Hari ini 16 April 2012 terlancarlah APEL secara rasminya. Mesti ramai yang tidak familiar lagi dengan APEL ini kan?. Musti ramai yang duk tanya apa itu bendalah en. APEL ini yer?
APEL adalah pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setakat ini laluan untuk APEL hanya dibuka untuk program Degree sahaja. Akan datang akan dibuka untuk peringkat Diploma dan Sijil pula.
APEL ini menggalakkan seseorng individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan. Jadi sekiranya anda memenuhi syarat berikut anda adalah layak untuk memohon sebagai calon APEL untuk memasuki program ijazah sarjana muda.
- Warganegara
- Berumur 21 tahun ke atas, DAN
Anda perlu LULUS Ujian Aptitute dan LULUS Portfolio.
Calon yang berjaya mendapat sijil APEL boleh membawa sijil tersebut untuk memasuki program di mana-mana IPT yang menerima kemasukan pelajar secara APEL. Namun begitu IPT hanya boleh mengambil pelajar melalui kemasukan ini maksimum 5% daripada jumlah populasi pelajar semasa sahaja.
Simbolik pelancaran adalah buku ajaib yg diperbuat daripada 2 jenis kulit lembu dan kulit kambing
Adik-adik choral speaking yg hebak sesgt...pembaca doa pun adik yg comey dan kiut
Inilah muka-muka comey yang ceria selepas persembahan depan pak menteri....Gambar semasa pelancaran memang byk tapi macam berat je jejari mokcik nk uplod sbb letih sesgt dari semalam bizi ngan majlis pelancaran ini....
No comments:
Post a Comment