Semasa balik kampung en. suami ujung minggu lepas, zhafif dah buat rambut raya dahh...
Pada hari isnin time org duk sambut merdeka, mat japih plak dapat rambut baru. Mokcik decide nak botakkan rambut dia sbb rambut dia tumbuh tak sekata, yg lebat dan kasar serta stopok (ayat ganu nih) adalah kat tengah kepala tuh, yg tepi kiri dan kanan nampak kulit kepala daa... tak caya tengok gambar di bawah ni. Kat belakang plak rambut amat nipis dan jarang... kalu time bangun tido plak rambutnya jadi kinting-kinting. Kakak cakap rambut adik ni pusing-pusing lah (sebenarnya kerinting...dia nak cakap kerinting tak tahu)
Ini la hasilnya, mata masih bengkak tu baru bangun tido, ontway balik KL. Bukan main payah nak botakkan kepala si mat japih ni, duk tak diam, pusing kiri-pusing kanan pastu bila mula rimas menanggis le plak..
Muka hilang mood ni, dah rupa macam budak botak dalam cite cina sholin kungfu le plak...bila dah botak nampak makin tembun le plak mat japih ni, macam hagemaru pun ado...
Ini la 2 botak yg berjaya dihasilkan pada hari merdeka (mat japih ngan ayah long). Terima kasih pada kak ipar mokcik (kak ani) yg berjaya membotakkan kepala mat japih. Harap-harap pasni rambut si mat japih ni akan tumbuh ngan baik gittew tak stopok-stopok lagi. Tengok tu mat japih tengok iklan kat tv, susah tul nak amek gambar dia laaa. Kalu time iklan ngan azan tak berkelip mata dia tengok tv, kusyuk sungguh. Time ni la paling senang kalu nak pakaikan pampers atau baju kat dia. Kalu dak 4 kali cubaan belum tentu berjaya tau... sabar je mokcik...
1 comment:
sungguh...sejibik cam budak shaolin tuu...bolat2...comell
Post a Comment