budaya...Tokmek diam je masa tu...banyak lagi mokcik wat karangan melalui telefon pada tokmek, cuma tak yah mokcik nak wat karangan kat sini, nanti korang boring bin menyampah plak....

Pastu mok long (kakak mokcik) plak  tipon tokmek cuba pujuk tokmek, last-last tokmek setuju...So dapatla adik mokcik masuk sini setelah mokcik kauntim ngan pihak HQ Mara kat KL ni, walaupun org dah abis pendaftaran. Nak dijadikan cerita rupanya adik mokcik memang nak sangat ke mrsm ni sbb tak tahan kerana  kena buli ngan senior kat sekolah lama.

Dah seminggu masuk mrsm ni mokcik ada tanya gak kena buli dak? Dia kata tak dak sbb depa ni sume sebaya tak dak senior... kira depa la paling senior nanti. Ahhh lega skit ati mokcik...Sekian dulu karangan mokcik berkaitan adik mokcik ni.  So, jom let pictures tell the story.



Jadi model skit



Pong nak bermodel gak



Ini model ke mondok?



Bangunan baru sebelah sana nun, tahun depan depa pindah sini la



Sesi punggah memunggah, mokcik tolong gak, tolong tengok jerr...hehehe



Japih orang paling ceria kat sini sbb dapat berlari sana-sini, kawasan yg lapang tak dak orang dan sume kedai tutup, satu jer yg bukak



Kakak dikerahkan menjadi penjaga adik sbb takut ke terlongkang nanti




Lariii... ibu datang



Rasa nak pi ujung sana laa... cam besh je lepak tepi longkang



Eeee adik ni diam la... asyik jalan je penat kakak... kakak yg selalu merungut



Kakak tengah kejar adik lagi sbb adik tak lekat dipegang, sesekali dipukul nyer adik... garang sungguh



 Eh dah terpusing balik dahh...