Bermaknakah raya tahun ini buat anda?
Wahhh soalan ni macam soalan pagi di era nun atau soalan di sinar fm, i follow tu lah... nanti acik ceni call kan 2 radio ni supaya buat topik pepagi cam topik gini... ewah-ewah cantik muka ko acik ceni, nak mengecall bagai...apa tak de keje sangat la tu nak call kan radio, ko ingat sonang ko nak tembus talian tu... lagi satu mau ke acik ceni ni nak call kan radio tuuu... eeee... tak koser la mokcik wehhhh...
Tingat plak dolu ada ex opis mate kita yg berjaya ngecall call radio era cakap ngan Linda lagi uols...so satu opis le bleh dengar suara dia tapi ramai yg tak perasan... hanya kami di floor 111 sahaja (bukan floor sebenar)... cover skit beb... itu pong kami perasan setelah dia war-warkan supaya suh dengan sora dia kat radio kalu dak haram kami tak perasan.....
Sebenornye saje je mokcik nak nyelitkan topik ni kot-kot ada kenkawan yg nak komen. Personally pada acik ceni raya tahun ni memang amat bermakna buat mokcik sekuarga sbbnya:
Pertamanya raya tahun ni merupakan raye terakhir di rumah sewa jln klang lama ni. Rumah ni ala-ala cam sarang burung merpati gittew. Itu kalu tengok sekali imbas laa...Kalu tengok 2 kali imbas dari bawah bangunan cam rumah berhantu le plak... (ayat en. suami ni). Mokcik pernah amek gambar bangunan ni time makan kat kedai mamak di bawah nun tapi lupa dah mana di save kan gambar tu...tak koser la acik ceni nak godek-godek folder pc mokcik yg menimbun ni... kalu ade gambar bleh gak korang tengok dan komen skit serupa ke idok ngan umah berhantu... jangan sampai bermimpi udah leee...
Tingat plak umah sewa bujang kat vista. (Eh! banyak betul la tingat mokcik ni). Tadi mokcik lalu kerinci link ternampakla vista masa balik dari satu kolej kat damansara nuh. Wahhh kemain cantik skrg vista eiii.. bangunannya cam-cam color tuuu, ada coklat, biru, oren. Dolu time acik duk color putih yg tak berapa nak putih jeeee... berlumut plak tu lagi ado lerrr...
Berbalik kita pada umah sewa acik ni....rumah yg acik duk sekarang ni lantainya adalah atap rumah orang dan atap umah mokcik adalah lantai umah orang...wahhh komplekatednya... kasi korang poning skit...Insyaalah tahun depan kalu umur panjang lagi dan kalu ada rezeki rumah siap, akan raya kat umah baru di bangi plak. Rumah ni akan jadi hak milik mokcik selama 99 tahun jerr uols... Pas 99 tahun tak tau le apa akan jadi ngan umah ni sbb mokcik time ni dah pindah umah lagi dahhh iaitu rumah yg jauh lebih sempit dan lebih jauh ke dalam perut bumi nun.
Keduanya mokcik rasa raya tahun ni paling bermakna sbb dapat kumpulkan kesemua 9 org adik beradik mokcik. Raya tahun-tahun sudah agak kekecewaan skit sbb selalunya adik beradik acik tak cukup korum utk kumpul reramai time raya. Selalunya kakak mokcik yg sulung tu tak sama shif ngan mokcik time balik tengganu, time dia balik ,mokcik takdak dan time mokcik balik dia tak balik. Adik yg jadi askar sorang lagi tu pun sama, tahun-tahun sudah time hari raya dia tak dapat cuti pong. Pastu dah jadi keja kami plak mengepos kuih raya kat dia yg sedang bertugas di dalam hutan nun. Dulu dia duk kem di Miri tapi semenjak 2, 3 tahun lepas dah pindah ke Kem Lipis, agak dekat skit la bila nak balik kg. Yg bestnya raya tahun ni dia dapat cuti lama skit lebih kurang 10 hari gittew, mungkin sbb baru balik dari berkhidmat ngan PBB di Lubnan kot...tu yg dapat cuti panjang tu...
Kali jugak mokcik nak citer raya kali ni bila sume adik beradik balik kg, laman rumah tok mek penuh ngan keta cam buat kenduri le plak. Ada 7 bijik keta berderet depan umah... laman umah tokmek plak udah le sekangkang semut je.. jadi terpaksala lah keta disusun elok-elok supaya semua bleh celuh (org kedah kata) untuk parking. Keesokannya terus tokmek kemaskan pasu-pasu bunga di sisi umahnya untuk dibuat satu parking extra supaya sang kancil biru miliknya bleh menyelit di situ... Tapi mokcik perasan muka tok mek nampak ceria je bila sume anak-anaknya bleh berkumpul...Hati ibu mana tak seronok bila bleh lihat sume anak-anak dan cucu berkumpul depan mata weiii....
Oleh kerana sume adik beradik bleh berkumpul raya tahun maka mokcik plan untuk buat aktiviti cuti-cuti Mesia falimi day kuarga mokcik di tasik kenyir. Nantikan entrynya... cuma agak kecewa di sini sbb bateri kamera kong dan chargernya plak tertinggal kat KL. Aduhhh sadisnya, maka hanya beberapa keping gambar shj yg berjaya dirakam iaitu pada hari pertama ketibaan di tasik kenyir sahaja. Aktiviti di mlm hari dan xtvt pada hari kedua percutian tidak dapat dirakam, ada sedikit kekecewaan di situuu....
Ini pandangan dari sisi plak iaitu dari bagian dapur umah.