Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, December 29, 2009

TANGISAN MIMPI

Daku paparkan kesah menyayat hati yang berlaku semalam. Oleh kerana kesah ini penuh tragis maka daku luah kata-kata ini dlm bentuk ayat skema skit... cheewahh gitew.

Kesah bermula di pagi nan tenang dan damai semalam. Semasa daku tengah kalut-kalu bersiap-siap untuk ke tempat kerja tetiba daku terpadang kakak tengah menangis tersedu-sedu dengan penuh esakan yg syahdu atas tilam tempat tidurnya. Ku lihat air matanya bercucuran mengalir dengan lajunya selaju aliran riak di sungai gombak. Walaupun tangisnya tidak bersuara namum hati kecilku berdetik bahawa kakak mengalami penderitaan yg amat hebat sengsaranya jika dihurai dari tahap esakkan dan aliran air matanya yg mengalir deras itu. Lantaran dek kehairanan menerjah mindaku terus daku bersuara...

Daku : kenapa kakak menangis?
Kakak : diam tak terkata
Daku : kenapa kak?
Kakak: sunyi dan sepi lagi...
Daku: Kakak mimpi ke?
Kakak: terus dianggukkan kepalanya
Daku: laaaa mimpi rupanya sampai menanggis

Ini pertama kali daku melihat kanak-kanak menangis teresak-esak penuh penderitaan akibat mimpi... macam kelakar ler pulok, mimpi sampai nangis-nangis bagai. Pernah tak korang mengalaminya.

Daku?

Daku pernah mengalami mimpi sampai berpeluh-peluh. Masa tu daku dalam darjah 6, mimpi mandi sungai pastu menyelam sedalam-dalamya. Tetiba ntah kenapa daku tak berjaya nak ke atas permukaan air terus daku lemas. Daku cuba berenang ke permukaan beberapa kali namum gagal. Daku terus meronta-rota kelemasan. Bila terjaga saja nafasku semput dan badan berpeluh-peluh. rupanya daku lemas betul. Agaknya cam ni la trajedi org mati dlm tidur tu. Mimpi lemas tatkala tidur rupanya di alam realiti lemas betul. Ya lah kata orang masa kita tidur roh kita merayau-rayau sbb tu la tidur ni umpama mati seketika.

Berbalik kita pada kesah kakak tadi. Akibat perasaan ingin tahu semakin membuak-buak dalam jiwa ragaku, daku terus berusaha bertanyakan kakak ketika berjalan ke rumah pengasuh  "kakak mimpi apa"? Namun kakak tetap membisu tak berbahasa langsung pagi itu... sehinggalah sampai dirumah pengasuh kakak masih dalam kesedihan dan tiada raik ceria di wajahnya.

Berbeza dengan hari-hari biasa. Kalau pagi-pagi nan biasa... dia lah org pertama gelak atau marah sambil memimpin tangan adik ketika berjalan ke rumah pengasuh. Maklum la adiknya kalau berjalan byk sangat tempat persinggahannya. Jumpa longkang pun nak bertempek dlm longkang dulu, jumpa tong sampah pong nak bukak tong sampah dulu, kekadang itu main kutip-kutip sampah yg ada sepanjang laluan ke rumah pengasuh... dah ropa cam DBKL plak ko adik oiii... Tu yang kakak bising sgt pepagi tu sbb adik suka main benda yg ntah apa-apa gerangannya aja.

Tak puas hati lagi dengan sebab penyebab kenapa kakak menangis, balik kerja petang semalam terus daku  bertanya lagi,

"Kakak mimpi apa mlm tadi sampai nangis?"
Terus kakak dengan pantasnya menjawab, semangatnya dah pulih bila petang menjelang

"Kakak mimpi ayah meninggal kena bunuh"
Daku: oppp...terkedu, tersentak, terdiam..(nauzubillah...mintak jauh...
Sungguh menyayat hati mimpimu  kakak...



Gambar sekadar hiasan

5 comments:

nn said...

pernah mimpi masa umur 6 tahun adik kena culik. bangun terus menangis.

masa umur 16 tahun adik yang dalam mimpi kena culik tu meninggal sebab accident...

Selly Buke said...

nn, sedihnya..

sian gak kat kakak mimpi sampai nangis2... pernah gak mimpi nangis tapi tak ingat pasai apa.. banyak sgt bermimpi di mlm ari! huhu..

Ceni said...

nn: tumpang sedih gak... harap-harap bukan begitulah penyudahnya kepada mimpi kakak tu... takutnya... mintak sempang malaikat 44

selly: memang agak sedey la tengok kakak hari tu, tapi time dia bgtau pasal mimpi tu terus daku tak terkedu... tak sangka betul dia bleh dpt mimpi cam tu...

Kherun said...

nak komen ape ekkkk... kesian ke klako ke terkedu....

maskjask said...

haloo kengkawan...kalau kakak dhia tu baru sehari mimpi gitu..anak den si nur dinie tu hari2! malahan tiap kali dia tidur dia akan mimpi membawak ke lam nyata.. pada kebiasaannya dia akan nangis tersedu2 ataupon marah giler2... adakalanya jugak dia bangun berdiri dan macam cari sesuatu... kitaorg pon naik tension. Selagi dia tak disedarkan..dia akan carry on cenggitu..kena tampar2 muka dia sikit..

tapi nak salah apa...masa ngandung kat dia tu mama dia tengah berperang ngan emosi marah dan sedih kat sesorang. so masa tu mama dia memang selalu nangis dalam mimpi atau pon jerit2 marah dalam mimpi...hmmm nak buat camner?? org nursery dini pon dah tahu dini gitu..hahaha