Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, January 12, 2010

CHICKEN GREEN CURRY

Ini adalah resepi pemes masakan Thai. Tapi seperti kebiasaanlah mokcik ni pakar dlm penjejasan pada resepi so masaklah ikut sesedap salur esofagus daku ajer... Tengok tu gmbar pong macam kosong jer tak dak bebahan penyeri lain seperti terung, cili dan sebagainya. Yg ada hanya ketulan daging ayam jer hohoho. So ini sebenarnya adalah resepi Chicken Green Curry Versi Kosong. Apa pun daku sertakan resepinya setelah penderhakaan pada resepi asal berjaya dibuat. Selamat mengetest resepi ala-ala belasahan ajer ni yer...

 

Chicken Green Curry Versi Kosong

Bahan-bahan
  • Daging ayam dipotong dan dibersihkan
  • Santan
  • Sos ikan
  • Sedikit garam (sedikit ajer sbb sos ikan dah ada)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Sedikit serbuk cukup rasa
Bahan-bahan utk dikisar utk dijadikan pes
  • 5 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Beberapa hiris kunyit hidup
  • Beberapa hiris lengkuas
  • Beberapa hirisan halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Beberapa hirisan kulit limau purut.
Cara masak
  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan yg telah dikisar/pes hingga naik bau
  • Masukkan sedikit santan dan kacau, masukkan ayam dan masak seketika.
  • Masukkan sos ikan / garam dan serbuk cukup rasa, kacau hingga semua bahan sebati
  • Masukkan semua santan yg ada dan masaklah hingga ayam empuk dan santan menjadi pekat
  • Sedia utk dihidang.

Kalau mahu boleh tambah sedikit pewarna hijau utk menaikkan warnanya dan gunalah bahan-bahan penyeri utk curry seperti cili hidup, terung, kacang panjang, bendi dan sebagainya.

 

No comments: