Sila Klik Iklan Ini

Sunday, January 17, 2010

3 MINGGU TIADA DI OPIS

Daku akan 3 minggu tiada di opis bermula Isnin ni. 3 minggu ya kenkawan dan rakan taulan bukan 3 hari tau. Kalau dulu 3 minggu tak masuk opis sbb pi Induksi tapi kali ni mokcik kena pi visit daaa. So sepanjang minggu ni  mokcik akan di auto publish ajer setori mori yg terpapar kat blog daku yg suram muram kusam ni...

Mlm ni ngape ntah mataku tak leh nak lelap lagi ni, jgn kata nk lelap nak layu kuyu pun blum dtg agih ni, ayik membutang ajer. Dan oleh kerana situasi aku yg agak luar biasa mlm dini hari ini, maka aku akan gigihkan  usaha ku utk buat semua n3 supaya dpt di auto publishkan bermula Isnin nanti.

Maklum la nanti kalu visit tak der masa nak buat  n3 ni bagai sbb visit swa adalah sedikit berbeza dari visit biasa. Mlm pun kena mesyuarat tau, dah la visit satu IPTA smpai 5 hari. Bab visit ni akan dibuat karangan secara detail utk n3 akan dtg sbb daku memang eksited nak pi oll skoll ni. Dah 7 tahun dah tak masuk oll skoll. Last masuk masuk zaman berhenta ngan en. suami dedolu iaitu masuk pi ronda-ronda buang karan ajer. Eran tunggu aku, aku nk jumpa hang hari Isnin ni (tertiba ingt kat eran yg keja dlm oll skoll ku ini)

Team kami yg pi ke my oll skoll ni diketuai oleh sorang Tan Sri dan kami akan berkampung di Hotel Hilton. Utk visit swa swe kemoning ni kami bleh duk hotel walaupun dlm lembah Klang sbb keperluan utk mesyuarat pd mlm hari walaupun hotel tu sekentot ajer jarak baunya dari opis atau rumah anda.

Seminggu selepas tu plak kami akan pi oll skoll selly buke plak tapi team yg lain, Tan Sri gak kepalanya. En. Buke nama anda ada dlm list utk kami interbiu tak? mungkin selly bleh jwb ni. Kat sini kami akan berkampung di Hotel Bangi Eqotarial plak.

Minggu ketiga adalah minggu utk mokcik visit program yg mokcik handle iaitu satu kolej di Subang dan juga satu kolej di Kuching. Dah terbayang dah betapa penat ni.. Ha amek ko mokcik buat maraton visit memanjang macam tak cecah tanah jer. Maklum la lama tul tak visit, naik kapal tebang pong dah 2 tahun tak naik sbb tunggu kehadiran Japih.

Apa pong nanti la daku buat karangan yg panjang pasal visit ni. Skrg nak pi tengok kakak tengah merenggek tu, demam agaknya sbb tadi badan dia panas skit

No comments: