Siaran tunda menunda lagik neh...Hari minggu beberapa minggu nan silam kami secara sengaja dan secara sukarelanya telah terjebak dengan pameran Ulang tahun ATM ke 78 kat Dataran Merdeka. Kami ke sana sbb adek ai yang kejanya askar nun datang dari Lipis ke KL sbb kena berjaga-jaga untuk persiapan pameran neh. Selalu dialah kena kerah datang sini kalu ada apa-apa event, perbarisan, atau apa-aper ulang tahun yg memerlukan depa kena kawat dan cek barisan. Maklumla saya yang menurut perintah katakan.
Mokcik tingin benor tengok keta kebal jalan, tu yg gagahkan jua sanubari ku nak ke sini. Kalu ikutkan ati memang cam liat jer urat saraf mokcik nak dtg tempat berpusu-pusu dengan homo sapien neh. Nak nak pulok kena hangkut adik banak yg berderet neh cam sengal jer rasa tulang temulang nak bergerak.
Malu sebenarnya mokcik nak kobar rahsia neh...walaupun dah 15 tahun duk KL tapi inilah kali pertama mokcik join event sebegini kat dataran hehehe, wat malu jer kan? Maklumla mokcik tak suka tempat yg hinggar binggar dan kena berebut rebut ngan makluk tuhan paling seksi yg lain... semak palo otak ehhh...
Kami bertolak agak lewat dari Bangi, ingatkan dah tak sempat tengok keta kebal dah sbb dah hampir kul 10.00 pg
Nasib kami baik sbb walaupun sampai lewat perbarisan lum tamat dan tertunai hajat mokcik nak tengok keta kebal bergerak
Encik keta kebal
dan en. kebal lagik
Pastu kami ke khemah survival pulok. Dlam khemah ni ada dipamerkan camner askar survive dalam hutan, buah-buah hutan, perangkap yang dibuat dan juga binatang seperti ular sawa, landak, ayam dan macam-macam lagik.
Time kami di sini manusia makin berpusu-pusu dtg dan mokcik tak sempat nak amek gmbr aset terbaru ATM iaitu keta kebal pemusnah keta kebal yang dibeli tahun 1986.
Lepas tu perhatian kami beralih ke angkasa raya sbb ada pertunjukan payung terjun. Sebelum depa terjun depa jatuhkan dulu bendalah aper ntah namanya yg digunkan sebagai penanda aras pergerakan dan halaju angin.
Tak lama kemudian depa pun terjun. Ada 2 group yg akan turun. Group pertama seramai 8 orang dan group kedua juga seramai 8 org tetapi geng komando
Asap merah neh dibuat sebagai penanda tempt mereka landing kang tersalah landing kang tersangkut kat manara DBKL kang pulok. Adik mokcik bagitau masa hari Sabtu ada sorang tuh landing nyaris nak tersangku kat tiang lampu dataran neh.. silap bajet kot.
Kalu ikutkan tmpt untuk depa landing tu kecik ajer sbb separuh daripada padang tu dah penuh ngan kerumunan manusia. Sib baik depa sume profesional boleh landing ngan jayanya... tak tersasar atas mana-mana palo pengunjung.
Peserta last untuk group pertama
Neh group kedua mula turun, sume geng komando neh
Wahhh depa landing ngan bergaya sekali, smooth jer dan tak dak yang tergolek sume landing cam jalan-jalan cari makan jer...
Persembahan terakhir dari ATM adalah gimik tebusan yg depa guna bahan letupan betul. Sementara tebusan di selamatkan di jalan raya, 3 heli stanby kat atas palo kami di dataran neh... wah rasa cam nak perang pulok weyyy...Sebelum tu ada gak pertunjukkan motosikal dari unit khas depa yang lompat 8 bijik keta. Mokcik tak leh amek gmbr sbb ramai sangat manusia kat situ, nak tengok pong tak nampak.
Geng komando neh, depa dibezakan ngan warna barret dan lipatan lengan baju. Yang mokcik perasan geng komando neh kecik-kecik, halus halus, kurus kurus jer saiz depa neh...
Japih, kakak adan Alang
Japih ngan Ayah The (adek mokcik no. 5 yg keja RAMD, barret ijo jer). Susah tul nak cam depa neh cam same jer sume... kena perati tul-tul baru leh kenal, dah lah kulit sume cam sama tona colornya...
1 comment:
bezznya dapat pegi hari tentera ....follower ke 21 salam ukhwah
Post a Comment