Sila Klik Iklan Ini

Friday, January 8, 2010

PEEL LANDING RATA RITI

Ini adalah peel Japih semenjak dua menjak dan tiga menjak ini... suka sangat tidur atau landing merata riti. Hari tu dia landing kat dapur pastu landing kat tempat rak kasut plak... ish ish ish... tmpat pembiakan bekteria merbahaya tu...

Kalu landing kat ruang tamau atau kat bawah meja makan tok sah nak cakap la berapa kali dah. Tengah syok main tetiba dia tingat nak landing terus landing gaya terbaring gitew... kelakar sgt... dari posisi berdiri tiba-tiba bleh landing plak wa cakap lu...

Yg paling sadis masa balik kg hari tu dia nak lending kat atas tanah tu... tengah kusyuk duk lari-lari sana sini sbb sonot tengok ramai org time wat kenduri di hari kejadian tetiba dia duduk, pastu terus dia nak landing gaya terlentang atas tanah. Sib baik daku berada di kawasan berdekatan sekitar dengannya sempat daku menyambar tangannya, maka tak berlakulan perlandingan. Kisah tu tak tamat di situ tau,  pastu dia sambung main kejar-kejar ngan kakak. Tup tup tetiba dia nak landing kat tepi tangga tmpt kasut tetamu bersepah-sepah tu... nasib baik sekali lagi ada sedara mara terdekat sempat memegang tangannya utk mengelakkan perlandingan itu terjadi... walupun dia sudah terduduk atas tanah.

Pada suatu hari (ceewah macam pertandingan story telling plak)  tetiba dia landing kat bawah sofa tup-tup tertidur terus... kah kah kah... Sila rujuk seperti gambar rajah di bawah.


Landing sampai lena



zzzzz, nyamanya donia...

2 comments:

Don & Nor said...

ya allah...bolatnyaa budak ituuu...
geram tgk...dah mcm ulat beluncas dahhh....

Selly Buke said...

geramnya ittew budak!! montel... nak pulak tengah tergolek2 gittew..