Sila Klik Iklan Ini

Wednesday, May 27, 2009

PUDING ROTI SIMPLE CIPTAAN MOKCIK


Kali ini mokcik nak citer pasal puding roti yg amat simple ciptaan dari mokcik. Tapi sebelum tu di sini mokcik paparkan dulu gambar fryer tupperware yg baru dibeli beberapa minggu nan silam...



Berat sebenarnya fryer ni...time nak basuh cukup membuatkan mokcik rasa bercinta utk membasuhnya sbb jari jemari mokcik masih sakit. Masa operate bersalin ari tu kiri dan kanan tangan mokcik kena cucuk, kiri masuk air, kanan masuk antibiotik, terasa sampai sekarang oooo...


Okeylah sekarang citer macam mana nak buat puding roti ni. Mokcik kukus ajer tak bakar pun sbb cepat masak skit. Resepi ini amat sesuai untuk kita abiskan stok roti sebelum expired. Kali ni mokcik tak pakai fryer pan tapi pakai periuk kukus cap ayam je bukan cap boya yg mokcik beli kat checkers 5 tahun lepas... mahai oooo cap boya tuuu jangan main-main noo...


Antara bahan-bahannya adalah


  • 6-7 keping roti (mokcik pakai roti gardenia, esok expired daaa...sayang terbuang nanti).
  • Agak-agak dalam 2 cawan susu segar kot (mokcik pakai susu dlm botol sederhana besar, beli kat kedai runcit harga dia dalam RM2.80, mokcik tak tengok pun berapa ml)
  • 1 kotak kismis, kalu tak suka bleh taruk setengah atau tiga suku kotak ajer
  • Badam keping (mokcik pakai pain nut ajer yg ditumbuk kasar)
  • Kacang jagus ditumbuk kasar
  • Agak -agak dlm 2 sudu kot gula merah
  • Sebiji telur
  • Sedikit esen vanila
  • Secubit garam

Sosnya

  • 2 cawan susu
  • Secubit garam
  • Agak-agak dalam 2 sudu gula pasir, kalu nak manis lebihkan skit
  • Sebiji telur
  • Sedikit esen

Cara buat sos ini adalah semua bahan ini dicampur dan dipukul sedikit supaya sebati. Pastu panaskan susu atas api yg kecik sehingga susu agak pekat sedikit.



Mula-mula susun roti dalam dulang. Mokcik buat ala-ala bertingkat, kalu guna dulang 4 segi lagi senang nak susun


Pastu taburkan kismis, badam, kacang dan gula merah. Seterusnya siram ngan susu yg telah dipukul bersama telur, garam dan esen tadi.


Kukus selama 10-15 minit, dah siap... Potong pastu tuangkan sosnya sedikit di atas. Untuk sosnya mokcik tak dan masak daaa... Masa mokcik siap masak puding ni mokcik makan nasi sat sbb tali perut mokcik dah bersilang-silang dahhh...lapar tak hengat sehhh... siap je makan nasi, mokcik tengok puding ni tinggal 4 keping jerrr...habis dikerjakan oleh kakak dan en. suami. Terus mokcik malas nak buat sosnya. En. suami pun kata tak nak makan ngan sos. Senang skit urusan mokcik ni...



Ini pulak kisah kakak tersepit dlm bakul mainan


Kejadian ini dah lama dah sebenaqnya...Anak dara mokcik ni memang amat terkenal ngan keaktifan dan kebuasannya... Satu hari tu dia terlebih kreatif skit dia keluarkan semua mainan dia pastu dia masuk dlm bakul tuuu...Sekali tersangkut daaaa, tak leh kuar... mokcik buat derk aje time dia minta tolong, mokcik memang geram sgt time ni... sbb dia ni suka cari penyakit... Dah lama menangis baru mokcik kuarkan dia... rasakan haaaa... Gambar ni mokcik nak pi cuci besaq-besaq skit dan simpan elok-elok supaya besar nanti dia boleh tengok bukti kebuasan dia tu...
  • Masa mokcik kecik-kecik dulu, tok mokcik suka nyanyi lagu khas untuk budak yg buas ni

"Puas-puas atas bukit, budak buas dapat sakit" Ditujukan khas untuk kakak...


Friday, May 22, 2009

PIZA UNTUK CIKGU KAKAK

Semalam memang mokcik plan nak masak piza. Kebetulan pulak ada opis mate mokcik nak pi giant (gedung membeli belah yg paling hampir ngan opis mokcik ni) so mokcik pesan la suruh beli cheddar cheese se block. Reganya dalm RM13 lebih dan tajuknya apa ntah mokcik lupa tapi product Australia dan ada chop halal gittew. Tapi masa otway balik umah mokcik singgah kat gedung en. maidin di sri manja dan rega cheddar cheese di sini lagi murah RM10 je, tajuknya Kraft tapi dia punya block tu nampak cam kecik skit. Lupa plak mokcik nak buat perbandingan berat 2 cheese ni, cis sungguhhh...


Bila sampai umah dan amek kakak kat umah pengasuh, kakak tunjuk surat daripada sekolah menyatakan esok adalah majlis hari guru dan ibubapa digalakkan untuk menyumbangkan makanan. So kena benarlah ngan plan mokcik nak masak piza ni... cuma mokcik duk berkira-kira cukup ke seketul cheese tu? cis sungguhhh...apa pong buat je laaa....harap-harap menjadi dan cikgu kakak suka nanti...



Tapi tetiba je en. suami kata nak makan kebab tak nak makan piza. So sebelum acara pambakaran piza dibuat, mokcik sediakan 5 ketul kebab dulu untuk en. suami tapi gambar tak amek sbb gambar en. kebab dulu pernah ditayangkan di sini. En. suami kata nak diet, sbb tu nak makan kebab jer... Ye la tuuu nak diet tapi makan kebab habis 4 ketul hahaha, somi sapa la niiii....seketul je kebab reserved untuk kakak.


Mokcik berjaya membuat 4 piza mlm tadi, yang tinggal 2 ketul je tu adalah mangsa pertama yang keluar dari pan, jadi cepat le tamat riwayat hidupnya...


Mokcik ni buat toping piza sesuka hati je...Itu yg nampak sama cam kembar seiras je piza mokcik ni..nyeh2. Ape pong inila hasilnyer:

1. Piza yg dalam bekas 4 segi di atas sekali topingnya adalah ayam, nenas, lada benggala dan cendawan.

2.Piza yg dalam pinggan putih tu daging, sosej, lada benggala dan cendawan

3. Piza yg dlm 2 pinggan hijau tu adalah campuran daging dan ayam, lada benggala, timun jepun dan sedikit sosej. Ini mokcik main belasah je apa bahan yang ada kek dahnya. Tak tau le kalu cikgu kakak tak suka ni...



Mokcik pong tak tau yg mana satu ok, so mokcik main hentam bagi je ler bagi kat cikgu-cikgu tuuu. Dah siap bakar piza baru mokcik ingt mokcik lupa nak cucuk-cucuk crust dia sebelum bakar, aiseyman dah choiiii ler pulak piza mokcik kali ni


Piza kali ini agak mendukacitakan skit sbb cheese yg seketul tu terpaksa dikongsi 4, jadi agak tak meriah la cheesenya... cis sungguh...Kalu seketul cheese tu dibuat 1 atau 2 piza sahaja memang best bangat sehhh...




Ini pulak kejadian beberapa hari nan silam, mokcik telah mengetest pembakaran lasagna di dalam ini pan ajaib... wahhh gitu, terlebih sudah... mama rose mesti bangga sbb mokcik panggil pan ini pan ajaib... cam Aladdin ler pulak...Tu yg en. suami tanya periuk ni boleh masak macam-macam ker? Terus mokcik jawab bolehla sikit-sikit termasuk benda-benda yg goreng-goreng. Mokcik tak berani jawap lebih-lebih sat gi ada je dia nak oder apa-apa la tuuu...


Lasagna. Rupanya hodoh dan mengerikan sungguh sbb dah makan baru ingat nak amek gambar. Masa dia tengah cun melecun dlm acuan dia lupa plak nak snap, dah nak abis makan baru ingat. Lasagna ni pong adalah antara makanan kecintaan en. suami. Kalu pi pizza hut, dia akan oder pizza untuk sekuarga dan seketul seafood lasagna khas untuk dia.


Bangun tido pagi esok, kakak terus mintak nak lagi lasagna ni sbb nak bawa bekal pi sekolah,. aisyeman... dah habis daaa kakak. Pastu di kata kalu cam tu ibu masak la karipap kakak nak bawa bekal. Terus mokcik cakap ibu tak masak kakak oiii... dah lewat dah niii... Tetiba je dia sambung lagi, kakak nak nasi goreng la ibu... Terus mokcik naik darah menyirapppp... hang ni memang nak kena hempuk kak oiiii... ibu kata ibu tak masak, tak masak la...dah lewat dah ni, nanti lambat ibu pi opis... dia terdiam dan terus pi duk atas kerusi...merajuk la tuuu...




Untuk resepi lasagna nanti mokcik post kemudian sbb ingat-ingat lupa daaaa...nanti mokcik recall yerrr...Utang selly pasai resepi kuah ayam tu pong blum mokcik tunaikan lagii....ampun selly, sabaq noooo....pas ni mokcik bagitau. Lepas ni mokcik nak try buat lasagna roll pulak. Resepinya mokcik dapat dari chef in black kat 703 tu. Tapi seperti biasa la mokcik akan durhaka sama itu mat salleh sbb mokcik akan cipta resepi sindri ikut cita rasa anak tekak mokcik la bukan tekak si Emmanual Strobant (chef yg hensem tu) ampunnn... mokcik sembah durhakaaa...

Tuesday, May 19, 2009

SOS KENTANG PUTAR

Khas untuk Selly, Hana dan Maskjask yg jauh di perantauan tu dan kenkawan lain yg begitu tegar dan berkobar-kobar untuk membuat sos kentang putar bagi dihidangkan sebagai santapan kuarga, di sini mokcik sertakan secara spesifik resepinya. Sbb kalu ikut resepi mokcik ni main belasah je, tak de sukatan main campak-campak je dlm periuk....mentang-mentang la anak tekak sindri yg nak mencekik...mok cik try and error je...


Kesian pulak kat korang kalu tak jadi nanti. So gunalah resepi di bawah ni yer...



Untuk air rebusan stok ayam

650 ml air
5 sudu besar stok ayam (guna brand Maggi) Hana si jiran sebelah ni suka brand Knorr
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang (tang ni mokcik guna daun bawang sbb mokcik tak dak stok saderi, si wonderpet tu dah ngap habis)
  • Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.
  • Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

Seterusnya sediakan

40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.
  • Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga sedikit kicap pekat (kicap utk bagi warna).
  • Masukkan juga serbuk lada hitam. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  • Masukkan garam. Perlu rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Sekian. selamat mencuba untuk korang semua yerrr...

Monday, May 18, 2009

EXITED NGAN FRYER PAN BARU PART II

Ini kisah kenny rogers opsss silap mokcik rogers ler ngan pizza... sambungan dari kisah fryer pan yang lepas...


Untuk makan malam mokcik masak ala-ala kenny rogers ni, sebenarnya tak nampak cam kenny rogers pun cuma mokcik je syok sindri... tak kisah la janji gua bahagia sehhh... Mula -mula masak kentang putarnya pastu masak ayam plak dan seterusnya buat coleslaw nyer. Kentang ini perlu direbus hingga empuk dan kemudian dilenyek. Tapi mokcik blend je untuk mencepatkan urusan di dapur ni dan hasilnya kentang juga lebih halus gittew... Untuk sosnya ini mokcik belasah je sbb mokcik ingat-ingat lupa resepi kat channel 703 tu... Disertakan cara-cara belasahan mokcik adalah
  • Masukkan olive oil ngan dan panaskan ngan mentega hingga mentega cair
  • Pastu masukkan sedikit tepung dan kacau hingga tepung menjadi sebati
  • Pastu masukkan chicken stok. Ambil airnya sahaja (mokcik buat pakai stok ayam maggi je yang direbus ngan air, bawang besar dan setangkai daun bawang)
  • Masukkan sedikit lada sulah atau pun lada hitam
  • Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Kalu nak hitam tambah kicap lebih skit
  • Masukkan susu segar untuk menambah lemak berkrimnya.
  • Kacau hingga pekat. Kepekatan hendaklah mengikut kemahuan dan citarasa tuan/puan yer...



Ini adalah makanan peberet mat japih. Kalu kat KFC dia bleh abiskan 2 kentang ni tau ...


Mokcik rogers..
Ayam hendaklah diperap barang sejam dua dulu sebelum dibakar supaya ramuannya boleh meresap ke dalam isi perut ayam ini. Resepi ni pun mokcik telah oter ikut citarasa tekak mokcik maklumla mokcik ni kan chef sesuka hati yang tegar gittew...wah bangga nampaknya...sesiapa yg telah muntah di episod lalu sila la muntah lagi...atau sila la buat-buat pengsan bila baca ngan statement mokcik ini...Apa pun disertakan bahan-bahannya:
  • Rosemary (mokcik beli yang leaves aje sbb murah skit berbanding yg ground)
  • Origano (ini pun mokcik pakai yg leaves jugak sbb yg ground mokcik punya dah expired daaa...maklum la jarang masak spegetti skrg)
  • Sedikit mentega
  • Sedikit Olive Oil
  • Sedikit madu
  • Sos tiram
  • Maggi cukup rasa
  • Lada sulah
  • Jus lemon atau pakai je jus limau

Setelah perap boleh la masak dalam pan tu. Hasilnya isi ayam amatla lembut hinggakan masa nak potong mokcik pakai tarik ngan tangan je tak yah guna pisau...Tapi yg tak syoknya time ni la pan mokcik agak hangus rentungan skit sbb mokcik pakai madu tu laaa. Tapi kalu tak pakai madu tak naik aromanya...Sib baik senang tanggal bila dibasuh...

Mlm esoknya mokcik masak pizza pulak. Untuk resipi ni boleh dapatkan ngan si tokey jutawan tupperware tu. Beliau telah berjaya membuat pembakaran pizza dengan amat banyak sekali. Di opis pun beliau boleh membakarnya... Pizza mok cik ni crust tu mokcik buat agak nipis. Rasanya ranggup skit. 1st time buat tak berapa terror lagi sehh...

Ini pizza ayam yang menggunakan daging ayam segar, nenas dan lada benggala 2 jenis. Mokcik tak letak tomato pun sbb dah pakai purinya.


Ini piza daging yg menggunakan daging kisar abang ramly, lada benggala, sayur campur, timun jepun dan hirisan sosej

Sekian dahulu kisah chef sesuka hati yang tegar kali ini. Kesimpulannya setakat ini mokcik telah berjaya menggunakan pan ini untuk:
  • Membakar roti
  • Bakar ikan
  • Bakar ayam
  • Bakar pizaa
  • Masak nugget

Pas ni mokcik nak ngetes ngan resepi di bawah plak. Tunggu yerr n3 yg akan datang..

  • Lasagna
  • Burger
  • Macaroni bakar

p/s: camne mama rose lulus tak promo ini?

EXITED NGAN FRYER PAN BARU PART 1




Kali ni mokcik nak riak skit ngan utensil yg mokcik baru beli pada hari Jumaat minggu lepas. Seperti biasa dipersilakan kalu korang rasa nak muntah hijau ngan n3 riak mokcik ni.. atau boleh membuatkan korang naik berbulu ngan n3 ni sila la keluar yer sblm korang naik menyampah tahap cipan ngan kata-kata mokcik yg hiperbola ini....



Kisahnya pada mlm Jumaat nan silam, mokcik beli fryer pan yang tajuknya tupperware bukan tipuware yerr, tokeynya mama rose (siapa lagi kalu bukan si jutawan tupperware tu). Kabarnya minggu lepas dia beli barang sampai 6 ribu riban gittew... dah macam nak bukak kilang le pulak. Jangan mare mama rose, nanti mokcik promo lebih skit pasal utensil ni. Biar mokcik jadi duta fryer pan ni lepas ni bleh? ada payment tak? kah kah kah...



Mokcik beli benda alah ni sbb skrang ada promosi dan reganya amat memikat jiwa raga mokcik. Sebenarnya dah lama dah mokcik duk usha benda alah ni, tapi rasa cam tak berbaloi membelinya, tapi bila harge murah terus mokcik rembat satu... So weekend yg lepas terus mokcik mengetes kehebatan benda alah ni ngan beberapa resepi. Sampai naik rentung dan hitam fryer pan ini makcik kerjakan, tapi nasib baik mudah tanggal sisa sisa yg rentung itu... pastu skrg baru pikir memang berbaloi la beli benda alah ni...


Resepi pertama yg dites adah roti sosej ini. Bawah roti ni agak rentungan ala-ala kehitaman skit, sbb mokcik tak terror lagi guna alat ni, rupanya kena pakai api kecik je dan dia amat la cepat masak...



Mokcik baru belajar buat roti sosej ni.. rupanya pun senget benget je... maklum la tangan mokcik ni belum mahir lagi pulas memulas roti ini. Rasanya memang lembut tapi mokcik tak puas hati lagi sbb tak pakai tepung roti, mokcik pakai tepung super fine je. Cuma mokcik tambah kepoweran tepung ni ngan ibu roti, softener dan bread improver.

Ini pulak mokcik buat roti sosej ala hot dog. Roti ini batch kedua dibakar, kurang skit tahap kerentungannya sbb dah pandai adjust api dan jangka masa tempoh pembakaran dibuat.



Bila nak makan letak sos dan mayonis atasnya. Kalu tambah keju masa nak bakar lagi sedap tauuu....




Pan ni jugak mokcik guna untuk bakar ikan. Boleh dikatakan serba guna la pan ni...mesti tokey yg jual benda alah bangga gila ngan statement mokcik ni...


Cara bakarnya mula-mula letak daun pisang dlm pan ni pas tu letakkan ikan dan sapu sosnya. Sos ini mokcik buat sendiri, kalu korang nak ngetes resepi ala-ala kadar ciptaan mokcik ni, di sini disertakan bahan-bahannya adalah:
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Belacan
  • Serai
  • Kunyit
  • Halia
  • Sedikit ketumbar
  • Sedikti garam
  • Sedikit gula
  • Air asam jawa

Semua bahan ini diblend dan ditumis hingga naik minyak... Siappp... Letakkan sos ini di atas ikan pastu bakarla hingga masak. Ikan yg mokcik bakar ni namanya ikan susu... Ini 1st time mokcik beli ikan ni, mokcik ingatkan ikan siakap sbb rupa bentuknya sama, tapi bila makan rasaya lain dan banyak tulang pulak tu cam ikan terubuk... so nasihat mokcik jangan beli ikan susu ini sbb menyusahkan anak-anak nak makan. Kesian kat kakak sampai tercekik tulang walupun tulang dia halus-halus je....

Bersambung... di episod menu makan malam. Mokcik masak kenny rogers versi tekak melayu yg mokcik namakan Mokcik Rogers dan Piza...


Friday, May 15, 2009

KARIPAP TUL LA



Pada kali ni mokcik nak citer pasal karipap. Ada sorang kawan opis mokcik ni suka sangat cakap "karipap tul la". Sebenarnya mokcik pong dak faham apa maksud dia. Hahaaa....kalu dia ada baca blog mokcik ni, di sini mokcik nak kabor ini adalah rupa bentuk en. karipapnya....
Hari tu tetiba je tekak mokcik ni tingin sangat nak makan karipap tengganu dan karipap ni sangat susah nak dapat kat sini. Karipap ini menggunakan inti ubi keledak, bukan ubi kentang. Rasanya lebih manis dan lembut berbanding ubi kentang tu... Sbb tu mokcik gemar sgt ngan karipap keledek ni. Untuk menambahkan kesedapan mokcik campur daging kisar dalam inti ini en. karipap... ada kalanya mokcik tambah isi ikan sadin. Kalu kat tengganu kita biasa jumpa karipap inti ikan, bahkan kuih lain pun intinya adalah ikan spt pulut panggang, kuih bom, popia, bunga kobis dan banyak lagi.

Adunan


Intinya ubi keledek ngan daging kisar. Yang paling bestnya masak inti ni, keledeknya cepat masak berbanding ubi kentang... dah boleh jimat masa duk kat dapur ni...


rupanya yg belum digoreng nampak macam ok



Tapi bila dah goreng berkedut dan berjerawat le pulak kulitnya... Nanti la mokcik gi beli botox nak cucuk kat kulit en. karipap supaya lebih licin dan berminyak gittew.



Kakak cukup suka makan karipap ni, esoknya dia suruh buat lagi sbb katanya nak bagi kat cikgu...ada jamuan kat sekolah. Alahai tak daya betul la mokcik...

Thursday, May 14, 2009

RUMAH BARU HASAN

Hari ini mokcik telah memindahkan hasan ke rumah barunya. Bukan main seronok dia dapat masuk rumah baru... asyik berenang je tak habis-habis ke sana sini... eh memang dah spesisnya cam tu...tak kan nak suruh dia berjoget plak...kan mokcik juga yg tumbang sat gi...
Hasan ni rumahnya sebelah ngan rumah kawan dia, dulu kawan dia tu tak dak nama sbb tuannya, puan chek tak kasi nama lagi. Tapi pagi ni kawan hasan tu dah ada nama. Namanya adalah Husin, tapi gambar husin tak dak kat sini. Nanti bila husin dah ada rumah baru, bleh la masuk kat dlm laman ni yerr...

rumah baru hasan yg agak cantik gittew.


hasan ni suka makan lumut-lumut yg ada kat akar pokok tu..



tengah melawat kawasan rumah baru ni.


Monday, May 11, 2009

KEBAB NUGGET


Kali ini mokcik chef sesuka hati yang tegar nak citer pasal salah satu makanan kegemaran en. suami...apa dia? tak lain dan tak bukan makanan tersebut adalah en. kebab. Tapi en. kebab ini lain daripada yang lain dan korang tak kan jumpa di mana-mana pun.

Mokcik ciptakan khas kebab ini menggunakan inti nugget ayam sbb nya mokcik nakkan kebab yang ranggup. Ntah cam mana ntah idea ni tetiba je datang dan hasilnya kebab memang rasa ranggup...Selain itu untuk mem"power"kan keranggupan juga mokcik gunakan timun jepun atau dlm bahasa sepanyol adalah zukini. Betul ka? ntah laaa. Dan mokcik guna baby carot sbbnya mokcik tak minat ngan mak, pak carot hatta datuk carot skali pun... tapi apa kan daya ada ketikanya keturunan carot yg tua bangka ni kena cari jugak sbb nak masak sup. Baby carot ni amatla manis dan sedap jika dimakan begitu sahaja.
Okeyla disenaraikan antara bahan-bahan untuk inti kebab. Korang boleh guna apa-apa je sayur yang rasa berpatutan ngan citarasa anak tekak korang yerr...
  • Bawang besar sebiji
  • Minyak untuk menumis
  • Timun jepun 2 ketul
  • Baby carot
  • Kobis yang diparut
  • Daging ayam dipotong dadu kecik-kecik (atau guna aje daging ayam kisar en.ramly burger tu)
  • Sosej dipotong halus (mokcik guna sosej keju sbb tu aje yg ada stok dlm peti ais mokcik)
  • Sos tiram
  • Sedikit lada sulah (mokcik pakai je lada sulah dlm botol yg tajuknya ajinomoto sbb sedap siott)
  • Sedikit mayonis
  • Nugget ayam yang telah digoreng
  • Salad untuk hiasan

Tumis bawang, masukkan ayam dan sosej dulu pastu masukkan semua bahan sayuran. Nugget ayam yang telah digoreng tu kena masuk paling last iaitu bila nak angkat sbb kalu masuk awal-awal nanti tak ranggup daaaa....

Buat pengetahuan korang jugak mokcik ni masak pakai satu bawang je, kalu mokcik dah guna bawang besar atau bawang merah, mokcik tak guna dah bawang putih...Bukan apa, untuk kesihatan...ini nasihat daripada ustaz ni, mokcik cuma amalkan aje...

Timun jepun buat tatapan pada korang yang lum kenal lagi...



baby carot



Inti kebab



en. kebab yang terhasil



en. kebab 2 beradik sedang bergambar


Thursday, May 7, 2009

KEHADIRAN HASAN DALAM HIDUPKU

Hari ini mokcik menerima kehadiran Hasan dlm hidup mokcik. Hasan ni nama glamornya adalah Betta atau nama kiutnya adalah encik ikan laga.
Ini adalah projek Kelab Kebajikan opis mokcik di mana setiap orang staf kena bela seekor en. ikan laga. Harap-harap si hasan ni berjaya idup sampai 5 inci gittew...


Dulu pun penah ada projek cam gini gak tapi bela pokok buluh sempena kempen hijau. Mokcik berjaya jaga pokok tu hingga segar bugar dan kuar daun baru, tapi yg malangnya bila mokcik cuti bersalin 2 bulan pokok ni tak dak sapa buh air, bila mokcik masuk opis 2 bulan kemudian pokok ni dah mati daaaa...


Mokcik harap nasib malang sebegini tidak menimpa si hasan ni dan moga hasan kekal lama skit hayat dia. Apa yg mokcik risaukan adalah mokcik bukannya berbakat dlm bela membela ini. Masa bujang dolu mokcik penah bela en. ikan flower horn tapi riwayat idup dia tak lama, terus jadi arwah...kesian sungguh...


en. hasan

en. hasan lagi


hasan dari pandangan depan



hasan dari pandangan belakang