Sila Klik Iklan Ini

Friday, June 12, 2009

ZHAFIF DEMAM LAGI


Hero mokcik Zhafif dah 5 hari demam ni. Maka mokcik pong dah 3 hari EL seadanya ni. Apa kan daya demi anak terchenta ku korban segalanya. Maklum la di time-time MJA dan MJS melanda ini la mat japih nak demam.... malang sungguh. Mokcik banyak lagi paper MJA tak siap ni... sempat ke nak buat ni... takutnyer, hari isnin dah nak kena semak kat bahagian dulu sebelum dapat dihantar pada urusetia... Takutnye mokcik, takut tak dan siapppp....uwwa..uwaa... tak mau..



Tetiba mokcik tingat pulak exam pada 26 hb ni...uwaaa...uwwaaa...uwaaa...



Mat japih dah start demam ari isnin lagi...kali ni suhu tertinggi yg tercatat adalah 29.6. Kira yg paling menakutkan laaaa... kakak dulu boleh cecah 40 tuuu....



Pastu semalam mokcik pi kat Darul Ehsan Medical Center (DEMC) kat Shah Alam nun... mokcik amat berkenan benar ngan ospital ni. Kalu dulu mokcik gi assunta tapi bila Pn Chek rekeman ke sana, skrg ni mokcik akan ke sana aje sbb servis dia bagus lagi satu ramai doktornya termasuk doktor pakar adalah "orang kita". Jadi senang skit mokcik nak berbicara bab-bab penyakit ni. Kalu dulu kat assunta oleh kerana doktornya bukan org kita depa suka cakap bahasa yg mokcik tak berapa nak paham maklum la orang kg katakan...pastu ditambah pulak ngan istilah perubatan yg digunakan... naik pening kepala lutut mokcik ni... almaklum la subjek sains mokcik amek sampai form 5 je...itupun subjek biologi mokcik dapat spek mata aje... opppss terbocor rahsia....syyyy korang jangan cite kat sapa-sapa tau...Selalunya balik dari ospital ni mokcik akan surf internet untuk dapatkan maklumat lanjut tang istilah yg dicakapkan oleh doktor di sana... pernah 2 kali la mokcik buat keja cam gini...Itu la dolu-dolu tak nak belajar lebih skit supaya jadi doktor...sindri mau ingat looooo....



Berbalik kita kepada kisah mat japih ni, smlm pi demc sbb memang dah agak dah kalu demam lama skit tak baik-baik mesti kena amek darah punya... yg mokcik amat berkenan kat demc ni result check darah dia kuar dlm masa 15 minit je, berbeza kat PPUM result check darah kuar dlm masa 2 jam. Mokcik dah kena pd bulan 5 ari tu tunggu 2 jam lebih baru dpt result, nasib baik mokcik pi sorang, tunggu lama skit pun tak kisah, kalu ada baby mau kebas urat kentut ni tunggu result.



Sebelum amek darah mat japih kena sedut gas dulu sbb napas dia kuat dan dia memang ada bronkoliatis (aku rasa ejaan tak betul ni, tapi tak pe sesuka ati aku ler aku nak tulis ape janji bunyi nya sipi-sipi mengena dah le) Ini adalah kali ke 5 mat japih sedut gas ni selepas di sedut di Poliklinik Damai masa dia umur 2 bulan dan Klinik 24 jam kat Sungei Way. Kalu dulu sedut gas aje dia nangis, tapi skrg time sedut gas senyum ajeee... hero sungguh ni... Pastu pi amek darah plak, tak nangis gak... siap gelak-gelak ajee... bertambahlah keheroan mat japih ni...



Keputusan Doc kata kena masuk wad sbb ada jangkitan kuman kat paru-paru dan kena repeat sedut gas setiap 4 jam sekali ni. Mokcik terkedu kejap. Tetiba je mokcik suruh doc buat surat refer kat PPUM sbb mokcik nak refer kat sana dulu...Lepas dapat ubat dan dapat surat doc terus mokcik balik umah skjp kemidian terus pi PPUM. Tapi mokcik tengok mat japih ni aktif je cam tak dak ape-ape masalah pong.




Mokcik sampai kat PPUM dalam kul 9.30pm terus ke Pediatrik. Dah check doc, kena amek x ray plak sbb nak tengok serius mana jangkitan kuman pada paru-parunya itu. Tunggu x ray punya result tak la selama tunggu ujian darah punya result. Doc kata dlm dada mat japih banyak sangat kahak... dan doc kata tak perlu masuk wad sbb dia kata jangkitan kuman tu boleh baik ngan antibiotik. Mlm ni doc akan rawat sebagai mana wad rawat sebelum kami dibenarkan pulang. Doc pong ckp mat japih ni tak dak tanda-tanda calon untuk di masukkan ke wad sbb dia aktif dan boleh minum spt biasa.



Seterusnya Mat japih kena sedut gas utk kali ke 2 bagi mlm ni. Tapi kali ni gas bercampur air garam untuk mencairkan kahak. Seterusnya proses sedut kahak pulak dibuat menggunakan getah yg panjang jugak la. Masa ni ibubapa tak leh tengok. en. nurse tak bagi tengok... Kata en. suami doc tempat dia kerja kata untuk baby cara sedut kahak ini tidak digalakkan kerana boleh melukakan saluran tekak baby. Tapi mokcik takdak pilihan lain untuk keluarkan kahak mat japih yg banyak ni.



Lepas sedut kahak terus napas mat japih ok. tak bunyi dahhh...Dekat kul 2.00 pagi gak la baru kami boleh balik umah. 4 jam lebih la duk berkampung kat sini... stadard la tu kat sini. Moto "biar lambat asal lambat" kah kah kah... Smlm plak mokcik tak bawak GL so 2 kali la kena bayar, satu kat demc (yg tu sah-sah tak leh claim) dan kali ni kat PPUM plak, yg ni bleh claim kot....




Semalam ada satu famili ni, masa mokcik sampai dia dah ada tapi masa mokcik balik dia duk ada lagi... sbb result darah anak dia lambat kuar, sib baik anak dia ok tak merenget... asyik tidooo ajeee... Ni tunggu bukan sampai berjanggut ni... Ini kes tunggu sampai janggut sampai ke lutut ni...

Senyum aje time sedut gas ni. Lepas sedut gas pi amek darah plak kat tingkat 3. Yg hebatnya tak nangis tuuu.... siap gelak-gelak lagi, mungkin sbb sonot kena agah kat 3 awek cun yg duk amek darah dia kot...gatai le plakkk....




Kali ni pong senyum gak time sedut gas di PPUM



Ni semasa nak sedut kahak pulak ni...Seterusnya mokcik tak bleh amek gambar sbb ibubapa tak dibenarkan untuk melihat.



Bangun aje pagi ni kakak terus tanya "ibu, malam dah ke ibu?" Mokcik terus gelak besar...kah kah kah...Sah anak aku tengah poning ni sbb mlm tadi kul 2 baru tido... tak cukup tido la tuuu...

2 comments:

iBu ZulFaQar RayYaN said...

kesian mat japih......dia dah tumbuh gigi ke kak cheni???

Selly Buke said...

kesian dia.. comenya dia cenyum...