Sila Klik Iklan Ini

Monday, May 18, 2009

EXITED NGAN FRYER PAN BARU PART II

Ini kisah kenny rogers opsss silap mokcik rogers ler ngan pizza... sambungan dari kisah fryer pan yang lepas...


Untuk makan malam mokcik masak ala-ala kenny rogers ni, sebenarnya tak nampak cam kenny rogers pun cuma mokcik je syok sindri... tak kisah la janji gua bahagia sehhh... Mula -mula masak kentang putarnya pastu masak ayam plak dan seterusnya buat coleslaw nyer. Kentang ini perlu direbus hingga empuk dan kemudian dilenyek. Tapi mokcik blend je untuk mencepatkan urusan di dapur ni dan hasilnya kentang juga lebih halus gittew... Untuk sosnya ini mokcik belasah je sbb mokcik ingat-ingat lupa resepi kat channel 703 tu... Disertakan cara-cara belasahan mokcik adalah
  • Masukkan olive oil ngan dan panaskan ngan mentega hingga mentega cair
  • Pastu masukkan sedikit tepung dan kacau hingga tepung menjadi sebati
  • Pastu masukkan chicken stok. Ambil airnya sahaja (mokcik buat pakai stok ayam maggi je yang direbus ngan air, bawang besar dan setangkai daun bawang)
  • Masukkan sedikit lada sulah atau pun lada hitam
  • Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Kalu nak hitam tambah kicap lebih skit
  • Masukkan susu segar untuk menambah lemak berkrimnya.
  • Kacau hingga pekat. Kepekatan hendaklah mengikut kemahuan dan citarasa tuan/puan yer...



Ini adalah makanan peberet mat japih. Kalu kat KFC dia bleh abiskan 2 kentang ni tau ...


Mokcik rogers..
Ayam hendaklah diperap barang sejam dua dulu sebelum dibakar supaya ramuannya boleh meresap ke dalam isi perut ayam ini. Resepi ni pun mokcik telah oter ikut citarasa tekak mokcik maklumla mokcik ni kan chef sesuka hati yang tegar gittew...wah bangga nampaknya...sesiapa yg telah muntah di episod lalu sila la muntah lagi...atau sila la buat-buat pengsan bila baca ngan statement mokcik ini...Apa pun disertakan bahan-bahannya:
  • Rosemary (mokcik beli yang leaves aje sbb murah skit berbanding yg ground)
  • Origano (ini pun mokcik pakai yg leaves jugak sbb yg ground mokcik punya dah expired daaa...maklum la jarang masak spegetti skrg)
  • Sedikit mentega
  • Sedikit Olive Oil
  • Sedikit madu
  • Sos tiram
  • Maggi cukup rasa
  • Lada sulah
  • Jus lemon atau pakai je jus limau

Setelah perap boleh la masak dalam pan tu. Hasilnya isi ayam amatla lembut hinggakan masa nak potong mokcik pakai tarik ngan tangan je tak yah guna pisau...Tapi yg tak syoknya time ni la pan mokcik agak hangus rentungan skit sbb mokcik pakai madu tu laaa. Tapi kalu tak pakai madu tak naik aromanya...Sib baik senang tanggal bila dibasuh...

Mlm esoknya mokcik masak pizza pulak. Untuk resipi ni boleh dapatkan ngan si tokey jutawan tupperware tu. Beliau telah berjaya membuat pembakaran pizza dengan amat banyak sekali. Di opis pun beliau boleh membakarnya... Pizza mok cik ni crust tu mokcik buat agak nipis. Rasanya ranggup skit. 1st time buat tak berapa terror lagi sehh...

Ini pizza ayam yang menggunakan daging ayam segar, nenas dan lada benggala 2 jenis. Mokcik tak letak tomato pun sbb dah pakai purinya.


Ini piza daging yg menggunakan daging kisar abang ramly, lada benggala, sayur campur, timun jepun dan hirisan sosej

Sekian dahulu kisah chef sesuka hati yang tegar kali ini. Kesimpulannya setakat ini mokcik telah berjaya menggunakan pan ini untuk:
  • Membakar roti
  • Bakar ikan
  • Bakar ayam
  • Bakar pizaa
  • Masak nugget

Pas ni mokcik nak ngetes ngan resepi di bawah plak. Tunggu yerr n3 yg akan datang..

  • Lasagna
  • Burger
  • Macaroni bakar

p/s: camne mama rose lulus tak promo ini?

5 comments:

Don & Nor said...

bestnyee kak...
sy sukalah dgn akak ni..mmg kategori chef tegar. rsnya klu dlm 1 minggu xde citer msk memsk ni mmg x sah kan. bilala nak jd rajin & tegar spt akak nii...huhu.

Kherun said...

Uihhhh... ngancam! Kagum den...

ummicaca said...

Blog ini harus menjadi antara blog kesukaanku...
hulur2lah kat org sebelah...hehe

Selly Buke said...

huhu.. best3x...

kham pas nie akak pun nak jadi tegar macam kak Ceni la...

tapi bila tu???? hehehe

maskjask said...

wuiihhh ni lagi best dari gambar2 kat blog aku tuh cheni...jejeh ayaqioq wehh..tq eh resepi sos kentang tu..leh la aku buat..dah lama teringin nak makan cam kfc tu..tq2 muaaahhh!