Sila Klik Iklan Ini

Sunday, December 27, 2009

PIKNIK DI TELUK BATIK

Kami sekuarga secara tak sengaja sekali lagi telah ke Lumut iaitu ke rumah Chik Ain lagi. Tak sengaja okay... yang mana menurut ayat skema tak sengaja di sini merujuk kepada plan secara tetiba complete ngan last minitnya sekali ya tuan/puan. Tapi kali ni kira kami bernasib baik skit sbb idok le kami sekuarga selai sepinggan sampai ke sana. Nasib baiknya adalah sebelum balik kg hari tu sempat dulu daku amek kain yg telah siap didobi kemudian teruskan perjalanan balik kg sbb nanti time balik KL pasti kedai dobi dah tutup itu yg kami amek kain dobi siang-siang dulu tu.

Sampai Lumut agak payah ski kami nak masuk kat rumah Chik Ain, kena tinggalkan ic bagai kat gate masuk nun, maklumlah utk keselamatan nk masuk dlm kem navy la katakan. Kalu time chik yon ada senang skit dia bleh pi jemput kami kat gate tu, tapi malam tu dia terpaksa balik lewat ada urusan di gym katanya. Kami bermalam satu malam di rumah baru Chik Ain yang baru beberapa minggu aje pindah ke sana. Sonok gak rasanya jadi navy ni sbb rumah dah disediakan tak payah susah-susah memeningkan kepala otak nak cari rumah tmpt berteduh utk anak bini.

Plan en. suami ke sana sebenarnya nak pi mancing, tapi disebabkan terlalu last minit punya pasai terpaksalah xtvt sorga en. suami itu dikanselkan. Agak kecewa beliau...Cuma untuk memenuhkan cuti ke sana kami hanya pi berkelah kat Teluk Batik saja pada sebelah pagi. Kemudian makan tengah hari di Shabu-Shabu steamboat kat Lumut dan lewat petang terus bertolak balik ke KL sbb en. suami dah kena masuk kerja  daaaa...

Sebelum balik KL sempat ronda-ronda kat PERNAMA dulu. Dah banyak kali pi Lumut ni baru try nk masuk. Rupanya kat sini ada sale 50% utk Corningware dan vision. Harganya mak aiii cukup murah eehhh, lagi murah dari jualan gudang yg kita pi selly oiii, harganya macam harga yg mokcik dpt main kutu tu. Set corningware 4 ketul yg bercorak bawang tu cuma RM400 ajer. Lain kali time dtg sini bleh byk duit byk skit utk dileburkan pada pinggan mangkuk dan periuk belanga yg sewaktu dengannya. Tapi tak tau ler sale ini sampai bila, kata chik ain mungkin sampai akhir tahun ni aja... uwaa kalu cam gini tak sempat la daku nak pi lagi sana lagi CNY ni...

Dah lewat petang baru kami bertolak balik KL. Sampai je KL terus daku tanya pada kakak seronok tak pi bercuti ke Lumut. Terus kakak cakap tak berapa seronok la... kalu duk hotel seronok... Ewah-ewah anak daraku asyik nak duk hotel saja...


Pemandangan senja dlm perjalanan ke Lumut





Japih dengan exitednya, kena pegang selalu kalu idak asyik nak terjun laut aja




Teluk Batik



Ramainya manusia kali ni. Dolu perstime mokcik dtg tahun 2001 masa ousmate bawak dtg sini tak la seramai ni manusianya. Sah nampaknya penduduk mesia tleh bertambah dengan jayanya.



Kakak dan kak chik, malas nak pi amek gmbar dedekat amek gmbr jejauh aje. Tak berapa nampk mukanya almaklumla kamera 10mgp aje bukan SLR pong.



Japih ngan ayah long



2 comments:

Unknown said...

ramai yer org kak.. musim cuti sekolah ekk

Ceni said...

Iena: memang ramai umat manusianya, cuti skolah campur ngan cuti xmas ni, itu yg membuatkan berkoyan-koyan manusia lepak kat sini...