Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, March 2, 2011

UDANG GORENG SAFRON

Kali ni mokcik nak citer pasal udang goreng ngan safron.  Safron ni agak tak berapa dikenali di negara kita tapi sebenarnya safron atau koma-koma ini amat terkenal dan amat mahal reganya di negara lain. Ia dikenali sebagai "king of herbs" dan kalu kita tengok kat 703 selalu chef hebak-hebak pakai safron ni sebagai pewarna dalam makanan. Pernah sekali tu tengok kat 707 negara mana ntah dah lupa pulok eh depa buat pertandingan mencabut safron ni, cam kelakar ler pulok tapi ini adalah acara meriah setiap tahun kat negara depa tau...

Mokcik pulok dapat safron ni pemberian adik mokcik yang balik dari Lubnan hari tu. Kalu dak mokcik pong tak pernah tengok camner rupa fizikal bendalah ni, maklumlah negara kita en. kunyit adalah lebih femes de'amos daripada mr. safron ini. Sebenarnya adik mokcik belikan kat mak mokcik bendalah tapi mak mokcik tak pandai nak guna... tengok pong tak pernah ni kan pulok kat guna hohoho... mati kutu orang tua tu dibuatnya, akhirnya mak mokcik suruh mokcik amek ajer wat balik bendalah ni, katanya cam tembakau jer, nak wat aper? hehehe...

Sedikit info pasal safron ini setelah di wikipedia kan adalah:

Safron atau koma-koma merupakan sejenis rempah. Nama sains koma-koma adalah Crocus sativus. Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit untuk sekilo.
Koma-koma berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya koma-koma boleh didapati di pasar-pasar di Morocco.
Koma-koma digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Di Morocco ia digunakan untuk masakan yang dipanggil Tagine.

Ini lah rupa paras mr. safron yang boleh di kategorikan sebagai adek beradek ngan tembakau oleh tok mek. Tok-tok kami dedolu guna tembakau yg halus-halus cam gini wat isap rokok daun.



 Bunga safron


Dasat dia neh punya la tekun duk wat keroja...

 
Ini pulak udang yang telah di goreng ngan safron hasil idea campak-campak tangan mokcik. Udang ni goreng cam biasa cuma tang kunyit tu diganti ngan safron, rasanya tetap rasa udang tak akan bertukar rasa sotong pong...

No comments: