Sila Klik Iklan Ini

Friday, February 5, 2010

DINNER DI TOP SPOT KUCHING

Dinner di Kuching... emmm apa nk makan yer? Nak cuba sesuatu yg lain dari menu biasa jom la ke Kuching.

Kali ni kami makan di Top Spot Kuching atau juga dikenali sebagai Bukit Mata. Lokasinya hanya sekentut dua kentut ajer dari hotel tmpt beraduan kami. Ikut jalan belakang sat je jalan kaki tapi kalu naik keta kena pusing jauh skit sbb jalan nk ke sini adalah one way.

Bangunan makan ni setinggi  6 tingkat. Tingkat 1 hingga 5 dijadikan parking hanya tingkat 6 yang atas sekali dijadikan tmpt untu santap menyantap. Meh kita tengok apa yg kami pekena mlm tadi. 

 
Top Stop

 
Ada tanya halal tau..

 Orang-orang pengunjung yang datang

Specialty Sarawak, sayur Miding. Kalu kat semenanjung sayur ni ada gak tapi diambil setelah sayur ni besar.  Kat sini sayur ini dipetik semasa masih baby. Kalu kat ganu sayur ni dikenali ngan pucuk miding dan femes utk masakan bubur lambuk atau dimasak sayur air bersama kopok keping.










Perstime cuba binatang laut ini. Rasanya namanya pepahat. Kat sini depa panggil ambal dan rasanya seperti kerang skit. Pernah tengok kat majalah 3 hari tu depa tunjuk cara-cara nk tangkap binatang ni pakai air garam baru dia naik ke atas


Perstime gak cuba sup gamat ini. Perhhh sedap bangat sehhh setelah dimasak ngan jagung dan ayam serta telur hancur

 
Miding goreng belacan

No comments: