Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, July 8, 2015

SEMPRIT LAVENDER


Salam Ramadhan 1436H
 
Lama betul tak jenguk lokasi ini...masuk-masuk je terus nk cite bab kukis, hahaha
 
Jimat masa jimat tenaga dan jimat letrik katako..hoho
 
Tahun ni banyak betul kwn-kwn duk share resepi masak memasak kat fb, mcm2 ada tinggal lagi rajin ke tidak.
 
Ini adalah edisi biskut raya 2015 kami. Biskut pertama dibakar tahun ni hasil resepi yg  kwn2 share kat fb. Teruja dan tertarik nak buat semprit lavender ni setelah dapat resepi yg di share kwn2.
 
Semprit ni adalah spesis biskut wajib ada tiap tahun tiap kali raya bagi kami cuma kali ni kami nak buat kelainan skit. Plan nya dan niatnya nk buat mcm2 jenis semprit tahun ni tapi guna resepi yg berbeza. Emmm harap2 diriku ini rajin la hendaknya.



Bahan2:

250 g butter
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
400 g tepung jagung
1/4 cawan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kesukaan

Kekdahnya:
1.  Pukul hingga sebati butter dan gula, tak perlu sampai kembang
2.  Masukkan susu dan esen vanilla dan pukul lagi
3. Ayak tepung jagung dan tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan tadi
3. Uli hingga menjadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, satu biarkan warna asal dan satu lagi warnakan ikut kesukaan.
5. Terap menggunakan acuan semprit
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15- 20 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing menggunakan api atas dan bwh.

Tips penting:
Pastikan doh sentiasa ditutup dengan kain lembap untuk mengelakkan doh kering

No comments: