Sila Klik Iklan Ini

Friday, August 20, 2010

MUFFIN MANGGA

Mari kita masak muffin mangga plak. Resepi ni sungguh simple dan sesuai untuk orang yg tak berapa nak rajin cam mokcik ni. Sambil bergembira pun bleh buat tau.

Untuk Selly yang pakar membuat muffin yang cantik-cantik tu mesti tak gemar cara mokcik ni...hohoho jangan marah nooo... 

Ini adalah resepi penderhakaan.

Muffin Mangga

Cara-caranya:
  • Beli tepung segera untuk muffin kat yummie bakery atau mana-mana kedai yang ado lah...
  • Bancuhlah tepung tu mengikut arahan yang depa tulis kat bungkusannya.itu. Mungkin stepnya berbeza mengikut jenis muffin.
  • Kalu dah beli tepung ni, kita hanya perlu masukkan minyak sayuran, telur, susu sahaja.
  • Untuk resepi ni mokcik masukkan buah mangga sebelum dibakar sebagai tambahan. Resepi asal tak letak tau. Memandai je mokcik masukkan ikut selera waktu petang tu. Kita oleh masukkan apa-apa aje bahan tambahan lain untuk tujuan penderhakaan terhadap resepi ini. Contohnya boleh masukkan buah seteroberi, prun, pear, lai, durian dan sebagainya.Cumanya sedikit pesanan supaya berhati-hati sedikit terhadap penderhakaan yang dibuat, takut nanti resepi hilang rasa asalnya. Contohnya kalu tepung asal kita beli muffin perisa vanila atau kiwi jangan ditambah ngan cokelat sbb muffin akan bertukar menjadi perisa cokelat. 
  • Kemudian bakarlah mengikut masa pembakaran yang dinyatakan pada arahannya.
Kang sungguh senang tu...seperti yang dicakap tadi sambil bergembira pun bleh bakar tau..

Selamat mencuba yer...

RESEPI BISKUT DAHLIA

Mari kita test masak salah satu biskut raya peberat mokcik.

Kali ni mokcik ngetest masak biskut dahlia yang dicedok resepinya dari dapur Kak Hanieliza. Mokcik mintak izin untuk C&P je la yer...

Biskut ni dibuat sehari dua sebelum posa ari tu. Tujuan dibuat adalah untuk mengetest resepi yang paling sedap untuk biskut ini. Resepi dari tokmek biskut akan jadi color putih dan resepi dari kak liza ni biskut akan jadi color kuning sebab pakai tepung kastard. Apa pun dua-dua resepi biskut ni sedap bangat sehhh... peberat mokcik lah kata kau...

Sehari sebelumnya mokcik pi yummie bakery kat umah mokcik nun untuk beli acuan biskut ni, sekali tu tersalah beli daaa... terbeli yg coraknya menjeriji kat atas nun. Masa beli tak perasan, masa buat biskut ni baru perasan, apasal la biskut ni lain benor ropanya, bila ditenung acuannya baru tau dia punya alur acuan tu sedikit lain daa tak sama seperti yang ada kat umah tokmek...

Apa pun mokcik hentam ajer la... hodoh pun hodoh la rupa paras mu duhai biskut oooiiii, janji sodap...

Jom kenkawan kita ngetest la resepi dari kak liza ni sedappp wooo... sorga-sorga...yum yum


Biskut Dahlia

BISKUT DAHLIA

Bahan

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan


Cara Masak
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

PULUT MICROWAVE

Kali ni mokcik nak tunjukkan cara-cara masak pulut pakai microwave... guna jari pong boleh..
Tekan sana tekan sinun, terus masak... tak hangit plak tu... senang sungguh teknologi donia skrg.

Mula-mula basuh beras pulut dan masukkan sedikit air sehingga parasnya melebihi sedikit ajer dari pulut itu, agak-gak nak sampai seruas jari ajer. Jangan masukkan terlalu banyak air cam nak masak nasi tu sbb dikhuatiri pulut akan bertukar menjadi bubur lambuk yang sesuai untuk berbuka posa  hohoho. Dan pastikan bekas yang digunakan adalah bekas yang sesuai untuk kegunaan microwave tau.

 
  Lepas tu tutup bekas elok-elok dan masuklah dalam micowave.
Cara mokcik masak adalah:
  • Mula-mula mokcik masak selama 2 minit aje.
  • Pastu masak lagi untuk 2 minit atau sehingga pulut masak. Mokcik guna bekas yang clear supaya nampak dari luar pulutnya dah masak ke belum.
  • Mokcik masak lagi 2 minit sbb masih nampak beras pulut lum masak. So mokcik berjaya masak pulut ni dalam masa 6 minit sahaja. Ada setengah orang masak pulut ni selama 4 minit atau 5 minit ajer tau. Mungkin bekas yang mokcik pakai ni tebal kot (ini adalah analisis orang kampung cam mokcik la sbb mokcik tak sekolah tinggi untuk buat analisis prestasi microwave ni hohoho)
  • Kenkawan bolehlah try masak mengikut kesukaan masing-masing sehingga pulut masak tau. 
Tadaaaa... rupa paras pulut yg menanti untuk dikunyah bersama kuah durian


 
Kalu kat ganu kami suka makan pulut gaul nyiur ngan ikan rebus goreng atau ikan masin waktu pepagi, perhhh sorga weyyyy....

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,

Lama betul la mokcik tak singgah sini, ingatkan mokcik dah berhasrat nak pencen terus hohoho...

Apa pun dikesempatan ini mokcik nak ucapkan kepada kenkawan semua selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Dan juga tahniah diucapkan kepada kita semua kerana sempat menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga bulan ini memberi seribu makna kepada kita semua.

Setakat ini dulu n3 dari mokcik, nanti mokcik hapdet kan citer pasal resepi dan masak memasak, bakar memebakar dan goreng-menggoreng. Itu aja pong modal yang ada untuk dikobarkan dlm laman blog ini hehehe. Byk nak citer ni almaklumla lama tak tinggalkan jejak di sini.

Apa pong mokcik tinggalkan n3 kali ini ngan kesah Japih, budak yang semakin nakal dan berperangai ini. Cuba tengok gambar ni, apa yang dia buat.
Budak ini pantang jumpak cotton bud, dia amek diam-diam pastu tengok apa dah dibuatnya. Ngeri kami tengok takut tercocok terus. Terus kami capai tangannya dan tarik cotton bud itu. Dia memberontak dan menjerit  untuk lepaskan diri. Pastu bermulalah episod nangis sambil guling-guling macam tenggiling...donia-donia...