Haa... sekarang pasti terjawab ngape blog ku ni lama benor dah bersawang... Sekarang time nya utk ku cuci sume sawang itu walaupun rumah ku sindri tak tercuci sawangnya hohoho..
Alkesahnya disertakan kronologi tahap kebizian kononnyer lah kan...
Petang khamis: Kalut balik umah amek japih pi PPUM sbb hari ini adalah appointment doc utk xray peparunya. Tang episod nya akan distorikan kendian sbb ada stori lagi penting utk diwar-warkan
Jumaat: Sibuk masak-masak kat umah untuk layan tali perut sindri sambil melengkar depan tv dan layan kerenah anak-anak. Sempat masak makanan syurga kakak iaitu ketam cili
Sabtu: Masih lagi seperti agenda seperti di atas.
Ahad: Dapat call dari paksu kata Tok Tom meninggal. Terus bersiap-siap dan bergegas ke Bagan Serai, rumah arwah tok.
Isnin: Berlegar-legar di Taiping
Selasa: Waa daku demam, pening-pening dan muntah-muntah... sambung EL lah... pening-pening? muntah-muntah?.
Tapi di sini bukan cerita bab pening-pening dan muntah-muntah itu yang daku ingin setori morikan. Cuma daku lebih berminat untuk setorikan pasal berlegar-legar di Taiping selama 2 hari sehingga membuatkan daku mendapat demam itu.
Masa dapat call kata Tok Tom meninggal (Tok en. suami) agak terkejut gak kami dibuatnya. Apa pun al- fatihah buat Tok Tom, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan tak lupa takziah untuk semua adik badik dan anak-pinak tok tom.. Semoga kalian semua tabah hadapi dugaan.
Walaupun daku ini tak la rapat sangat dengan arwah namun kenal la jugak sbb tiap kali balik kg jumpa dengan arwah masa arwah duk ngan opah kat besout. Tapi arwah banyak abiskan masanya duk bersama anaknya di Kg Teluk Medan, Bagan Serai atau duk ngan Pakcik kat Kuala Kubu. Kakak dan japih pun selalu gak la jumpa ngan arwah yer lah depa berdua ni kiranya cicit arwah la.
Petang Ahad: Sampai ke Bagan Serai dan sempat la tengok arwah untuk kali terakhir semasa arwah dimandikan dan dikapankan sebelum dikebumikan selepas asar.
Sebelah malam bertolak ke Changkat Larah taiping untuk bermalam di rumah paksu di sana. Sebelum tu singgah dulu rumah Mak Teh kat Batu Kurau sbb esok adalah kenduri kawin anak mak teh. Kami pi tengok dan tunjuk muka je laaa... tak tolong pun, tolong makan jer hohoho..
Isnin: Pagi tu terus bergegas ke rumah Lang sbb nak menyambut lang dan familinya balik dari mengerjakan haji. Maksu dan SIL ku langsung tak tido malam tu sbb balik dari tahlil arwah terus ke rumah lang untuk masak-masak nak sambut lang balik ni. Dapatlah jugak la kami minum air zam-zam, makan buah kismis, tin, aprikot dan kekacang. Dan juga dapat buah tangan, daku dapat telekung. en. suami dapat kopiah dan kakak dapat gelang mekah. Terima kasih banyak-banyak buat Lang dan kuarga, Hj. Nazri dan isteri Hjh. Odah.
Pada tengah harinya kami terus ke Batu Kurau semula untuk hadir kenduri anak Mak Teh pulak ni, pi makan je lah kan...
Petangnya terus bertolak Bagan Serai Balik balik untuk kenduri arwah pulak... Masa kat sinila kepalaku dah mula pening-pening dan rasa nak muntah dahhh... angin satu badan dah naik ke kepala dan tak cukup rehat kot. Malam nya otway balik KL asyik muntah jer, 2, 3 kali muntah sampai lah esoknya. Badan pulak lemah jerr... nak cakap pong sora gigil-gigil jer..apa yg tak kena tak tau la.. tapi sib bak hari dah okay... boleh pi keja. Keja ni plak klau tinggal barang sari dua mau nyer menimbun pastu asyik ada call je dari client mintak cepat itu la cepatkan ini laaa... haiii seteres sungguh ehhh tu yang tak leh cuti panjang-panjang tu.
Duk terkejar pi sana- sini dan kenduri tak putus-putus akhirnya daku demam, pening dan muntah- muntah.. Itu la penyebabnya tak dak sbb lain okay...
ontway balik taiping... muka konpius ni tak senyum pong..
Lang. Tahun ni adalah kali kedua lang pi haji
Pengantin kat Batu Kurau bersama famili maksu dan hj. nazri. Tetiba kakak terselit sama, tengok tu kan main kelakar lagi kakak pakai baju pi kenduri... macam baju tidur jerr.. Apa tak nyer pagi tu memang dah pakai baju yg okay tapi en. suami telah hangkut semua si kenit yg ada pi main kat taman tasik taiping (tmpt dia duk main guli dedolu). Balik tu abis semua baju berlumuh ngan selut. Dah la baju kakak tak bawak byk so pakai la mana baju yg ada kak oiii... padan muka sapa suruh pi kotorkan baju tu haa... Sapa yg susah, maknya gak yg susah...
Memperkenakan dari kiri daku, sepasang pengantin (ntah nama pa ntah.. kejam tak daku nama pengantin pun tak tau... hohoho ampun pengantin) MIL dan SIL
3 comments:
nasib baik kak cheni citer detail...klu tak ramai yang akan tlg mendetailkan citer muntah2 n pening2 tersebut...hihi.
ahhahah ingatkan adik nk dapat adik..
hiks..
Kham: tu la akak pong dah agak dah musti ada yg akan menambahkan nanti kalu stori tu tak didetailkan...
Kak Pnut: Selamat dtg ke blog saya... adiknya tak dpt adik lagi buat ms skrg sbb tengah angkat bendera ni... hehehe
Post a Comment