Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, December 2, 2009

TENGOK HUJAN

Kesian sungguh anak-anakku. Macam tak pernah tengok hujan. Tengoklah aksi mereka melihat hujan yg lebat melanda tu dengan penuh kepelikkan. Ini kejadian kat kampung semasa hari raya haji tempoh hari. Sungguh exited tengok gelagat mereka bila bleh tengok hujan lebat. Bukannya kat KL ni tak pernah hujan cuma, rumah kami ni nun di atas langit jadi nak merasa suasana hujan sukar dirasai dan tak original org kata hohoho...

Ibu dedolu masa kekecik pantang hujan mesti nak main air hujan nyer ler. pastu bleh main kejar-kejar sambil bergelak ketawa ngan adik badik yg lain. Kalu tokmek tak bagi main hujan siap buat alasan nak bersihkan longkang dan parit segala bagai la, janji dapat main hujan. Sekarang mokcik tak pasti plak ada lagi dak bebudak kg yg suka mandi hujan ni. Budaya mandi hujan ni rasanya tak jumpa  kat KL ni sbbnya kalu ada kes naya dibuatnya. Nak pulak hujan tu hujan asid yg mengandungi banyak toksid di dalamnya, kalu mandi gak konfem demam gamaknya lepas tu.

Agaknya akan datang anak cucu kita terutamanya yang duk kat KL ni tak kan merasa  lah kot pengalaman mandi hujan ni. Kalu ikutkan ati mokcik memang nak jugak suruh depa merasa mandi hujan ni tapi kena pikir 88 juta kali sbb kesihatan lebih utama buat diaorang. Biar tak merasa seronok sebagai mana yg kami rasa dolu yang penting jangan cari penyakit sakit. Kang sat gih ada plak yg kena pi spital. Kesian jugak jadi budak KL ni.

Sebut kesah pasal budak KL ni mokcik tingat pulak kesah kawan mokcik yg jadi cikgu sekolah rendah. Bila cikgu suruh lukis ayam, sorang murid tu lukis ayam togel yg posing terlentang macam hak duk ada kat pasar raya nun, tak dak kepala, tak dak kaki dan tak dak bulu. Rupa ayam yg dah kena sembelih spt kat giant tu.. Biar betik!!!Kesian-kesian itu ajer ayam yg dia kenal. Ayam sejati yg duk berlari-lari dan berak merata riti tu dia tak kenal. Mungkin budak ni tak dak kampung kot. Kalu ada kampung tu mungkin pernah tengok ayam itik, lembu dan sebagainya time balik kg. Harap tak semua budak yg membesar kat KL ni jadi cam gini. Ada setengahnya budak KL walaupun tak dak kampung tapi bleh kenal gak segala jenis binatang. Pembelajaran di peringkat depa ni  boleh melalui tv atau pembacaan dan sebagainya kan, betul tak?.

Seterusnya mari kita ikuti kesah japih dan kakak yg exited duk hadap hujan lebat nih.


Camna chaye nak pi sana ni?. Ni tengah duk pikir ni camno nak buat ni. Kalu bleh golek-golek atas tanah time hujan ni sorgaaa weyyy...



Eh macam laju jer air nih.. air hujan ke air terjun?



Nak cuba pegang skit la air ni... ibu tak nampak ni...



Panjat la plak. kacau betul la pagar ni, kalu dak dah lama chaye berendam dlm air yg mewah ni, macam air sungai tuu...



Besh-besh dpt air hujan, bila ibu nak bagi chaye kuar ni...



Susah-susah chaye hulur kaki la dulu skit... opss tak sampai ler pulok, bila la kaki chaye nak panjang ni...



Cuba hulur tangan plak la kot-kot bleh cecah air hujan nih...



Wah sorgaa-sorgaa kalu chaye bleh wat terjun tirup barang seround dua ni...

3 comments:

mama4A's said...

ya betui!! mandi hujan itu la yg paling besh masa kecik2 dulu... rindunya saat2 tu... huhu..

aizamia3 said...

dulu klu main hujan lelama pun xpe... x demam... best seronok... siap kena bebel lg... tp x kisah dh masa tu janji dpt main hujan... skrg kena skit je air hujan dh demamlah itulah inilah... huhuhu... x best...

ainie aziz said...

comel le japih ni. geghamm aku nak geget betis dia tu. haha!