Sila Klik Iklan Ini

Monday, January 4, 2010

BUBUR ASURA

Hari ni kami dapat ajeki yang amat erbesh sekali iaitu buah tangan dari kampung terchenta ganu kiter iaitu bubur asura, bubur yg bleh dirasa hanya setahun sekali sahaja iaitu di bulan Muharram ni ajer tau.


Alang yg baru balik ke KL setelah menghabiskan cuti tahun baru di ganu telah bawa bubur ini untuk santapan kami sekuarga. Bubur ni adalah buatan tokmek dan sedara mara kat kg hasil gotong royong. Tokmek akan buat bubur ni setiap tahun bersama pakatan beberapa org jiran terdekat dan sedara mara yg ada.



Ini bubur asura spesis manis skit.


Sedikit karangan pasal bubur ni yer. Kalu kat ganu bubur asura ni 2 dua perisa iaitu yg masin dan yg manis. Selalunya tokmek akan buat versi yg manis atas permintaan sedara mara. Bubur ni akan dimakan bersama sambal ikan tapi kali ni Alang tak bawa sambal ikan sbb dah habis licin dikerjakan... sampai hati tul laaa...

Dalam bubur  ni ada ayam atau daging, jagung, ubi keledek, rempah ratus, kekacang dan macam-macam lagi lah. Kakak perstime makan bubur ni mula-mula tak suka sbb beliau kata kuih kari tapi bila cakap ada ayam terus dia suka...

Dan cara nak masak bubur ni memerlukan tahap kesabaran yg maha dewa gitu sbb berjam-jam duk kacau dlm kawah baru siap tahu, iaitu kena tunggu sampai bubur ni pekat likat. Kata Alang tokmek buat bubur ni dari jam 5.00 petang hinggalah kul 11.00 mlm baru siap. Mokcik sebenarnya berminat gak nak dapatkan resepi bubur asura ni tapi tang kena masak sampai berjam-jam tu  mokcik kena pikir 44 kali dolu nih. Nak kacau mengacau bubur ni bukan setakat ketiak aje berpeluh tau tapi segala  liang peluh yg ada  kat badan akan aktif terbukak mengeluarkan hasil tau. Itulah part yg paling haru time nak masak bubur ni. Bleh katakan bubur ini adalah spesis dodol gitew... sapa berani nk buat jom lah try... mokcik tak sanggup ehhh...

1 comment:

akak_adoi said...

Ceni..kat kedah x la selama itu tp ttp lama la...lenguh giler tgn nk mengacaunyer...ada la sedikit pengalaman hasil tolong orang2 tua kat kg dulu...
depa yang kuat mengacau...yang muda2 kacau 2-3 minit dah nk rehat...huhuhu..bkn senang nk mkn ooooi