Sila Klik Iklan Ini

Monday, February 28, 2011

TAMPAR MENAMPAR

Ini adalah kesah pasal si kakak. Katanya "ibu kakak tampar kawan kakak lagi.

Ibu: hahh!!!! kakak tampar kawan lagi?Jangan suka tampar orang kak nanti cekgu marah...

Kakak: Habis tu Aida tu cakap kakak setan, nanti kakak kuar tanduk. Kakak bengang lah...

Ibu: terus terdiam. sejak bila pulok anak aku pandai cakap bengang nehh...

Agaknya macam neh kah gayanya kakak menampar kawan nyer itew?... gambar dari en. goooogle neh...


Kadang-kadang tu terpikir gak, padan muka kawannya itew kena tampar sbb mulut cam berus uoollss... sesuka ati sesedap gigi dia jer nak beruskan orang cakap macam-macam...itu yang tamparan wanita (ehh wanita ker) hinggap di muka...

Dan pernah satu hari tu kakak cerita katanya si Aida ni pernah panggil kakak dengan panggilan bab* tau. Pastu kakak terus bagitau ustazah. Ustazah kata "tak per lama-lama nanti dia yg akan jadi bab*.

Apalah ustazah ni, patutnya selaku ustazah kenalah bagi tazkirah dan pesan pada Aida si mulut berus ni ataupun marah skit pada Aida ni barang seharakat dua harakat supaya yang dia tidak mengeluarkan kata-kata yang amat tidak sopan dan tidak santun itew... opss lupa cikgu dan ustazah sekarang tak leh marahkan budak di sekolah nanti mak pak datang mengisytiharkan perang pulok... kesian nanti tak pasal-pasal kang ustazah tu tak bergaji...

Itulah budaya bebudak zaman sekarang, kalu difikirkan memang takut nak besarkan anak-anak di zaman lor neh... (tetiba teringat iklan nescafe dedolu... sape masih ingtkan lagunya sila nyanyi sekarang..."anda anak zaman ini, gaya hidup serba kini... sila lah sambung sindri mokcik tak berapa ingt maklum la ingatkan bertambah berkarat ajer skrg).   Kalau nak dibezakan dengan zaman kita dulu, agak tersimpang jauh sekali lah. Istilah/panggilan bab* ini tak der dalam kamus hidup kita apatah lagi nak panggilkan orang dengan panggilan sebegini. Rasanya istilah/panggilan ini femes ketika mokcik dah mai KL dah iaitu apabila kes JE dan HINI melanda negara dengan hebak. Masa tu ingat lagi tv pong tak panggil penyakit ini dengan istilah bab* sebaliknya khinzir...

Friday, February 25, 2011

PROJEK LADANG

Masih kesah pasal famili di kampung lagi neh...Oppss tapi sebelum tuh berita pasal pengumuman pakai tali pinggang belakang akan diwajibkan bulan Mac nanti. Sape yang tak pakai akan kena saman. Tetiba Mak Alang kata keta dia tak dak tali pinggang belakang, so dia kata 'penumpang tidak dibenarkan' hohoho....

Emmm kalu macam tu pada mana-mana keta yg spesis agak dewasa skit yg tak dipasang ngan tali pinggang belakang neh dan mungkin owner nyer jugak buat lupa-lupo nak pi pasang akan bertukar fungsinya tak ubah seperti motosikal or beskal sbb hanya boleh muat 2 org ajo bukannya 5 orang. Kalu masukkah gak 3 orang tambahan kat seat belakang akibat nya owner akan bagi duit free kat en. polis... fikir- fikirkan...

Okaylah berbalik pada setowi tadi mokcik nak royak pasal projek ladang sawit kepunyaan Mok Ngoh & co ini yang rega riban-riban. Habislah mokcik kalu Mok Ngoh marah ngan n3 neh...Walaupun hanya 7 hektar atau ekar hak mana satu mokcik tak pasti neh, ongkosnya boleh tahan jugak lah ribannya. Ada jiran kami tu pulok buat projek mencucuk tanam sawit ni sampai 20 hektar/ekar ... pasti kaya tahap itik lah brother tu bila ladang tu kuarkan hasil nanti.... emmm mokcik pong kena pikir neh nak start bisnez apo eehhh... idea tak mai, idea tak mai...

Ladang Mok Ngoh nampak cam berbukit macam ladang tok ki ajor..


 Anak-anak sawit yg baru dibeli untuk disemadikan di sini


 Bukit lagi, kalu sebelum neh bukit di sawah ni bukit di ladang sawit pulok. Tapi bukit ini adalah sementara, bila pokok-pokok ni dah ala-ala remaja maka bukit ini tak akan kelihatan lagi...


 Mok Ngoh dibelakang sekali nun, Pok Ngoh (en. suaminya), Mak Anjang (adek mokcik no.7) Mat Apiq dan Pok Su

Mok Ngoh & Co juge sebagai tokey RMS Engineering (nama company pong sempena nama dia dan famili. Adek badik kami semuanya nama bermula 'R').


Mak Alang (adek mokcik no. 6) yg girang seperti kanok-kanok rebina. Dia neh ajor dalam famili yg mewarisi saiz genetik tok mek dan pok sedaro mokcik, hak lain sume dah bertukar jadi saiz spesis hippo doh lo neh... 

Thursday, February 24, 2011

SAWAH DI KAMPUNG

Sawah di kampung? Ade ke sawah di bandar? oppss lupo nak ucap tahniah dulu lah. Di sini mokcik ngan raso bebesar hati, jantung dan limpo nak ucap tahniah pado pasukan Mesia atas kejayaan kalahkan Pakistan dengan 2-0, bekalan yg tak berapo nak seleso utk round kedua di Lahoe, pado Mac nanti.. Apo pong mogo hangpa sumo boleh cas tenago utk lipat gandokan usoho utk next round supayo monang bosar nanti... Tetibo mokcik kecek nogori... ontah betul ko idok... ini boleh mendatangkan marah pado Lin Bam Bam dan kak Kherun nihh.

Oleh kerano mato pun tak ngantuk lagi walaupun dah pukul 12.55 am mokcik nak buat karangan skit lah kat sini lah. Berbalik pado tajuk seperti di atas ni, mokcik nak kobar pasal cerito berkenaan sawah bendang ni hah... Jangan ingat nogori hang jer Peruz duk ado sawah bendang bagai tau... negeri kami pong ada gak, berlambak-lambak bendang ado tau tapi org lain punyolah lah bukan mokcik punye...

Sebenarnya sawah ni adolah kepunyaaan Pok Sedaro mokcik yg tinggal di Besut nun. Orang Besut ni depa kecek Kelate sbb asalnya menurut cerita dari mulut ke mulut bukan pernafasan mulut ke mulut yo atau bukan jugo cemolot  tau eeee...daerah Besut ni walaupun kepunyaan Tengganu tetapi asalnya adalah jajahan Kelate. Menurut kesahnya daerah ini terpakso di bagi free kat Ganu sbb Kelate kalah sabung ayam maso zaman nek nek moyang kito dulu...Wah untung..untung.. untung besar neh. Hanya bermodalkan tenago empat kerat ayam ajork dpt miliki satu daerah weyyy... Pasal apo la depo tak lawan ayam lagi, kalu dak musti lagi byk daerah kelate dapat kat ganu...hohoho... naik takat didih kolesterol ore kelate bilo baco nehhh. Oooo lupo pulok tidok buleh sabung aye sbb hare deh, yg boleh hanyolah kilat sabung menyabung.

Dipendekkan karangan pada CNY nan silam kami telah balik Besut iaitu kampung di atas kampung, maksudnya kampung kepada kampung mokcik yg dulu... Fenin ker? Kalu fenin kita setowi lain kali lah kesah kesah kampung di atas kampung neh.

Kami balik sini sbb Pok sedaro mokcik buat kenduri arwah kerana abangnya yg sulung atau Tok Ki Long telah kembali ke rahmatullah. Sebelum sibuk ngan kenduri kami sibuk pi lanyak sawah Pok Sedaro mokcik ni dulu sampaikan batas yg tak berapa kering habis lunyai kami tapak kaki kan.

 
tadaaa... enterprem skit, posing maut neh walaupun dah mencapai kejayaan yang besar dalam aspek peningkatan dan pelebaran saiz baju bukan pelebaran jalan rayo yooo... jangan silap- jangan silap.

 

Matohari nak jatuh dah ehhh... Ini adalah salah satu perkara daripada 3 perkara yang dikenal pasti boleh membuat jiwo mokcik tenang iaitu pertama melihat matohari jatuh, kedua melihat baby tengah syok tido dan ketigo adolahh...jeng.. jeng...jeng cubo teko...

Tetibo muko enterpem neh lagi... tepi lah pembaco nak teko neh, menyibuk ajor, kang ku sekeh kang...


Teekkkk maso dah habis...Ketigo adolah ketiko melihat burung-burung bertebangan pulang petang.... sejuk ati mokcik, musti korang pelik dan tertanyo-tanyo kenapo kang?... ada kesah sebaliknya, nanti dipanjangkan dlm n3 lagi pulok deh....


 
Kalu di cito pasai burung di atas dlm n3 ni jugok nanti tak habis 4 hari 4 malam kesah sawah bendang ni.



Tali air yg byk ikan ni, selalu pancing dan pukat mengena ngan ikan keli, haruan dan puyu... sedapnyer puyu bakar... ehh sini pun banyak belut tau....


Pandangan sisi dari umah pok sedaro kami


Sawah yg baru ditabur benih

Padi yg masih pada tahap baby lagi neh...Tengok batas yg belah kanan tu sume bahan bukti tapak kaki kami tinggalkan.


Sawah dan bukit


Sawah pok sedaro mokcik ni mengadap bukit yg besar tau... yg macam rumah itu pulok adolah baglo mewah kepunyaan en. kambing-kambing Pok Sedaro mokcik, cam pelik pulok tengah sawah ada kambing sbb spesis yg biasa bersenda gurau di sawah ni adalah burung bangau putih.

Bukit yg mendamaikan. Di kaki bukit neh depa tanam pokok-pokok getah, sapo punyao ntahlah lupo pulok nak imbestigate...rego gotah tengah mahai skrg wooo, bergetah-getah mencanak naik rega en. getah sekarang...


Ini adalah siput sawah, buleh makan tau siput neh, macam siput sedut yg ado kat market nun. Nanti mokcik setori pasal resepi siput sawah neh setelah gmbr terbaru masak lemak siput diperolehi nanti.




Baby padi yg tumbesarnnya agak terencat dan tidak sebaya. Menurut Pok Sedaro mokcik sekarang teknologi tanam padi dah hebak skit doh sbb time tanam padi main tabur je pastu padi tumbuh kalu dulu padi kena semai dulu pastu cabut balik dan tanam balik supaya line nya supaya lurus, cam cito kunpu Jet Lee ke Jackie Chan, dah lupo pulok ehhh...



Pok Su tengah mereng melayan kerenah kakak dan Japih nak main air sawah yg banyak lintah dan pacat tu....


Ni lah tokey sawah tersebut di atas, pok sedaro mokcik a.k.a abg tokmek (mok mokcik lah tu). Muko depa berduo neh potosetet lah...Dah lah saiz tumbesarnnya depa lebih kurang ajor, macam spesis ayam seramo tapi yang herannya bila tang anak dan cucu memasing sume spesis hippo pulok doh ehhh...Tak paham betul aku (pinjam ayat Leman jap)

Monday, February 21, 2011

SUP KACANG PEA

Resepi ini mokcik dapat masa tengok Nigella masak kat 707 beberapa tahun nan silap. Step dia pun dah ingat-ingat lupa dah almaklumlah lame bebenor dah yer pong, akhirnya jadilah resepi ikut dang a.k.a resepi ikut suka anak tekak sendiri.

Sup ini amatlah erbesh jika dihirup time panas-panas tapi awas jangan sampai mendidih anak tekak pulok kang kecacatan kekal berlaku di situ kang...

Sup ini juga amatlah nikmat kalu dicecah ngan roti... ala macam mashrum sup tu... perhhh sorga wey... nak-nak pulok time petang -petang sambil mengopi.. uummm waallah..

 
Sup kacang pis

Bahan-bahan:
  • 1 tin kacang pis
  • seulas bawang putih
  • setangkai daun saderi (daun makanan wonderpet tu haaa)
  • sedikit garam
Kekdah masak:
  • Rebus setin kacang pis hingga empuk bersama semua bahan di atas
  • Bila dan empuk angkat dan keluarkan bawang putih dan daun saderi.
  • Blend hingga hancur kacang tersebut
  • Boleh dihidang, selamat mengetest

Thursday, February 17, 2011

FAMILY DAY DI CAMERON HIGHLAND

Oleh kerana kehazaban dan keberatan jejari nak habdet laman rumah sindri ini maka mokcik persembahkan siaran tertunda ni....

Oleh kerana penyakit keberatan jejari ini amatlah bermaharaja lela sekali maka cerita kali ni pong adalah berkisar mengenai setowi yg dah lapok berkulat iaitu cerita lpasal tahun lepas lagi. Citer mengenai  family day kuarga mokcik yg diadakan di Cameron Highland akhir tahun lepas. Mokcik masukkan juga citer kat sini sebagai kenang-kenangan. Tahun yg sudah kami hangkut satu famili gi tasik kenyir dan tahun lepas giliran negeri Pahang pulok.

Percutian ini telah ditaja oleh adik mokcik iaitu mok ngoh. Semoga company mok ngoh RMS Engineering bertambah ong dan ong dan ong hendaklah. Boleh lah banje kami pi makan angin di tempat yg besh besh lagi gitew. Kalu dpt untung berkoyan-koyan lagi bagus sbb bleh kita pergi ke tempat yang bermewahan skit... hohoho...

Plan tahun ni giliran Negeri 9 pulok, harap-harap plan nak pi Legend Water Chalet tu menjadi dengan jayanya hendaknya lah...

Hotel tempat kami bermalam dan bersiang selama 2 hari


Inilah mok ngoh tokey besar RMS Engineering dan familinya yang menyeponser keriangan kami selama 2 hari di sini



Pagi tu lepas sarapan jer kami terus buat aktiviti memetik seteroberi kat Kg Sedia ni... Ni adik bongsu  mokcik neh


Seteroberi


Yang tak nk petik seteroberi pulok dengan lahapnya menyenduk sekerim seteroberi bermangkuk-mangkuk yang dijual di sini. Yang herannya time sesejuk cam gini pong masih gigih mengunyah sekerim tulll... Acara menyenduk sekerim ini telah diketuai oleh kakak sbb kakak dah 2 kali dtg sini.


Mat Japih dan Mat Piq (anak mok ngoh) sepupu sepapat ni...


Hidung Mat Piq yang macam mickey mouse sbb jatuh tersembam kat kedai malam tadi


 
Lepas puas melahap sekerim kami terus ke ladang teh boh. Tobat tak mau mai doh sini, jalan dia cukup mendebarkan... dah la sempit satu keta je celus tau, curam pulok tu, selekoh tajam nyerinya tok sah citer lah pastu kena kongsi jalan dengan lori yg asyik kuar masuk jer... ditambah plak hujan turun dengan lebatnya hish hish hish...sesedap rasa sungguh debaran nak sampai ke sini...



Oleh kerana hujan turun dengan hebatnya maka tersangkutlah kami kat cafe di atas bukit nun... apo yg lucu tu mokcik wey sampai tersongeh ajork?


Sambil menunggu hujan reda kami pekena teh o satu kole bersama scones dan...



carrot cake bersama ice lemon tea...
teh satu kole telah ditaja oleh mok ngoh lagi...




Hujan dah reda skit kami pi kilang teh boh yg ada kat belakang cafe ni. Malangnya time kami sampai tak bleh tengok camner teh diproses sbb depa tak kutip daun teh hari tu...



 

Dah turun dari ladang teh boh kami pi taman bunga dan taman lebah yang ada di perjalanan turun dari bukit boh. Taman orkid time kami sampai dah tutup pulok...malang sungguh...


 

Japih bersama bunga sebelum buat aksi stunt di sini


Dan yg teramat malang adalah Japih dengan selamba kura-kura telah membuat aksi terjun tirup untuk membuat tangkapan ikan yang ada dalam kolam di belakang tu... hish hish hish... Sib baik pok ngoh dengan pantas menarik japih keluar, kalu dak dah kembung perut tu masuk air ngan ikan-ikan sekali. Dah lah baju spare tak bawa, terpaksalah japih pakai pampers jer mengharungi suhu yg sejuk di sini sebelum bantuan baju baru sampai.


On the way balik hotel kami singgah di ladang bharat tea pulok

Niat tak nak singgah pong kat sini sbb bleh singgah time balik esok tapi...


Namun terpaksa singgah jugok sbb kena beli baju baru Japih yang dah berbau ikan tadi. Inilah baju barunya....

Monday, February 14, 2011

NASI GORENG TELUR MASIN ACAR KOBIS

Ini pulok adalah edisi masak secara malas-malasan time balik opis. So makan malam kami adalah nasi goreng bersama masak acar kobis, telur mata kerbau dan telur masin... Resepi yang pernah dibuat oleh mano-mano makhluk di nusantara ni melainkan Aunty Chik hohoho a.k.a mokcik lah tuh...

 
Acar kobis tu Aunty Chik yang tingin sangat nak makan sbb dah lama tak merasa neh. Kalu versi omputeh depa ada coselaw tapi versi kami acar kobis ajork. Acar ni kalu makan ngan nasi dagang besh teramat la weyyy...cara nak buat acar ni seperti kekdah di bawah yer kenkawan.

 
Telur mata tu pulok acara wajibul bagi en. suami time makan nasi goreng. Telur masin tu pulok secara tidak disengajakan terjebak dalam pakej ni sbb kami nak habis stok yang ada. Telur spesis ni tak leh biar lelama sangat takut nanti bila dimasak masinnya boleh sampai tahap kejung bibir mulut...

 
Nasi goreng telur masin acar kobis
 
Acar kobis

 
Bahan-bahan
  • Kobis (disagat)
  • Beberapa ulas bawang merah
  • Cili dihiris halus
  • Sedikit gula
  • Sedikit cuka (atau perahan air limau)
  • Sedikit sos ikan (atau garam)

 
Cara nak buat acar ini sungguh la senang yang amat. Kekdahnya sama seperti buat acar timun atau apa-apa acar mentah lain. Sagat kobis dan gaulkan dengan semua bahan sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan...

Friday, February 11, 2011

APA SUDAH JADI?

Woo woo wooo.... apa sudah jadi ngan laman rumah mokcik ini...

Sekarang ini rasa macam lelemau biskut meri cecah ayaq kopi ler pulok ehhh tulang jari Aunty Chik ni (ehh tetiba pulok tukar jadi aunty  hohoho... konon berangan nak jadi omputih yang berkulit karamel lah tue) berat sungguh rasanya nak menekan kotak-kotak A,B,C yang tak serupa kotak pong kat depan skrin ni utk hapdet laman rumah sindri ni... tak sempat pun ada gak... alahai apa la nak jadi...

Banyak bende nak citer sebenarnya...paling tak pun nk masukkan gmbr-gmbr sebagai kenangan kat sini tapi masa lum mengizinkan lagi... (mintak izin yer masa)

Cuma cerita terbaru pasal episod persekolah kakak adalah... jeng.. jeng..jeng..

Baru-baru ini kakak telah melempang sorang kawannya di sekolah kerana kawannya yang sungguh malang itu telah membuat durja kerna telah mengutuk ibunya gemuk...

Kakak naik hangin terus dilempang kawannya itew...Alahai syahdu sungguh ibu mendengarnya.....

Agaknya kakak tak boleh terima kenyataan yang ibunya ini sudah gemuk macam  hippo color karamel hohoho...Dugaan, dugaan....

Sah kakak telah mewarisi genetik bapaknya, jangan kutuk-kutuk atau keji-keji mak paknya kalau nak selamat hehehehe....

Susah sungguh ehhh jadi mak pak anak era lor nihh... penampilan kita pong jadi topik perbualan depa...

Kakak, 2 tahun nan silam...