Sila Klik Iklan Ini

Friday, August 20, 2010

PULUT MICROWAVE

Kali ni mokcik nak tunjukkan cara-cara masak pulut pakai microwave... guna jari pong boleh..
Tekan sana tekan sinun, terus masak... tak hangit plak tu... senang sungguh teknologi donia skrg.

Mula-mula basuh beras pulut dan masukkan sedikit air sehingga parasnya melebihi sedikit ajer dari pulut itu, agak-gak nak sampai seruas jari ajer. Jangan masukkan terlalu banyak air cam nak masak nasi tu sbb dikhuatiri pulut akan bertukar menjadi bubur lambuk yang sesuai untuk berbuka posa  hohoho. Dan pastikan bekas yang digunakan adalah bekas yang sesuai untuk kegunaan microwave tau.

 
  Lepas tu tutup bekas elok-elok dan masuklah dalam micowave.
Cara mokcik masak adalah:
  • Mula-mula mokcik masak selama 2 minit aje.
  • Pastu masak lagi untuk 2 minit atau sehingga pulut masak. Mokcik guna bekas yang clear supaya nampak dari luar pulutnya dah masak ke belum.
  • Mokcik masak lagi 2 minit sbb masih nampak beras pulut lum masak. So mokcik berjaya masak pulut ni dalam masa 6 minit sahaja. Ada setengah orang masak pulut ni selama 4 minit atau 5 minit ajer tau. Mungkin bekas yang mokcik pakai ni tebal kot (ini adalah analisis orang kampung cam mokcik la sbb mokcik tak sekolah tinggi untuk buat analisis prestasi microwave ni hohoho)
  • Kenkawan bolehlah try masak mengikut kesukaan masing-masing sehingga pulut masak tau. 
Tadaaaa... rupa paras pulut yg menanti untuk dikunyah bersama kuah durian


 
Kalu kat ganu kami suka makan pulut gaul nyiur ngan ikan rebus goreng atau ikan masin waktu pepagi, perhhh sorga weyyyy....

4 comments:

inahar ali said...

salam ceni..akak pun selalu masak pulut lam microwave jek..sonang kijo mokcik..hehe! selamat berpose ye!

Ceni said...

Salam Doc Ina.

Terima kasih sudi singgah kat sini. Tak rawat pesakit ke ari ni? oncall tak der ke.

Petang karang mokcik dah plan nak masak udang seri pandan yg lazat iteww... harap-harap menjadi la hendaknya...

Anonymous said...

What's up Dear, are you really visiting this site regularly, if so after that you will without doubt get nice experience.

my website: acoustic guitar chord

Unknown said...

as salam .. boleh tak bagi cara nak buat ikan rebus goreng utk di makan dgn pulut nyiur tu ... dulu masa akak di tganu .. ada kawan rajin buat dan bawa utk breakfast. Dah 30 tahun lebih tak makan.

ni email akak .. kalau sudi kongsi caranya. Tq
shaty14@yahoo.com