Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, December 9, 2009

SIAKAP STIM DAN KARIPAP

Dah lama rasanya kami tak makan ikan masak stim ni, kebetulan plak hari tu kat kedai bawah umah mokcik ada jual ikan siakap 8 henggit je sekor. Boleh tahan jugak la besarnya. Mokcik rasa kalu jual ikut timbang kilo lagi mahal la.  So apa lagi jom la try  masak ikan stim versi mokcik ni iaitu versi resepi ingat-ingat lupa masa tengok chanel 703 ari tu.

Bahan-bahan:
  • Ikan siakap/ kerapu (kekadang mokcik pakai je ikan jaket)
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula perang
  • Cili padi
    Sedikit serbuk cukup rasa
Cara Memasak
  • Bersihkan ikan dan gaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah, letakk ikan dlm loyang/ bekas utk mengukus dan ketepikan seketika
  • Satukan sos ikan, sos tiram, air asam jawa, gula perang dan serbuk cukup rasa
  • Siramkan sos yg telah disatukan di atas ikan tadi
  • Hiris bawang merah, bawang putih, halia, cili dan taburkan semua bahan tersebut di atas ikan
  • Kukus ikan selama 8 - 10 minit. Jangan terlalu lama nanti terover cook dan isi ikan jadi lembek.
  • Sedia untuk dimakan dan boleh juga dihias ngan daun ketumbat



Siakap Stim



Sebelah malam mokcik terlebih rajin skit, mokcik masak karipap plak. Ini adalah masakan ulang tayang, so resepi tak disertakan di sini sbb pernah dipublish dedolu stori mori pasal karipap ni. Karipap ni adalah makanan sorga en. suami. Dapatlah dlm 26 ketul karipap malam tu. En. suami yg baru balik kerja terus ngap karipap yg panas-panas ni. Siap cakap lagi "Ibu buat banyak ni je ker?. Ini sekali ayah ngap dah habis... Aduhhh en. suamiku, kalu masak makanan sorganya tak bleh masak skit-skit tau. Mokcik rasa 26 ketul tu dah banyak dah. Esok dia duk tanya lagi karipap ada lagi dak? Adohai hantu karipap tul laa.... oppss ampun en. suami jangan murka yerrr... terkutuk skit ajerr...



Ini adalah karipap inti kentang bersama sardin. Sardin sengaja ditambah dalam kentang kerana sardin adalah makanan sorga bagi mokcik dan kakak... perh lazat ada sardin weyyy....

3 comments:

ainie aziz said...

ceni, awatlah masa kita duk serumah dulu ko tak masak yg sedap2 cam ni. langsung tak tunjuk ketereran ko tu. kalau tak, kenyang perut aku. 2 tahun tuuu (ke lebih lagi?)! hahaha!

Ceni said...

Aini,
Dedolu mana ada dapur rumah kita komplet ngan rempah ratus dan segala bagai pekakas yg ada... peti ais pun tak dak.

Zaman setuden dolu dapur komplet ngan megi dan biskut kering ajer maa...

Selly Buke said...

chef tegar tul la kak ceni nie... takper.. baguih2... idola den skrg... wakakaka