Sila Klik Iklan Ini

Thursday, September 13, 2012

GLORY BEACH RESORT, PD

Lama dah mokcik nk tulis pada hotel neh, tapi asyik tertangguh dan tertunggah bagai (ada ke istilah neh) membuatkan mokcik cam lemah pulop nk ngadap pc neh...

Hotel Glory Beach Resort neh last kami pergi adalah pada tahun 2003 dahulu iaitu semasa memula bergelar isteri kepada en. suami. Kami pergi family day di sana  secara berjemaah bersama kenkawan opis yang meriah uolsss...

Kali neh pong pergi ke sana sbb urusan kerja kena berkursus dalam rangka perancangan program PPK kami. Lepas tunggu en. suami, kakak dan adik balik dari Taiping terus kami ke sini hari Jumaat lepas.

Hotel neh sekarang ada perbezaan sedikit perbanding dulu... ofkos la nampak sedikit buruk tu meme lah kan hohoho... ampun en. manager hotel...jangan murka pada patik...

Tetapi yg besh hotel neh ada penambahbaikan sedikit skrg iaitu ada dibela haiwan ternakan seperti arnab dan reptilia lain seperti kura-kura dan penyu. Ala-ala dah jadi macam mini zoo gitew berhampiran kolam renangnya. Kalau dulu hanya ada ikan gergasi itu sahaja yg mokcik nampak skrang dah ada pertambahan koleksi haiwan yang menetap di sini. Sebelah tandas di tepi kolam renang tu pulok ada habitat penyu di sediakan di situ. Adalah beberapa couple penyu yang sedang bergumbira dan bermanja-manja di situ...

Dan part yg paling besh adalah hotel ini ada membuat penetasan dan pelepasan baby pentu penyu ke laut. Acara ini dibuat pada malam minggu lepas yang mana pihak hotel telah melepaskan kalu tak salah 15 ekor baby penyu ke laut utk mereka berdikari di habitat baru. Mokcik tak join part neh sbb kesihatan tak mengizinkan... kesian kakak yg teringin nk join tapi tak berpeluang...katanya kakak tak pernah tengok penyu... alahaiii kesiannya. Terus mokcik cakap pada kakak kalu ada rezeki kita akan ke pantai Kerteh satu hari nanti utk tengok penetasan penyu. Bertuah rasanya tengok kenkawan dan famili lain yg join xtvt neh.sbb susah nk cari xtvt sebegini skrang neh... satu baby penyu utk 1 famili utk dilepaskan ke laut...

 Pemandangan hotel mewah di sebelah hotel kami dan hotel kami yang tidak mewah berada di sebelah hotel mewah ini.


 Bilik kursus


 Kumpulan yg voge the vasss ko jahhh...


 Acara melepaskan baby penyu ke habitat baru...moga ko selamat meredah gelombang bergelora neh


 Baby penyu yg panik dan mabuk laut barangkali hehehe...


Handset jadi lampu suluh pada baby penyu



1 comment:

faigindahlheimer said...

MrGacore Casino and Resort - DMB - Dr. MD
Mr.Gacore Casino 논산 출장안마 and Resort, Casino 창원 출장마사지 and Resort, Hotel and Conference Space, 하남 출장샵 Casino 대전광역 출장안마 and Conference Space, Las Vegas: A unique 공주 출장샵 experience