Sila Klik Iklan Ini

Monday, April 6, 2009

PAI TEE

Seperti yg dicakapkan sblm ini, oleh kerana ujung minggu nih makcik tak ke gunung besout, jadi makcik telah mengetest resepi baru ini. Resepi ini diperoleh dr seorang kwn makcik yg amat baik hati.


Ramuan utama pai tee ni adalah tepung ubi. Kebetulan plak ari tuh time balik opis makcik singgah di checkes dan beli tepung ni, satu paket rm1.00 je, lagi murah dr tepung gandum wa cakap luuu...


Inti plak makcik guna daging lembu kisar si ramli tu... sapa tak kenal ngan si ramli burger ni.. satu malaya dah tau. Resepi asal suruh letak daging ayam cincang tapi makcik ni suka modify resepi kononnya berangan-angan nak jadi chef in black, ala chef kat 703 yg suka cipta resepi sesuka hati bagai tuuu... Sib baik famili makcik suka makan pai tee ni walaupun makcik sudah durhaka pada resepi yg orang bagi ni... ampunnnn...(mak cik sembah durhaka ni)


Ni untuk makan petang hari, untuk makan mlm hari plak tetiba je en.suami nak mkn nasi goreng, terus makcik masakkan nasi goreng cili padi dimakan bersama ikan haruan masin kering. Ikan ini adalah pemberian mak mentua makcik bulan lepas. Ikan ni peberet en. suami ni, org kampung la katakan, suka makan ikan sawah dan sungai gitu...


Tingat masa makcik dlm pantang banyak jugak ikan ni yg jadi mangsa makcik, buat bebola sup, maklumla kena operate, nak kasi cepat baik luka dalaman la katakan. Mula tu ikan ni dipotong dan dimasak sup begitu saja...tak lalu makcik nak telan, takut dan geli rasanya bila tengok kulitnya yg nampak lain macam jerrr ...


Jadi untuk menghilangkan panorama ini makcik tumbuk isi ikan ini bersama bawang dan lada sulah bercampur sedikit garam untuk dijadikan bebola sup, baru boleh lalu kat esofagus makcik ni. Kalu tak makan sat gih org tua makcik bising plak...


Apa pong mari kita lihat gambar pai tee tu...

Inti pai tee (bawang, daging kisar, sengkuang, kobis, carrot, cabai besar dan serbuk megi cukup rasa yg iklan kat tv tuu)

Pai tee (ramuan untuk acuannya adalah tepung ubi, tepung gandum, tepung jagung dan sedikit tepung beras yang diadun bersama telur dan air)


Ini pulak nasi goreng cili padi



Ikan masin haruan digoreng ngan cili kering dan bawang


Ni acara selingan tak dak kena mengena ngan acara makan seperti di atas, Acara ni adalah acara mana mat japih turun dari sofa. Turun kepala dulu tuuu...sib baik ayah pegang kaki... kalu dak tak tau lerrrr...


5 comments:

Don & Nor said...

hish akak ni kannn... mmg kategori chef sesukati yg tegarrr... menyelerakan sungguh ku lihat itu mknn...
tp aksi yg last skali tu paling hencem dialam mayaa...

maskjask said...

betul2! Ekau ni memang berbakat la...wallahh sungguh menyelerokan!! hehehe (ingat tak dialog ni cheni?)

akak_adoi said...

mmm..sedapnya nampak pai tee tu...
nanti akak nk cuba la...sos dia xdak ka?

Ceni said...

adehh!!! lupa plak makcik nak bagi tau sosnya. Mula-mula tumbuk seulas bwg putih ngan 3 tangkai cili merah hingga lumat. Masukkan fish sos, gula dan cuka makan.. siap (rasanya ala-ala sos thai gitu)

Ataupun pakai je sos cili life siap dari botol tu... kan senang..

Ana farha said...

nampak sungguh sedap.. :)