Sila Klik Iklan Ini

Thursday, December 31, 2009

SOSEJ CILI & TELUR

Resepi ni kami makan perstime masa makan petang kat Kopi Oh di PJ State ni. Esoknya time balik opis terus ajer en. suami oderkan ngan mokcik suruh masakkkan sosej ala-ala cam kat Kopi Oh ni. So apa lagi terus aje daku ngetest kan  resepi ini, tapi seperti biasa mokcik akan buat sedikit penderhakaan pada menu ini.



Menu asal yg kami makan takdak pun letak sesayur bagai tu. Tapi sosej yg mokcik masak ni dicampur ngan sedikit sayuran supaya bertambah lagi khasiatnya. Sayuran yg ditambah adalah timun jepun dan daun bawang ajer pun. Resepinya amat simple sekali, bagi tuan/puan yg terror masak tu sambil lelap pun bleh masak tau.

Bahan-bahan:
5-6 sosej ayam/ daging ikut selera anda dan hendaklah dipotong menyerong menjadi 4 atau 5 bahagian ajer.
1 biji bawang besar
3 biji cili padi
Sebiji telur
1 genggam ikan bilis digoreng garing (macam utk nasi lemak)
Sedikit sos tiram
Sedikit cukup rasa.

Cara Masak:
  • Goreng sosej hingga masak atau kekuningan skit dan ketepikan
  • Tumis bawang dan cili hingga baik bau
  • Masukkan telur, kacau-kacau skit supaya telur hancur dan masaklah hingga telur masak
  • Masukkan sosej yg telah digoreng, sos tiram dan cukup rasa dan goreng seketika
  • Masukkan ikan bilis dan kacau-kacau hingga rata
  • Angkat dan siap sedia utk dingappp


Sosej Cili Bertelur

Ini pulak kesah kakak malam tadi

Kakak: Ibu, kakak sudah buat putusan
Mokcik: Putusan apa?
Kakak: Kakak dah buat putusan nak makan buah ajer.
(Dlm hati mokcik berkata-kata : Aikkk anakku pun dah pandai nak detox ker?

Mokcik: Habis tu kakak tak nak makan nasi lah?
Kakak: Kakak nak makan nasi sehelai jer..
Mokcik: Apa sehelai?
Kakak: Kakak nak makan nasi satu kali jer. Malam-malam kakak nak makan buat epal
Mokcik: Kalu nak makan buah epal esoklah ibu beli, buah epal tak dak dlm peti ais kita.

Kakak terus meluru ke peti ais dan terus dibukanya peti ais.

Kakak: Ibu tipu, ibu kata tak ada buah epal, habis tu ni apa? (Sambil menunjukkan buah yg dipegang di tangannya)

Mokcik: Itu buah jampu kakak oiiii... bukan buah epal...

Terus mokcik ketawa...Kakak-kakak buah jampu batu dikatakan buah epal hijau.... hahahha....

Wednesday, December 30, 2009

FLORA MORA

Sebelum daku memaparkan aksi-aksi flora yg ada di taman opah ini terlebih dahulu aku nak buat karangan skit pasal kesah kamera ku ini, maklum la daku ni kan mak yg suka buat karangan. Tak bermakna hidup tanpa karangan yang berkajang-kajang okay. Walaupun cerita ini akan mendedahkan tahap kesengalan diri sindiri sebenarnya hohoho...

Alkesahnya hari tu daku ada setori morikan pasal kameraku yg meragam ntah apa silap anginnya, gmbr asyik blur ajer. Dah jenuh dah daku duk godek-godek, tekan sana tekan sini, picit sana picit sinun, setting sesana sini namun gmbr tetap blur. Dlm pale otakku sah kamera dah rosak dah ni. Tengoklah sari dua lagi nk pi hantar kedai la sbb baru setahun jagung manis ajer usia kamera ini. Tapi sib baik maskjask ada bagi komen suruh tengok kat lensa dia tu mungkin kotor kot.

Ropa-ropanya memang tepat tekaan maskjask, lensanya kotor ada cap jari kakak tuuu, kakak memang suka duk pektis amek gmbr pakai kamera ni. Bebudak memang suka memain ngan mainan bukan milik dia. Sib baik tak memalukan diri sendiri pi hantar kedai, kalu dak buat malu kerajaan aja... alahai kesiannya pada daku yg rabun teknologi ni. Memang cam gini la gayanya, brg tak rosak dikata rosak. Kalu pi kedai dan tokey tu saja nak pekena daku kata kamera rosak dan kenakan cas yg menggunung padahal dia cuci lensa je mati-mati aku akan percaya tau.

Thanks sesangat pd maskjask. So bila lensa dah dicuci daku cuba mengetest dgn mengambil gambar flora mora (ada ke istilah ni) yang ada disekitar rumah opah. So apa lagi jom kita tenangkan anak mata kita melihat aksi-aksi flora mora ini yer...Kamera daku cap ayam bandar jer dan 10mgp jer pong bukan SLR yg hebat sesangat bangat tu. Next time daku nk setori morikan aksi si pokok-pokok an pulak supaya leh ngalahkan pegawai perhutanan nun.


































































Tuesday, December 29, 2009

TANGISAN MIMPI

Daku paparkan kesah menyayat hati yang berlaku semalam. Oleh kerana kesah ini penuh tragis maka daku luah kata-kata ini dlm bentuk ayat skema skit... cheewahh gitew.

Kesah bermula di pagi nan tenang dan damai semalam. Semasa daku tengah kalut-kalu bersiap-siap untuk ke tempat kerja tetiba daku terpadang kakak tengah menangis tersedu-sedu dengan penuh esakan yg syahdu atas tilam tempat tidurnya. Ku lihat air matanya bercucuran mengalir dengan lajunya selaju aliran riak di sungai gombak. Walaupun tangisnya tidak bersuara namum hati kecilku berdetik bahawa kakak mengalami penderitaan yg amat hebat sengsaranya jika dihurai dari tahap esakkan dan aliran air matanya yg mengalir deras itu. Lantaran dek kehairanan menerjah mindaku terus daku bersuara...

Daku : kenapa kakak menangis?
Kakak : diam tak terkata
Daku : kenapa kak?
Kakak: sunyi dan sepi lagi...
Daku: Kakak mimpi ke?
Kakak: terus dianggukkan kepalanya
Daku: laaaa mimpi rupanya sampai menanggis

Ini pertama kali daku melihat kanak-kanak menangis teresak-esak penuh penderitaan akibat mimpi... macam kelakar ler pulok, mimpi sampai nangis-nangis bagai. Pernah tak korang mengalaminya.

Daku?

Daku pernah mengalami mimpi sampai berpeluh-peluh. Masa tu daku dalam darjah 6, mimpi mandi sungai pastu menyelam sedalam-dalamya. Tetiba ntah kenapa daku tak berjaya nak ke atas permukaan air terus daku lemas. Daku cuba berenang ke permukaan beberapa kali namum gagal. Daku terus meronta-rota kelemasan. Bila terjaga saja nafasku semput dan badan berpeluh-peluh. rupanya daku lemas betul. Agaknya cam ni la trajedi org mati dlm tidur tu. Mimpi lemas tatkala tidur rupanya di alam realiti lemas betul. Ya lah kata orang masa kita tidur roh kita merayau-rayau sbb tu la tidur ni umpama mati seketika.

Berbalik kita pada kesah kakak tadi. Akibat perasaan ingin tahu semakin membuak-buak dalam jiwa ragaku, daku terus berusaha bertanyakan kakak ketika berjalan ke rumah pengasuh  "kakak mimpi apa"? Namun kakak tetap membisu tak berbahasa langsung pagi itu... sehinggalah sampai dirumah pengasuh kakak masih dalam kesedihan dan tiada raik ceria di wajahnya.

Berbeza dengan hari-hari biasa. Kalau pagi-pagi nan biasa... dia lah org pertama gelak atau marah sambil memimpin tangan adik ketika berjalan ke rumah pengasuh. Maklum la adiknya kalau berjalan byk sangat tempat persinggahannya. Jumpa longkang pun nak bertempek dlm longkang dulu, jumpa tong sampah pong nak bukak tong sampah dulu, kekadang itu main kutip-kutip sampah yg ada sepanjang laluan ke rumah pengasuh... dah ropa cam DBKL plak ko adik oiii... Tu yang kakak bising sgt pepagi tu sbb adik suka main benda yg ntah apa-apa gerangannya aja.

Tak puas hati lagi dengan sebab penyebab kenapa kakak menangis, balik kerja petang semalam terus daku  bertanya lagi,

"Kakak mimpi apa mlm tadi sampai nangis?"
Terus kakak dengan pantasnya menjawab, semangatnya dah pulih bila petang menjelang

"Kakak mimpi ayah meninggal kena bunuh"
Daku: oppp...terkedu, tersentak, terdiam..(nauzubillah...mintak jauh...
Sungguh menyayat hati mimpimu  kakak...



Gambar sekadar hiasan

Monday, December 28, 2009

STIMBOT DI LUMUT

Jom la merasa stimbot yang bertempat kat Lumut ni. Nama tempatnya adalah Shabu-shabu. Rega makanan di sini satu kepala untuk dewasa adalah RM10.00 aja tau, termurah di pasaran beb. Bagi kanak-kanak pulok reganya RM6.90. Kanak-kanak di kedai ni dikategorikan sebagai bebudak yg mempunyai tinggi kurang dari 120cm. Bebudak yg lebih tinggi ni hatta berumur 4 hari sekali pong akan dikategorikan sebagai dewasa...hehehe ye ker? Ye la sbb kat tepi kaunter kedai ni ada disediakan ukuran tahap ketinggian ni okay...

Kat kedai ni ada logo halal dan makanan disediakan secara buffet. Kami singgah di sini time balik piknik dari Teluk Batik hari tu. Makanlah sebanyak mana yg mampu disumbat dalam tali perut tuan/ puan ya cuma kalu membazir sisa makanan akan ditimbang dan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap 100gm. Tapi kami sekuarga makan licin tak dak membazir langsung ehhh...habis dingappp, maklumla perut kami sememangnya dibiarkan kosong sejak dari pagi supaya kami bleh mencekik dengan jayanya di sini. Agaknya kalu tokey dia tengok musti menyesal ni.... buat rugi kedai aje... yer la sume makan pelahap ala-ala macam jin tanah rupernya hohoho...

Tapi ngape kedai ni murah sangat erk? Sbbnya daku rasa kedai ini tak sediakan byk fresh seafood yang ada cuma sotong rendam ngan kerang sahaja lelain adalah spesis makanan segera ala-ala fish ball, fish cake tu. So jgn mimpi la nak mkn ketam dan udang bagai di kedai ni nan ado weyyy. Kalu ado spesis seafood seperti di atas kompom reganya tak jadi 10 henggit laaaa....

Kami hanya oder 2 kuah sahaja iaitu sup ayam dan tomyam utk dicelupkan yg bebahan stimbot ini. Selain stimbot berupa fish cake dan fish ball tu ada gak disediakan ayam, daging, sayuran, wantan, cendawan, salad dan tidak ketinggalan side dish yg lain seperti mee, kueteow, nasi goreng, nasi putih ngan lauk-pauk, buahan, pencuci mulut, air dan yg paling bebudak ngan makpak suka adalah ada pelbagai  perisa aiskim. Boleh dikatakan pueh hati la kami makan kat sini. So apa lagi jom la pi terjah kedai ni reramai tapi kena pi Lumut la. Lokasinya adalah berdekatan ngan Kamdar. Selamat menerjah.


Meja kami sekuarga yg dicantum 3 bijik meja



 Pilihan yg ada



Amek-amek jgn tak amek yerr...



 Pilih-pilih, jgn malu-malu



Berasap... abg. bomba tolong... ehhh tak kan kena panggil en. bomba kot



Tengah menggelegak ni



 2 kuah sup yg kami pilih



 Sup ayam



 Kuah tomyam



 Jemput makan.. bismillah

Sunday, December 27, 2009

PIKNIK DI TELUK BATIK

Kami sekuarga secara tak sengaja sekali lagi telah ke Lumut iaitu ke rumah Chik Ain lagi. Tak sengaja okay... yang mana menurut ayat skema tak sengaja di sini merujuk kepada plan secara tetiba complete ngan last minitnya sekali ya tuan/puan. Tapi kali ni kira kami bernasib baik skit sbb idok le kami sekuarga selai sepinggan sampai ke sana. Nasib baiknya adalah sebelum balik kg hari tu sempat dulu daku amek kain yg telah siap didobi kemudian teruskan perjalanan balik kg sbb nanti time balik KL pasti kedai dobi dah tutup itu yg kami amek kain dobi siang-siang dulu tu.

Sampai Lumut agak payah ski kami nak masuk kat rumah Chik Ain, kena tinggalkan ic bagai kat gate masuk nun, maklumlah utk keselamatan nk masuk dlm kem navy la katakan. Kalu time chik yon ada senang skit dia bleh pi jemput kami kat gate tu, tapi malam tu dia terpaksa balik lewat ada urusan di gym katanya. Kami bermalam satu malam di rumah baru Chik Ain yang baru beberapa minggu aje pindah ke sana. Sonok gak rasanya jadi navy ni sbb rumah dah disediakan tak payah susah-susah memeningkan kepala otak nak cari rumah tmpt berteduh utk anak bini.

Plan en. suami ke sana sebenarnya nak pi mancing, tapi disebabkan terlalu last minit punya pasai terpaksalah xtvt sorga en. suami itu dikanselkan. Agak kecewa beliau...Cuma untuk memenuhkan cuti ke sana kami hanya pi berkelah kat Teluk Batik saja pada sebelah pagi. Kemudian makan tengah hari di Shabu-Shabu steamboat kat Lumut dan lewat petang terus bertolak balik ke KL sbb en. suami dah kena masuk kerja  daaaa...

Sebelum balik KL sempat ronda-ronda kat PERNAMA dulu. Dah banyak kali pi Lumut ni baru try nk masuk. Rupanya kat sini ada sale 50% utk Corningware dan vision. Harganya mak aiii cukup murah eehhh, lagi murah dari jualan gudang yg kita pi selly oiii, harganya macam harga yg mokcik dpt main kutu tu. Set corningware 4 ketul yg bercorak bawang tu cuma RM400 ajer. Lain kali time dtg sini bleh byk duit byk skit utk dileburkan pada pinggan mangkuk dan periuk belanga yg sewaktu dengannya. Tapi tak tau ler sale ini sampai bila, kata chik ain mungkin sampai akhir tahun ni aja... uwaa kalu cam gini tak sempat la daku nak pi lagi sana lagi CNY ni...

Dah lewat petang baru kami bertolak balik KL. Sampai je KL terus daku tanya pada kakak seronok tak pi bercuti ke Lumut. Terus kakak cakap tak berapa seronok la... kalu duk hotel seronok... Ewah-ewah anak daraku asyik nak duk hotel saja...


Pemandangan senja dlm perjalanan ke Lumut





Japih dengan exitednya, kena pegang selalu kalu idak asyik nak terjun laut aja




Teluk Batik



Ramainya manusia kali ni. Dolu perstime mokcik dtg tahun 2001 masa ousmate bawak dtg sini tak la seramai ni manusianya. Sah nampaknya penduduk mesia tleh bertambah dengan jayanya.



Kakak dan kak chik, malas nak pi amek gmbar dedekat amek gmbr jejauh aje. Tak berapa nampk mukanya almaklumla kamera 10mgp aje bukan SLR pong.



Japih ngan ayah long