Sila Klik Iklan Ini

Friday, April 27, 2012

PUFF SARDIN

Setelah selesai mengepuff pisang kita mengepuff sardin pulop...Tapi kali neh kulit puff mokcik wat sindri...wahh mokcik terlebih rajin ko jahhh...

Kulit puff neh agak remeh skit nk buat sbb kena simpan dlm peti ais bagai tu yg agak kelemauan yg nyata kalu nk buat puff ini melainkan kalau teringin sesangat dah. Boleh dibilang dengan jari berapa kali jer mokcik wat kulit puff ini. 

Kali pertama buat ok menjadi cantik crosant mokcik,  kali kedua wat hancus sehancusssnya sbb masa simpan doh dlm peti ais tak perasan plastik cover doh terbocor dan doh telah bertukar menjadi seperti selimut gebar yg kembang setaman di dalam peti ais. Ini kali ketiga buat dan kali ini kehodohan yg nyata lagi terserlah kulit puff mokcik hohoho tapi sib baik masih ranggup dan gebu.

Mokcik buat kulit puff neh sesedap pala otak jer...ingat-ingat lupa pulop tu masa tengok resepi kat tv. Penyudahnya mokcik wat ikut adunan buat donat pastu balut ngan plastik dan simpan dlm peti ais semalaman.

Esoknya baru canai doh secara pepanjang skit dan kemudian sapu mentega yg disejukkan dan lipatkan doh menjadi beberapa lipatan. Pastu canai lagi doh dan sapu kan mentega lagi dan ulangi step di atas sehingga menjadi beberapa lapis.

Untuk inta pulok mokcik wat inti sardin yang macam nak buat inti karipap sardin tu. Bila dah doh di canai letakkan inti dan lipat elok-elok.

Biarkan doh rehat seketika dan sapukan telur kuning sebelum dibakar. Bakar  lebih kurang 10-20 minit

Puff sardin


Puff + kopi... jom mengepi...



Saturday, April 21, 2012

PUFF PISANG

Ini adalah teknik masakan bagi makhluk-makhluk isteri yg tak seberapa nk rajin meluangkan masa yg lama di dapur... hohohoho..

Teknik yg amat cepat dan pantas memang sentiasa menarik naluri dan perasaan mokcik... hehehe teruk tula laa sume kerja pikir nk short cut jer... macam mana badan tak mengajah sekarang hohoho... 

Tapi wat puff pakai kekdah neh memang menjimat masa dan tenaga wooo...Tak caya cuba korang try wat ... sambil suap nasi pong leh buat tau...Puff neh hamatlah sesuwei di kawankan dengan kopi sambil minum -minum petang weken neh...Jom panaskan oven dulu....

Bahan-bahan
  • Kulit pastri segera (kalau rajin buleh wat sendiri)
  • Beberapa biji pisang
  • Gula perang
  • Serbuk kayu manis
  • Parutan cheese (mokcik pakai mozarela cheese jer)

 Mula-mula sekeping kulit pastri di potong empat dan gariskan sedikit di tepinya tapi jangan sampai putus. Kemudian susunkan pisang dan taburkan gula perang, sedikit serbuk kayu manis dan parutan cheese


 Lipat hujung puff ini dan tekan pakai garfu utk melekatkan kedua-dua kulit puff


 Sapu kuning telur dulu di atasnya dan bakarlah lebih kurang 15 - 20 minit atau sehingga puff masak

 Siap diperbarisan utk tunggu dikunyah kami anak beranak


Inilah hasilnya walaupun senget benget skit...jemput makan...


Monday, April 16, 2012

PELANCARAN APEL

Hari ini 16 April 2012 terlancarlah APEL secara rasminya. Mesti ramai yang tidak familiar lagi dengan APEL ini kan?. Musti ramai yang duk tanya apa itu bendalah en. APEL ini yer?

APEL adalah pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setakat ini laluan untuk APEL hanya dibuka untuk program Degree sahaja. Akan datang akan dibuka untuk peringkat Diploma dan Sijil pula.

APEL ini menggalakkan seseorng individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan. Jadi sekiranya anda memenuhi syarat berikut anda adalah layak untuk memohon sebagai calon APEL untuk memasuki program ijazah sarjana muda.
  • Warganegara
  • Berumur 21 tahun ke atas, DAN
 Anda perlu LULUS Ujian Aptitute dan LULUS Portfolio.

Calon yang berjaya mendapat sijil APEL boleh membawa sijil tersebut untuk memasuki program di mana-mana IPT yang menerima kemasukan pelajar secara APEL. Namun begitu IPT hanya boleh mengambil pelajar melalui kemasukan ini maksimum 5% daripada jumlah populasi pelajar semasa sahaja.

 Simbolik pelancaran adalah buku ajaib yg diperbuat daripada 2 jenis kulit lembu dan kulit kambing

 
Adik-adik choral speaking yg hebak sesgt...pembaca doa pun adik yg comey dan kiut


Inilah muka-muka comey yang ceria selepas persembahan depan pak menteri....Gambar semasa pelancaran memang byk tapi macam berat je jejari mokcik nk uplod sbb letih sesgt dari semalam bizi ngan majlis pelancaran ini....


Wednesday, April 11, 2012

UBI REBUS

Jom kita makan ubi rebus kenkawan, makanan klasik org dedolu, makanan ala-ala pra sejarah gitew...oppp silap fakta bukan makanan pra sejarah tetapi makanan sejarah.

Kenapa makanan sejarah? Sebabnya tok-tok kita dulu selalu duk citer jasa en. ubi kayu yang menjadi makanan utama rakyat tanah melayu semasa era perang jepun. Maklumla time tu makanan payah dan beras-beras pulok telah dicatu oleh pihak jepun.

Masa mokcik kecik-kecik dedolu pun selalu gak sarapan pagi ubi rebus tapi sekarang dah susah nk jumpe ubi rebus dibuat sarapan pagi. Kalu ada pun ubi akan dibuat kuih muih seperti lepat atau kuih talam untuk sarapan pagi atau minum petang.

Selalunya dulu kami makan ubi rebus ini bersama kelapa parut, ikan masin atau ikan rebus. Tapi bagi orang sebelah pantai barat ini ubi rebus dimakan dengan sambal bilis atau sambal kicap seperti yg mokcik makan di Batu Pahat pada tahun 2006. Hamek ko 6 tahun sudah pun masih diingati lagi akan en. ubi kayu.

Masa mokcik pi visit di Batu Pahat tahun 2006 dolu, hotel Katerina iaitu hotel yg paling hebak di Batu Pahat telah sediakan ubi rebus untuk kami sebagai supper yang dimakan bersama dengan sambal bilis. Emm terkejut jugak la kami sampaikan kami main teka-teki tekuk ngan panel time tu sbb tak percaya apa yg hotel hidangkan, nampaknya en. ubi rebus sudak glamer sbb sudah dikomersilkan dan sudah masuk hotel... kelasss  uolllsss.... 

 en. ubi rebus dan sambal bilis


 en. ubi yg sudah empuk


 sambal bilis


Jemput makan




Sunday, April 1, 2012

HIGH IMPACT TEAM

Ini adalah kursus High Impact Team, kursus yang amat memalukan mokcik sebenarnya...benci-benci-benci....malas nk ingt tau...kalu jumpe ngan kenkawan macan segan sipu  sipi malu sehhhh..

Sebenarnya ini adalah antara siri-siri kursusyg kami wajib hadir dalam program PPK kami, kalu tak hadir kena ngan pi kursus yg seakan sama di INTAN. Kursus kali neh byk xtvt outdoor berbanding sesi dalam indoor.

Sesi breafing dan menentukan kumpulan melalaui game belalang sepit baju neh, lupo dah nama apa game ni. Sib baik mokcik sampai awal petang tadi. Kenkawan kita seramai 5 orang yg smpai lewat kena lelong... kumpulan mana nk beli.


Pastu game outdoor, candle war game... mak-mak budok (tudung putih tu lum agi yer) yg amat gumbira dpt main M16 dn lampu suluh sbagai senjata... yoyoyo ooo jer majer azlan dari melaka tuh....yg kelakar tu sarjan usop nk pangkat tinggi skit dari mejar, hangin ler majer azlan dari melaka tu pastu sarjan usop kena turun 5 kali sbb gila kuasa kui kui kui...


Hari keesokkannya, senaman di pagi hari sebelum sarapan. Sempat main game belatuk dan belalang walaupun pernah main game ni ms kursus team building di Impiana Cherating.


Pastu game the search. Kat skrin adalah list-list brg yg perlu dicari berserta markahnya. Sepatutnya group kami juara game neh ..sbb bleh tangkap ikan hidup dan belalang yg mempunyai markah paling tinggi tapi last-last markah kumpulan kena potong sbb tak ikut spec teh tarik segelas tapi kami sediakan teh tarik se mug. Susah payah Dr. Kang belanja teh tarik masa Sim dptkan teh tarik neh kat cafe hotel. RM10 henggit tau... sib baik teh tarik sedap... kaw lagi...


Kumpulan kami semasa game F1 Pit Stop. Kami dpt markah bonus sbb ada jentera F1 yg paling cantik dan kreatif, siap ada mic tu...


Antara aset jentera F1 yg kami ada. Sebelum berlumba kena reka pemandu dan kereta F1 dulu.


Sebelah petang kami ada xplorace pulok... letih keliling resort cari klu dan siapkan teka teki tekuk


Indoor semasa ujian dan game Pasukan Belbin. Katanya ujian neh sekali buat tapi bleh pakai smpai 25 tahun akan datang pong...


Sebelah malam ada samurai war game dlm gelap hanya ada lilin sahaja. Game yg paling kelakar... shogun nakamura yg kelakar, mokcik gelak smpai pening kepala...



Sebelah pagi hari terakhir... game The Target


Kasut dan tali kasut pun jadi mangsa tau...


Mokcik dan Chek


Outdoor game terakhir membina menara... kami berjaya bina 7 menara jer


Di bawah adalah sesi terahir sblm balik iaitu sesi luahan. Sesi ni lah adegan air mata neng yatimah berlaku...memalukan sungguh sehhhh tak leh ckp sbb terlalu sebak. Tu la byk sgt menangis masa sesi mencari shabat sejati tu...malu kat kenkawan benci-benci-benci tauuuu...

Mungkin ini hasil penyakit 2nd child sindrom... kalu nangis susah nak benti begitu juga kalu gelak susah nak benti gak... emmmm... siapa leh selesaikan masalah 2nd child sindrom neh?