Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, December 16, 2009

APPOINTMENT DOC

Hari Khamis lepas adalah hari appointment Japih ngan doc kat PP*M, utk check perkembangan asma dia tu. Last kami visit doc kat sini adalah pada bulan Sept hari tu dan doc bagi 3 bulan lagi untuk datang balik. So hari ni adalah hari yg appointmentnya dibuat pada 3 bulan lepas nun dan hari ini juga japih akan kena di x-ray peparunya.

Seperti biasa la kalu pi spital gomen yg sibuk ni memang agak lama skit menunggu. Eh tapi spital ni dak dikorporatkan bukan taraf gomen lagi. Kalu datang tak bawak GL kena bayar RM20.00 masa register tau, belum masuk la bayaran utk ubat dan xray bagai tu.  Kenapa depa cas RM20 henggit eh? spital swasta yg mokcik gi kat Shah Alam nun registernya hanya RM1.00 ajer tau. Dengan sekali bayaran RM20.00 tu boleh pi 20 kali kat spital swasta nun. Apa pun kita lupakan dulu kesah bayaran yerr...

Sekali lagi mokcik luahkan ayat-ayat tak puas hati di sini. Rasanya hobi sepenuh masa mokcik adalah komplen mengkomplen dan komen mengomen la... almaklumla "Tak bermakna hidup tanpa komplen"... hohoho... macam besh bunyi nyer boleh dijadikan motto hidup ni.. sapa setuju sila angkat keyboard. Tapi kan kalu sekali baca dah macam puak berhaluan kiri bawah tanah pulakkk ehhh... musti ada yg sakit hati baca nih... tak kesahlah nama pong blog personal, apa gunanya ada blog kalu tak leh komplen mengkomplen dan komen mengomen kan kan?

Sampai kat spital dlm kul 2.40pm pukul 3.15 pong belum dapat diregister lagi tau... lama tul duk tunggu utk di register ehhh... belum lagi tunggu utk amek xray ni. Dekat kul 3.25 baru dapat diregister pastu terus ke tingkat 2 utk xray. Kat sini pong kena amek no. utk diregister lagi sekali dan staf depa mintak GL lagi. Mokcik cakap kat bawah tadi dah bagi dah... Terus dengan berlagaknya staf tu jawap " Itu kat bawah, ini kat atas, kat atas ni pong nak jugak" Alahai kalu yer pong jawab la cara berhemah skit. Gagal nampaknya kempen budi bahasa yg gomen duk war-warkan tu. Lagi satu kenapa la urusan register kat spital ni tak centrelize ajer kan senang...nama jer spital besar...

Dah siap xray terus pi tingkat bawah balik iaitu klinik peads utk jumpa doc. Kat sini cepat plak utk jumpa doc sbb kanak-kanak kat peads respiratori ni tak ramai tapi kat kinik peads biasa lama gak kena menunggu.

Dah jumpa doc, doc cakap dada japih masih ada bunyi dan doc bagi tempoh 6 minggu lagi kena datang balik utk rawatan susulan. Kali ni doc bagi antibiotik untuk dihabiskan dlm masa 10 hari tanpa henti. Next rawatan doc kata akan buat 2 benda iaitu
  • Pertama kena scan untuk lihat sama ada wujud kecederaan atau tidak pada peparunya sbb dulu japih memang ada pneumonia.
  • Kedua adalah kena masukkan tiub dlm peparu untuk kenal pasti apa jenis kuman yg duk kat situ supaya doc boleh tentukan antibiotik apa yg sesuai nanti.
Bila dengar penjelasan doc alahai kesiannya japih sbb kena masukkan tiub tu... dah lah saluran dlm badannya masih lembut dan sempit lagi. Masa sedut kahak hari tu pong mokcik sebak menengoknya sbb ada darah keluar bila tiub yg panjang itu ditarik keluar masuk ke dalam dadanya melalui hidung dan mulut.

Dah siap jumpa doc bab yg paling cukup menyayat hati kat spital ini adalah time tunggu ubat. Kat spital ni tunggu ubat 2 jam belum tentu dapat tau. Mokcik harus tunggu 150 orang kat depan utk dpt ubatnya. Nak penuhkan masa menunggu kami mengcekik dulu. Tapi bila dah hampir 1 jam kami pi balik tmpt ubat mokcik tanya staf depa, dia ckp ubat belum siap...alahai sadisnya rasa.  En. suami dah mula gelisah sbb nak kena masuk keja kul 8.00 ni. Kami pong buat keputusan amek saja ubat tu esok. Kul 6.20 kami blah dulu, babai



Muka tensen en. suami time menunggu



Japih ceria aje


gelak sajerr... memang tak dak rupa org sakit lah



chaye nak naik ikut cini lahh...



Chaye ada kat bawah, padan muka kakak tak leh turun, yeh!yeh!


Time kami mencekik japih terlena ngan nyenyaknya walaupun di bawah sinaran lampu yg terang benderang itu



zzzz... gaya japih tidur adalah macam org tengah angkat takbir



Kakak yg senang hati dan gumbiranya



Ini ajer gambar yg mokcik amek, gambar time jumpa doc ngan time x-ray tak pulak diamek, eh time nak xray mana bleh amek gambar kan...Gambar kakak ini tiada kaitan dlm cerita ini... hahaha

No comments: