Sila Klik Iklan Ini

Monday, September 24, 2012

MASJID KRISTAL

Sabtu lepas satu hari suntuk mokcik dan famili pusing-pusing di bandar KT. Lama benar rasanya tak singgah ke bandar KT neh ada sedikit perubahan nampaknya. Tujuan kami ke sana nk belikan barang-barang pengantin utk kedai anjang pastu melawat kawan tokmek yang mengalami masalah hati di hospital KT dan seterusnya singgah di pasar payang utk mokcik dapatkan bekalan serunding untuk di bawa ke Jepun nanti.

Sempat jugak mokcik singgah di Masjid Kristal yang terdapat di Pulau Wan Man ini buat Jamak sekejap memandangkan rumah mokcik ke bandar KT ni pun hampir 200km. 


 Kubah yg merelip kena cahaya matahari


 Latar belakang masjid ini menjadi tempat beberapa pasang pengantin yg sedang fotoshoot di sekitarnya...



 Pintu masuk yg ada ukiran dan lantai yang bercahaya marmarnya



 Ruang dalam masjid.... tiada kipas namun masjid tetap terasa sejuk mungkin sbb batu marmar di dalamnya.



 Kubah masjid



Telekung yang disediakan utk kegunaan muslimat.





No comments: