Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, December 1, 2009

RESEPI PULUT KUNING

Rasanya dah lama mokcik tak post bab memakan nih. So hari ini mokcik nak stori mori pasal pulut kuning lah, salah satu peberat mokcik gak ni makan pulut sbb tu la badan dah genduk macam beduk la ni. Ingat dulu masa kecik-kecik tokmek buat pulut ni dimakan ngan inti kelapa manis warna coklat masa kami khatam quran dedolu. Inti kelapa manis ni dimasak macam buat inti kuih ketayap tu... wahh besh sesangat, lama dah tokmek tak masak cam gini sbb kalu tokmek masak pulut ni skrg selalunya dimakan ngan rendang jer.

Masa mokcik masak pulut kuning ni kakak cakap "ibu masak nasi hantu yer"...terus mokcik rasa cuak nak makan, ye lah makan nasi hantu ko... Ini sume gara-gara tengok citer Keliwon la tu ada kesah nenek yg sakit mengindam nak makan pulut ni malam-malam buta, dah habis makan terus nenek tu jadi sihat dan cantik pastu siap bleh pi jamu pulut ni lagi kat belaan dia di belakang umah. Itu yg kakak ingat sangat, pulut kuning ni adalah nasi hantu.

So di sini kepada kenkawan yg nak masak nasi hantu ni sila la amek resepi ni. Resepi yg mokcik amek dari siapa lagi kalu bukan tokmek ambe tu.

Bahan-bahan:
  • 1 kilo beras pulut 
  • Sebiji kepala yg dibuat santan pekat (2 - 3 cawan santan) ikut kesesuaian,  sama ada mahu keras atau lembut pulut itu
  • Beberapa keping asam keping
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam dan gula ikut selera 
Cara Membuatnya:

1. Basuh beras pulut dan rendam bersama serbuk kunyit dan asam keping selama 2 - 3 jam. Jangan rendam semalaman nanti pulut menjadi lembek. Asam keping pula bertujuan supaya pulut yg dikukus nampak cantik dan bersinar.

2. Tapiskan beras pulut dan kukuslah selama 20 - 30 minit atau sehingga naik wap

3. Angkat pulut dan arong (uli) bersama dengan santan pekat 2 - 3 cawan bersama garam dan gula. Kalau pulut kuning tu bertujuan untuk dipacak bunga telur elok kurangkan santannya supaya pulut agak sedang elok dan bila dipacak bunga telur tak tumbang.

6. Kukus sekali lagi pulut selama 20 - 30 minit atau sehingga naik wap

12. Siap untuk dihidangkan. Boleh juga dimasukkan dalam apa jua acuan mengikut bentuk yg disukai jika mahu. Makanlah pulut bersama rendang atau kari atau apa-apa jua seperti sambal ikan atau serunding atau inti kelapa manis


Pulut kuning yg dihidang bersama rendang ikan tongkol.




Baru masak, belum dimasukkan dlm acuan lagi

4 comments:

Don & Nor said...

ayuyai kak...sy pun minat sesangat pulut kuning tuu.... nasib baik raya haji aritu dpt mkn kat embassy... nyum nyum...

Ceni said...

Tu la Kham akak ni bukan setakat minat dah...dah jadi cam kemaruk plak rasanya.

Raya haji ari tu pun akak dh mkn MIL yg masakkan, pagi tadi masa sembang ngan kak chek bleh tingin nk mkn lagi pulut ni lagi... memang betul kata kakak nasi berhantu hohoho...

mama4A's said...

SEDAPNYA!!!

aik! resepi pulut jer ker?? mana resepi rendang ikan tongkol tu?? hehe...

Ceni said...

untuk mama3A's, resepi rendang ikan tongkol next dan next n3 lah noo...