Sila Klik Iklan Ini

Friday, June 11, 2010

LAMPU KAMI YANG CACAT

Sadis melihatnya...rumah kami yang tak berapa nak terang setelah diterangi oleh lampu yang cacat.

Lama tidak bersiaran di sini... dan tup-tup kali ini nak bersiaran pasal kesah sadis lagi menyayat hati ini...

Kesah berkenaan lampu kami yang baru saja berusia sebulan jagung, tapi tengoklah apa dah jadi pada bentuk fizikalnya itew, dah ada kecatatan kekal anggota badannya. 

Lampu ini dibeli kat kedai lampu di Sri Kembangan dan siap dipasang pada bulan lepas. Sebenornya lampu ni en.suami yang berkenan benor ngan rupa parasnya. Dalam beratus-ratus lampu yg ado kek kodai tu, lampu yg paling menarik pada pandangan en. suami. Nak suruh mokcik tolong pilihkan... sorry... mokcik kalu bab-bab pilih- memilih ni agenda paling dibenci dan paling menyesakkan kepala, poning ehhh mokcik mano satu nak dipilih, tambah plak kat tompet yg byk pilihan cam gini, jangan la suruh mokcik pilih barang sat gih mokcik kuar bodo jee tau... hehehe...nyampah ehh bab pilih-memilih ni, so mokcik biarkan urusan paling sukar kononnya ini pada en. suami ajor... sonang stori mokcik gitew...

Masa kat kedai lampu tempoh hari stok lampu ni dah habis. Tapi kalu nak beli jugak ahmoi sales girl tu kata bleh amek yg display dan diaorang bagi 10% diskaun. Tanpa pikir panjang terus en. suami setuju ajer.

Tup-tup bila dah sampai umah masa bukak kotaknya satu sarungnya pecah daaa... aisey mannn....Masa kat kedai time ahmoi duk packing lampu ni mokcik dah perasan dah sbb ada bunyi prappp.... Mokcik terus tanya kat ahmoi tu, pecah ker? Dia kata tak, itu bunyi tangkainya... rupa-rupanya si ahmoi ni tipu kami... hampeh tul laaa ko ahmoi oiii... rasanya mau je aku seligi kepala ko tu.... dah la sarungnya tu tak dak warranty...kena lah kami beli sendiri sarung gantinya yang lain.

Walaupun cacat satu anggota fizikalnya en. suami nekad jugak nak pasang lampu ni sbb katanya sarungnya yang pecah tu bleh dibeli kemudian nanti.

Beberapa hari kemudian....
En. suami ada bertanya kat kedai lampu di Nilai nun, kot-kot ada sarung yang sejibik sejibon yg boleh kami rembat terus. Tuan kedai tu kata kena bawa contoh sarung dan kena tempah utk dapatkan sarung yang serupa dengannya dan nak siapakan tempahan tu amek masa la skit. Alahaiii sayu dan pilu plak jadinya. Terus en suami kata macam malas je nak bukakkan balik satu sarungnnya itu....Dan akibat kemalasan itulah maka sehingga kini rumah kami diterangi oleh lampu yang cacat ini. 

Beberapa minggu kemudian... (macam drama swasta plak ehhh, siap ada kronologi )
tetiba bunyi tupp... bila didongak ke atas rupa-rupanya satu mentolnya pulak terbakar daaa... bertambahla satu lagi kecatatan pada lampu kami ini, tapi kali ini hanyalah cacat sementara ajer bukan kecatatan yang kekal... 

No comments: