Lama betul tak singgah di sini...
Maklum la cuti CNY yang agak panjang skit tahun ni. So di kesempatan cuti CNY yang lepas kami telah balik ganu utk habiskan cuti selama 4 hari. Kebetulan plak en. suami memang dapat cuti yg panjang. Jarang benar opis en. suami nak bagi cuti sepanjang selama 3 hari tu, maklum la kompeni prevet.
Seperti biasa kalu balik ganu setiap hari akan ada aktiviti bila berada di sana. Kali ni kami berkesempatan utk menjenguk ladang sawit tok ki yang baru saja selesai ditanam semula. En. suami plak kali ni memang dak book awal-awal dah nk gi mancing setiap hari, sesedap hati betul laaaa....kebetulan plak cuaca agak kemarau sekarang jadi tabiat pemancingan agak berleluasa di kampung ku ini.
Tapi ada kalanya en, suami join kami plak pi lepak-lepak kat sungai atau pantai, apabila giliran memancingnya tiada
Berbalik pada kesah ladang sawit tok ki tadi, sedikit karangan pasal ladang ni ya. Sebelum pengagihan kawasan tanah ladang dibuat, diadakan undian dulu supaya ada keadilan, tak lah pakcik-pakcik kat kampung ni bising kalu dapat kawasan yang tak dak ong gitew.
Bagi tok ki plak agak malang skit sbb dpt kawasan berbukit. Nama bukitnya pun dah Bukit Lumut. Sib baik tak dpt satu lagi bukit yg teruk, nama nya Bukit Masa’alahn namanya saja sudah mengerikan weyyy.. Memang kena benar ngan rupa paras bentuk muka bumi nya itew. Sapa yg dapat bukit ni berchenta la jawabnya sbb curam bukit yg tinggi menyukarkan urusan untuk mengangkat buah sawit atau urusan meracun atau membaja pokok.
Ladang yg tok ki dapat ni 5 ekar bawah bukit dan 5 ekar atas bukit nun... alahai camne nak hangkut buah sawit yg masak kat atas bukit nun, kena kederat lebih skit...
Ladang ni plak ada byk kawasan lapang yg kat lembah tu dibiarkan kosong skit. Mok Ngah dah tanam pokok pisang. Kali ni kebetulan kami ke sana alang dan anjang tanam pokok tebu plak. Harap- harap balik sat gih bleh lah merasa tebu dan pisang di ladang ini.
Daku try gak turun ke bawah lembah sana nk tanam tebu tapi tup tup seluar penuh kemuncut... ala bianatang yg suka melekat kat kaki seluar tu. Akhirnya daku batalkan niat murni itu dan naik balik kat atas jalan raya..
Yg bestnya kat ladang ni masa ontway balik, kami sempat singgah di sungai kat ladang ni utk mandi manda. Sebenarnya memang niatnya nk mandi manda cuma ada masa tu singgah jap kat ladang dulu, sambil- sambil tokmek nk bilang anak pokok sawit yg belum ditanam.
Lembah tempat tanam anak pisang dan tebu
Ladang 5 ekar di tanah rata
Bukit Lumut ada ladang 5 ekar di sini
Alang dan anjang yg tengah kusyuk tanam tebu
Binatang keris di kaki ini la yg suka melekat kat seluar
Susah ooo nk tanggalkan binatang yg melekat ni
Japih dan kakak pong pi ladan gak. Kami pi nak triton mok ngah, penuh la sampai duk kat belakang macam pekerja indon ropanya
Sarang burung hantu yg dibela di ladang ni utk halau tikus atau ular
Acara mandi manda kat sungai.
Di kawasan air yang cetek... amat sesuai utk tempat bermain kakak dan japih serta Mat Apit