Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, November 20, 2012

VIRUS BERPENYAKIT LAMA MENYERANG LAGI

Aduhhh....

Tak sangka dan tak diduga sama sekali virus yang berpenyakit lama telah bertandang dan berjangkit kembali...

Dahulu kalau secara kronologi virus ini mula dikesan semasa mokcik berumur 18 tahun iaitu semasa tunggu result SPM dan virus ini semakin galak merebak dan terus membiak sehinggalah pada cuti panjang time tunggu result STPM. Mungkin time neh duniaku masih remaja gitew... masih tercari-cari maksud diri...

Namun selepas itu virus ini seakan sembuh seketika seolah-olah telah berjumpa antibodi nya mungkin juga kekangan masa yg menghimpit raga di uni dahulu membantut segalanya...

Sebaliknya baru-baru ini virus itu seakan bertamu kembali setelah Adam dan Hawa tersiar dengan hangatnya di kaca TV dan online sekarang...

Semasa Ombak Rindu dahulu telah ditahan-tahan supaya virus ini tidak bertamu tetapi sekarang selepas Adam dan Hawa ku tertewas jua akhirnya...Emmm... ini lah virusnya...


 Virus membaca Novel... penyakit lama bertandang lagi...Waahhh sumpah macam tak sedar diri hokayyy... usia dah masuk alam remaja purba pong masih lagi boleh berjangkit dengan virus nehhh...Oooo tidakkkk....



Akibatnya dalam tempoh 2 minggu neh 7 Novel di atas telah habis dibaca termasuk 3 novel yang dipinjam dari Library opis. Dan dalam tempoh ini juga sebanyak 7 Novel telah dibeli (3 lagi masih dalam penghantaran). So, kepada kaki novel yang berada di sekitar mokcik kalau teringin nk baca boleh pinjam... no hal...

Ini catatan mokcik yang pertama setelah balik dari Tokyo...wahhh perasan macam lah dah 44 tahun ko duk kat Tokyo nun hihihi....

Semasa di Tokyo mokcik peratikan rakyat Jepun memang suka membaca... di mana-mana mesti ada yang membaca.. Emmm... mokcik ingat itu n3 lain kali lah kalu teringat mokcik nk ngumpat skit pasal rakyat Jepun nih... patutlah dia boleh menjajah negara lain... Rakyat Mesia?

Wednesday, October 10, 2012

24 HARI DI TOKYO

Hari ini dah 10 hari mokcik berada di Tokyo tetapi cerita utk tatapan kalian kali ini  masih lagi berkisar pasal hari kedua di Tokyo... siaran tergendala nampknya sbb mokcik tak dak masa nak update blog selalu... sibuk memanjang berada di sini. Tokyo cuti 3 hari (Sabtu, Ahad dab Isnin) lepas pun mokcik tak sempat nk update setori mori...emm...angin satu badan berada di sini sbb makan tak menentu...

Hari ini 10 Oktober genap usia kakak 8 tahun. Ibu tiada di rumah utk celebrate birthday kakak. Cuma ibu doakan kakak jadi anak yg solehah, anak yg cemerlang dunia akhirat, anak yang beruntung dunia dan akhirat, anak yg berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga dipermudahkan perjalanan kakak di dunia dan akhirat....aminnnn

Tadi baru perasan ingatkan boleh balik minggu depan rupanya lagi 2 minggu....oooo tidakkk....nasi goreng, nasi lemak....nasi ayam, kuih koci, karipap ooo tidakkk lamanya lagiii.....

Nak pulop suhu di Tokyo neh 22C siang hari dan 15C malam hari... sejuk yg asyik nk melapar jer tali perut neh......

Tengah bersiap  utk check out  JICA hostel Tokyo (TIC) menuju ke hotel. Tokey camera canggih neh... mokcik tumpang menyelit 2 kaki dalam foto yer tokey... jangan mare mokcik menyibukkan diri dlm frame tokeyyy....



Koridor TIC... masa kami smpai sini ramai rakyat pakistan dan afrika yg sedang berkursus di JICA ini.



Selamat tinggal JICA hostel...



Dalam bas JICA. Ini adalah translator cum kordinator kami utk 2 minggu dn akan diganti ngan kordinator lain pulop... NAKAHIRA san yg amat baik hati dan peramah. Susah nk jumpa org yg baik macam dia neh...boleh masuk bila kami buat lawak. Pantang kami tanya soalan  kalu dia tak tahu jawapan esok pagi pasti dia akan printkan maklumat utk kami..siap print color tuuu di rumahnya...Kalau sesuatu benda dia tak tahu mesti dia tanya husband yg keja sbg arkitek dan husband akan turut sama terjebak dalam menyelesaikan soalan kami... hehehe dedikasi sungguh...Beliau pernah duduk di Msia sekejap sbb bapanya duta di Mesia, tapi katanya dia duduk time Yoahan masih ada lagi.



Hotel inilah tmpt kami berkampung selama 23 hari di sini. Hotel dibayar oleh JICA, katanya kalu tak salah rate hotel neh 10,000 Yen satu malam atau RM400. Di sini semua barang mahal-mahal weyyy.



Tempat  kat Tokyo neh sume berhimpit-himpit macam nasi himpit jer... emmm lazatnya nasi himpittt...tingat makanan lagiii...bilik hotel neh walaupun mahal kalu di convert duit kita, tapi rupa bentuknya tak menggambrkan rega bilik di Mesia...Bilik hotel neh sesangat sempit. Kalu nk bentang sejadah utk solat tu kena tolak-tolak beg sampai rapat bwh meja, solat pun hanya muat utk seorang, 2 org tak celus nak masuk...besar lagi bilik hotel cititel mid valley. Apa pun kami bersyukur dengan kemudhan yg diberikn...nikmat yg tidak dapat didustakan...



Beg baju terpaksa diletakkan di bwah meja neh sbb tiada almari utk sangkut baju disediakan.


Bilik air yg agak besh jugaklah...


Dlm lift hotel neh...decoration nya macam bebintang di langit.. sangat kreatif


Mengadap bilik kami... tak tau penanaman apa yg sedang diusahakan... togeh ker? nampak gaya macam bukan pulop...ntah lah


Lepas angkat beg ke bilik terus kami dibawa ke JUAA (adik beradik, sepupu sepapat MQA yg berlainan mak pak). Di sinilah opis kami selama 3 minggu.


2 org fasi kami drp JUAA yg amat sopan orgnya... matsuzaka san dan matsuguchi san...



Habis office hour kordinator kami Naka san berjalan kaki sama ke tren station sbb nk ajarkan kami macam mana nk naik tren utk ke opis setiap hari.



Tokyo amat byk line tren nya ada JR Line (atas tanah), ada subway (pelbagai line), ada monorel, ada ekpress way, ada bullet tren... naik berpusing dan berputar dibuatnya... Office JUAA di Ichigaya station



 Utk balik hotel kami kena amek subway Yurakucho Line utk ke Kojimachi stesen. Tambang 160 Yen utk one way


 Kojimachi stesen, nasib baik satu stesen jer... cuma kena panjat tangga tinggi skit setiap hari utk smpai ke atas permukaan bumi...sib baik Tokyo neh sejuk di musim autum nehh...


Saturday, October 6, 2012

SALAM DARI TOKYO

Salam mokcik dari Tokyo, Japan...

Macam tak percaya pulop ada rezeki akhirnya mokcik nk jejak kaki di Tokyo, Nippon, setelah perjalanan ke Hong Kong, Botswana dan Korea tak jadi... ke Singapura dan China pulok mokcik tak berkesempatan...

Kali ini alhamdullilah...sampai jua akhirnya, mokcik di sini bersama JICA selama 24 hari, Inya Allah balik nanti sehari sebelum raya haji, harapnya adalah rezeki nk beraya bersama keluarga. Mokcik ke sini bersama 4 org lagi sahabat opis yg sama-sama berkursus di Nippon neh.


Masa check in, merasalah jugak kami chek ini di kaunter E utk business class sbb tiket kami disediakan oleh En. JPA yg amat baik hati. Kenangan lucu di sini boleh pulok lelaki yg jaga tiket tu kata kami nak ke KCH...emmm lawak pun ada



Dah check in terus naik aero train dan terus menuju dengan lajunya ke golden lounge sebelum boarding..maklum la last merasa makanan lazat di sini pada 2006 dahulu kala. Di sini misi adalah menikmati hidangan yang lazat sepuasnya terutama aisekerim sbb selama 24 hari akan dtg kami ibarat kegersangan nasi dan hidangan lazat melayu...emmm nikmat yg tidak dapat didustakan..

Kami telah boarding pada pukul 11 pm dan dijangkakan tiba pada pukul 7.00 am di Narita, Tokyo. Dalam dalam flight kami dihidangkan dengan 2 hidangan memandangkan penerbangan ke Japan mengambil masa selama 7 jam.Mula-mula kami dihidangkan sate dan mokcik tak dptkan habiskan 5 cucuk sate ala-ala sate station itu sbb terlalu kekenyangan di gonden lounge tadi. Pada pukul 4.00 pagi pula kami dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum mendarat pada pukul 7.00 am... wah lazatnya makan di business class jahhhh... satu lagi nikmat yang tidak dapat didustakan.

Memandangkan kami ada tiba pada jam 7.00am, nak tak nak memang kami kena subuh atas flight nampaknya. Sepanjang perjalanan mokcik tak leh tido sbb flight asyik bergegar dari jam 2 am hinggalah 4.00 am...debaran yg tidak dapat digambarkan. Jam 2.30 am mokcik tanya subuh pada jam berapa pada cik pramugari yg cun tak henggat dan make up nya tebal di muka yg jaga line mokcik. Katanya dia tak pasti kena tanya kapten nanti dia dtg bagitahu....whattt? pikiran jahat mokcik mulalah nk mengumpat dlm hati nehh... jahat sungguh hati ini ... emmm tak kan dah lama fly pun tak tau subuh pukul berapa?..emmm

Nasib baik pada pukul 4.00 am cik pramugari yg cun tak henggat dan make up nya tebal di muka yg jaga line mokcik tadi dtg kat mokcik dan kata dah boleh sembahyang subuh, subuh dah masuk. Terus mokcik ke bilik air dan menunggu untuk solat di ruangan khas yg disediakan berhampiran bilik air. Memandangkan ruangan hanya boleh muatkan sorang sahaja utk solat mokcik terpaksa tunggu giliran selepas 2 org en. pramugara solat....en.paramugara neh hensem jugak lah... solat tak tinggal pulop tuuu... emmm menantu siapa lah nehhh?

Selepas solat tu terus en.pramugara itu jadi geng mokcik, tegur menegur dan sembang-sembang... sampai ke imegresen semasa kami tengah berbaris utk cop pasport sempat dia  bye-bye kepada kami bersama kapten yg senyum mu menawan itu...

 Dah sampai Narita kena register di Kaunter JICA dulu utk dptkan tiket bas ke Tokyo City Air Terminal (TCAT).  TCAT ni ala-ala KL Sentral gitu sbb bas akan mengambil penumpang di Terminal 1 dan 2 di Narita Airport.

  
Dengar taklimat baik-baik yer sblum pakai lencana JICA tu



Narita Airport setelah selesai mengharungi pemderitaan berbaris 1 jam di immigration Japan..Japan regulation kami.kena cop jari dan amek gmbr di kaunter neh iaitu bagi rakyat-rakyat negara luar utk masuk Japang. Kelihatan rakan-rakan yg tengah sibuk update status...


Terus berbaris di platform  17 untuk ke TCAT. Tiket yg dibayar JICA dari Narita ke TCAT adalah Yen2900 utk seorang.


Posing skit... tumpang kamera Kima yg canggih... kamera mokcik kamera henpon cap unta jerr....



 Ini platform ke 17 ke TCAT. Mokcik pun heran kenapa tak dak train cam ERL di sini... ke ada mokcik jer tak tau...tapi japang neh bukankah negara yg byk train sampai bwh tanah, atas tanah... tinggal atas awan jer tak dak lagi.... ke dah ada?

Tukang sapu di Narita, zamrin kata ini ahli guts... ala yg sama opis ngan otoman tuuu


Bas ini yg kami naik ke TCAT, macam bas ekspress


 Di TCAT ada lagi seorang staff JICA yg tunggu kami dan dia yg tolong masukkan luggage kami ke dalam teksi yg sudah sedia menanti.



Segan kami dibuatnya sbb sorang ada 2 luggage tuu..


 30 minint sampai lah kamu ke asrama JICA di Tokyo, salah satu tmpt beradu bg trainee dari seluruh pelusuk negara yg dtg ber training di Tokyo.


 Bilik beradu kami... dah sampai hostel ni baru tahu yg kami akan dipindahkan ke Hotel Green Palace Tokyo pada esok pagi setelah berjumpa translator cum kordinator kami Ms. Nakahira... aduhh terbayang kepenatan nk angkat beg berat lagi... penderitaan tadi pun belum hilang lagi. Kenapalah JICA tak hantar terus kami ke hotel sahaja..


Bilik beristinjak... amat comel dan compact macam dlm flight pun ada



Kami keluar sekitar asrama untuk mencari sesuap nasi di perantauan...kot-kot lah berserempak dengan kedai halal...


Hampa belaka...akhirnya kami hanya ke famili mart ala-ala 7 eleven sahaja. Jom balik hostel makan dulu...


Kami hanya beli onigiri dan salad sahaja. Onigiri salmon dan seaweed yg berharga 105 yen seketul atau RM4.00 seketul... emmm cukup ke onigiri ni utk tali perut mokcik yg berselirat ibarat kabel letrik neh...megi ohh megi... pujaan tali perutku...makanan surga di luar negara dan dlm negara (ayat standard dari seorang sahabat)



Monday, September 24, 2012

MASJID KRISTAL

Sabtu lepas satu hari suntuk mokcik dan famili pusing-pusing di bandar KT. Lama benar rasanya tak singgah ke bandar KT neh ada sedikit perubahan nampaknya. Tujuan kami ke sana nk belikan barang-barang pengantin utk kedai anjang pastu melawat kawan tokmek yang mengalami masalah hati di hospital KT dan seterusnya singgah di pasar payang utk mokcik dapatkan bekalan serunding untuk di bawa ke Jepun nanti.

Sempat jugak mokcik singgah di Masjid Kristal yang terdapat di Pulau Wan Man ini buat Jamak sekejap memandangkan rumah mokcik ke bandar KT ni pun hampir 200km. 


 Kubah yg merelip kena cahaya matahari


 Latar belakang masjid ini menjadi tempat beberapa pasang pengantin yg sedang fotoshoot di sekitarnya...



 Pintu masuk yg ada ukiran dan lantai yang bercahaya marmarnya



 Ruang dalam masjid.... tiada kipas namun masjid tetap terasa sejuk mungkin sbb batu marmar di dalamnya.



 Kubah masjid



Telekung yang disediakan utk kegunaan muslimat.





Wednesday, September 19, 2012

BERSANTAI DI PANTAI KERTEH

Bersantai, bercanda dan berpiknik di Pantai Kerteh berhampiran kg. mokcik pada cuti umum yg lepas sangat mengirangkan hati Mat Japih dan Mat Piq. Apa tak nya bleh golek-golek dlm air laut sampai tak mau balik walaupun hari dah gelap...

Berpiknik kali ini juga dibuat bersekali dengan pembakaran bbq en. kerang, sosej dan daging burger juga muchmellow. Malas nk amek gmbr byk-byk kat pantai neh sbb kami selalu sgt ke sini, hanya gmbar bebudak ini sahaja yg mokcik uplodkan.

 Mat Japih dan Mat Piq, 2 orang kawan yg kadang-kadang elok duk menyembang sampai pukul 1 pagi tetapi kekadang boleh bertumbok sbb berebut mainan. Hak milik mainan tak boleh lebihkan salah sorang nanti berperang.



 Adik dan kakak



Tuesday, September 18, 2012

DROPBOX DI MANA-MANA

Mudahnya dengan dropbox di mana-mana neh... di pc di laptop dan di hp. Terima kasih pada Hajah Kherun yg telah memperkenalkan saya dengan dropbox... mak sangatttt suka jahhhh....

Cuma yg menjadi kerisauan, kegusaran dan kegundahan gelana mokcik adalah jika hp hilang atau tercicir atau yg sewaktu denganya habislah sume dokumen penting pasal kerja hilang yg ada di dalamnya... tak selamat jadinya nanti.

So, jika ada di kalanagan kenkawan yang ada jalan penyelesaian mohon maklumkan yer.. terutama kepada pengguna dropbox mahir lagi tegar tu... ada ke sistem yg boleh buatkan kita block dropbox neh jika malang berlaku...emmm... kena cari ikhtiar sambil berangan di cafe neh.




Friday, September 14, 2012

NAK KE TAK NEH?

Nak hantar ke tak neh?

Aduhai konpiusnya...

Berbolak balik hati ini...
Serba tak kena...

Kalu hantar kang macam ter over
Kalu tak hantar kang risau pun ada...

Ya Allah... buntunya

Ya Allah permudahkan urusan ku...
Ya Allah tunjukkan aku jalannya...
Ya Allah suluhkan aku sinarnya...

Ya Allah.. berikan aku petunjuk dan idea
Sesungguhnya aku kosong...

Tunjukkan aku moga dengan apa yg akan berlaku mendapat redha Mu...
Namun jika sebaliknya ia tidak mendapat redha Mu...
Aku pasrah dengan sekarang...

Tunjukkan lah aku jalannya  Ya Allah...

Ya Allah....
Ya Allah...
Ya Allah...

Dalam melayan jiwa yg gelora neh tetiba terasa rindu pulop pada Mat Japih...(out of topic pulok wey)

Mat Japih selalu cakap setiap kali bila nk tinggalkan dia...

"Kalau adik rindu ibu camner?...


Kolam di glory beach resort



Thursday, September 13, 2012

GLORY BEACH RESORT, PD

Lama dah mokcik nk tulis pada hotel neh, tapi asyik tertangguh dan tertunggah bagai (ada ke istilah neh) membuatkan mokcik cam lemah pulop nk ngadap pc neh...

Hotel Glory Beach Resort neh last kami pergi adalah pada tahun 2003 dahulu iaitu semasa memula bergelar isteri kepada en. suami. Kami pergi family day di sana  secara berjemaah bersama kenkawan opis yang meriah uolsss...

Kali neh pong pergi ke sana sbb urusan kerja kena berkursus dalam rangka perancangan program PPK kami. Lepas tunggu en. suami, kakak dan adik balik dari Taiping terus kami ke sini hari Jumaat lepas.

Hotel neh sekarang ada perbezaan sedikit perbanding dulu... ofkos la nampak sedikit buruk tu meme lah kan hohoho... ampun en. manager hotel...jangan murka pada patik...

Tetapi yg besh hotel neh ada penambahbaikan sedikit skrg iaitu ada dibela haiwan ternakan seperti arnab dan reptilia lain seperti kura-kura dan penyu. Ala-ala dah jadi macam mini zoo gitew berhampiran kolam renangnya. Kalau dulu hanya ada ikan gergasi itu sahaja yg mokcik nampak skrang dah ada pertambahan koleksi haiwan yang menetap di sini. Sebelah tandas di tepi kolam renang tu pulok ada habitat penyu di sediakan di situ. Adalah beberapa couple penyu yang sedang bergumbira dan bermanja-manja di situ...

Dan part yg paling besh adalah hotel ini ada membuat penetasan dan pelepasan baby pentu penyu ke laut. Acara ini dibuat pada malam minggu lepas yang mana pihak hotel telah melepaskan kalu tak salah 15 ekor baby penyu ke laut utk mereka berdikari di habitat baru. Mokcik tak join part neh sbb kesihatan tak mengizinkan... kesian kakak yg teringin nk join tapi tak berpeluang...katanya kakak tak pernah tengok penyu... alahaiii kesiannya. Terus mokcik cakap pada kakak kalu ada rezeki kita akan ke pantai Kerteh satu hari nanti utk tengok penetasan penyu. Bertuah rasanya tengok kenkawan dan famili lain yg join xtvt neh.sbb susah nk cari xtvt sebegini skrang neh... satu baby penyu utk 1 famili utk dilepaskan ke laut...

 Pemandangan hotel mewah di sebelah hotel kami dan hotel kami yang tidak mewah berada di sebelah hotel mewah ini.


 Bilik kursus


 Kumpulan yg voge the vasss ko jahhh...


 Acara melepaskan baby penyu ke habitat baru...moga ko selamat meredah gelombang bergelora neh


 Baby penyu yg panik dan mabuk laut barangkali hehehe...


Handset jadi lampu suluh pada baby penyu