Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, August 4, 2009

TEBIAT BARU ZHAFIF



Zhafif semenjak dua menjak dan tiga menjak ni banyak peel baru yg mula berleluasa. Tebiatnya yg ketara adalah dia amat gemar tengok iklan. Kalu iklan muncul time dia nak tido lagi haru dibuatnya. Duk dlm buai pong bleh angkat kepala tu nk tengok iklan... Pastu kalu dia syok tengah tengok iklan org panggil pong tak berpaling... dan-dan abis iklan boleh plak dia pusingkan kepalanya kat kita time kita panggil... heran sungguh la mokcik.


Ni pulak tebiat yg dia baru dapat. Ari Sabtu lepas mokcik gi jualan gudang pureen, pastu terbelikan dia bekas sedut air sbb kesian tengok dia minum air dlm cawan asyik tersedak je. Sib baik bila minum air pakai bekas sedut ni jarang skit la tersedaknya. Tapi penyakit lain yg datang plakkk.... Penyakit suka sembur air...sampaikan abis basah baju dan lantai oooo.... Mari kita saksikan



Mula-mula dia senyum melebaq je bila tengok kita duk perati kat dia... ada la akai dlm kepala tu nak buat apa.


Pastu mula sedut air dulu


Seterusnya semburkan air sampai abis lenjun baju tu..



Pastu tersengeh je bila kita marahkan dia... tensen tul la mokcik.


Untuk tatapan korang lemari tv mokcik kat belakang tu pintunya pecah satu sbb terhantuk kepala si mat japih. Tebal ooo kaca tu, camne bleh pecah, dahi dia pun luka skit dan parutnya masih ada. Mokcik rasa dia akan bawa parut tu smpai ke tua la kot... Yg herannya time kena mat japih tak nangis tu... tekejut agaknya bunyi kaca berderai...



Ini adalah aksi time tengok iklan, kalu bleh nak masuk dlm tv tu skali. Ini akibat terikut peel kakak la ni suka tengok tv dekat-dekat. Ponat mokcik tegur depa ni laaa....




Roti Dadu Goreng


Dan seperti biasa mokcik akan postkan satu resipi masakan. Kali ni resepi tuk org yg nak berapa nak rajin, a.k.a berat tangan a.k.a orang yg berat segalanya laaa termasuk berat tulang skali atau orang yg teramat sibuk...Cara buatnya amat la simple dan sekejap je dah boleh ngappp...



Resipi ni mokcik dpt kat internet tapi seperti biasala mokcik akan durhaka skit sama ini punya resipi dan otter ikut selera anak tekak mokcik... jadila resepi belasahan ini.

Bahan-bahannya:

  • Seketul ikan sardin tin bersama kuahnya skit yg dihancurkan (resepi asal tak dak ni. Dia masukkan cili kering yg diblend. Mokcik tak letak cili sbb takut pedas, nanti mat japih tak leh makan. So mokcik gantikan ngan kuah sadin tu supaya masih nampak merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 keping roti gardenia (apa-apa roti pong boleh...belasah je la). Roti hendaklah dipotong dadu. Mokcik potong jadi 8 keping
  • 1 cawan daging ayam dicincang
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 3 titis sos ikan (tak nak letak pong bleh sbb resipi asalnya tak buh pong, dia buh garam je skit)
  • Sedikit sayuran mengikut selera anda. Apa-apa sayur yg dipikirkan sesuai belasah je. (mokcik guna kobis ungu ngan kacang buncis je)
  • Sedikit aji. Mokcik tak pakai garam sbb sos tiram ngan sos ikan dah masin


    Cara buatnya:
  • Goreng bawang putih hingga kuning, masukkan ayam dan masak seketika hingga ayam empuk.
  • Masukkan telur dan kacau pastu masukkan ikan sadin bersama kuahnya skit. Kacau lagi sambil hancurkan ikan sadin tu.
  • Masukkan sos tiram, sos ikan dan aji.
  • Masukkan roti bersama sayuran dan kacau barang seminit dua supaya roti sebati ngan rencahnya.
  • Siap dan boleh dihidangkan. Taburla bawang goreng atau daun bawang di atasnya jika mahu dan terus di ngappp...


3 comments:

Kherun said...

mat japih ni mmg murah dgn senyuman....

Don & Nor said...

comelnyee n encemnyee zhafif... geraaammmm.... mcm nak pecet2..
resepi kali ni blh dicobaa sbb bhn2senang nak dpt kat bumki korea nii..

safa said...

senyum dak nakal ke senyum bakal playboy nih ekekeekek