Sila Klik Iklan Ini

Tuesday, April 28, 2009

NAIK KAPAL TLDM



Pada hari Sabtu nan silam mokcik ngan famili balik kg kat gunung besout tu. Kami bertolak agak lambat skit dalam kul 8.30 pm baru bertolak. Nak dijadikan cerita sampai je kat kg dalam kul 10.30pm penghuni rumah mak mentua mokcik gelap jerr... tak dak sorang pun. Biasanya kalu mokcik nak balik mokcik call dulu bagitau tapi kali ni mokcik lupa plak nak call.
Terus en. suami call abang dia sbb mak mentua mokcik duk skali ngan abang en. suami yang sulung. Call je abang ipar mokcik bagitau depa dah sampai di Lumut pi umah Chik Ain, kakak ipar mokcik la tu...

Terus en.suami buat keputusan nak pi Lumut gak... adehhh mokcik ni dah selai sepinggang je ni termasuk kakak dan en. suami skali. Mokcik hanya bawa baju mat japih je...Memang setiap kali balik kg, kami bertiga akan balik selai sepinggang sbb baju sume dah ada kat umah mak mentua mokcik...
Dekat kul 1 am baru sampai di Kem Tentera Laut Lumut sbb rumah Chik Ain dalam kem ni hah...Kami datang sini sbb ada Jom heboh dan hari Terbuka TLDM. Alahai terjebak la pulak mokcik datang sini tanpa alatan untuk diri yang lengkap. Terpaksa la menaggih simpati pinjam baju Chik Ain dan kakak pulak pakai baju si Hazim yg sebaya ngan dia tuhh...

Kat sini mokcik tak pi pun ke Jom heboh sbb ramai sangat makhluk manusianya...Ini 1st time jom heboh masuk dlm kem TLDM ni. Kalu hari biasa org ramai tak leh sesuka ati masuk dlm kem ini sbb kawalannya amat ketat. Mokcik hanya ambil kesempatan ni masuk dlm kapal TLDM je. Sempena hari terbuka TLDM ni depa bagi masuk dlm kapai depa ngan naik bot laju iaitu bot penyelamat TLDM. Tapi hak ni mokcik tak sempat naik sbb hari dah malam depa dah tutup... keciwa jugak rasanya tak leh rasa naik bot laju...



antara makhluk -makhluk yang datang


Ini Encik kapal TLDM. Namanya apa ntah mokcik tak sempat nak tengok



Ini en. kapal yg bawa penumpang, bukan kapal perang yer...



Ini pemandangan dari atas en. kapal yg mokcik naik




Ini mokcik dah naik tingkat 3 dah ni...




Ini pemandangan dari tingkat 2





En kapal ni la yg baru dapat anugerah sempena misinya ke somalia. Ni baru balik dari misi lanun ni. Nama kapal ni mokcik ingat-ingat lupa, kalu tak salah nama dia Seri Indera Putra. Saiz kapai ni sama besar ngan kapai yg mokcik naik..





Ini la en. kapal yg mokcik naik nama dia Seri Indera Sakti kalu tak silap. Chik Ain yg bawak kami naik katanya nak naik kapai yg paling besar....





Ini la bot laju yg mokcik tak sempat naik...bencinya-bencinye... melepas la lagiii...




Kakak yg kepenatan dan asyik nak nangis je sbb kaki dah melecet... Pagi tadi dia dah pi Jom heboh ngan abang ipar mokcik, petang plak pi naik kapal... pastu dia lemah nak berjalan sbb kaki dah lenguh. Dari tempat parking keta nak sampai sini ada dlm 2-3 km dah


Aksi penat atas kapai


Ni depa duk traning kot... ntah la tak tau la mokcik sbb segan nak tanya depa... Ini teknik-teknik nak turunkan kapal layar ke dalam laut kot..

Monday, April 20, 2009

SEJARAH TERCATAT DI BSS

Bulan ini bulan April 2009 Bahagian Sains Sosial (BSS) telah melakarkan sejarah....Nak tau apa dia? jeng...jeng...jeng...



Bulan ini BSS telah berjaya men table kan 112 paper MJA / MJS.... wahhh dasat tuuuu wa cakap luuuu....

Paper MJA ada 65 paper

Paper MJS ada 47 paper
Mokcik terlupa paper Nilai Taraf ada 3 paper

Jumlah keseluruhannya 115 paper
Mokcik terlupa ada 3 paper Nilai Taraf pada bulan ini...Nak buat paper ni sebenarnya memang menyakitkan hati, jantung, jiwa dan perasaan... 3 hari buat tak siap-siap sbb asyik ada pembetulan jerr lepas semakan boss...pastu kena buat slide presentaion plak tuuuu... dan yang paling hangat hatinyer tak dikira dlm SKT bahagian tuuu....

So, mokcik secara personal nyer nak ucapkan tahniah pada kenkawan kerana rekod yg amat menyayat hati ini. Pas ni sama-sama la kita duk pening nak siapkan surat syor plak... Bulan ini mokcik dengan bangganya mengumumkan bahawa mokcik la juara piala pusingan pembentang paper MJA yang tegar. Bulan depan dengar ceritanya piala pusingan akan diambil alih oleh Tatak Juun yg biliknya berada di hujung tanjung nun....


Bulan ini mokcik table 17 paper MJA dan 4 paper MJS, dan 1 paper Nilai Taraf (mokcik terlupa paper ni) menjadikan jumlah besarnya adalah 22 paper. Kiranya ini pencapaian paling hebat mokcik sepanjang jadi pegawai SJK la ni...
Oleh kerana kekalutan dan ke'weng'an kami di saat-sat MJA tengah melanda ini maka dipaparkan antara bilik yang rupanya dah macam MARKAS PILIHAN RAYA le plak...


Harap-harap ini sume biarlah sementara aje dan bila MJA selesai harap sume fail ni dah disemadikan ke dalam bilik dokumen....
Bilik mokcik ni...
Ini pulak bilik nama tuan tanahnya dirahsiakan demi menjaga keamanan negara...



Ini bilik nama tuannya dirahsiakan demi menjaga kepentingan awam, walaupun korang dah nampak tuan tanahnya...ampun tuan tanah mokcik minta laluan...






Ini bilik nama tuannya dirahsiakan sbb mokcik tak dpt kebenaran lagi pong nak publish gambo ni...




Dan terakhir ini adalah pemegang piala pusingan bilik yang paling berpusing kah..kahh..kahh...nama tuannya biarla rahsia... berapa banyak rahsia daaaa...

Monday, April 13, 2009

CHEF SESUKA HATI YG TEGAR

Wahhhh jawatan ini makcik perolehi dari Pn. Kham kita yg ada kat Korea nun. Macam tersangat urbest la title ni... ok la, beberapa hari nan silam makcik chef sesuka hati yang tegar ni masak laksa. Sebenarnya makcik nak post awal-awal lagi pasai cite ni tapi makcik tak terdaya sbb bulan ni makcik agak nazak skit ngan paper MJA dan MJS serta paper nilai taraf. Paper MJS 4 sumenya makcik dah siapkan, tinggal lagi 14 paper MJA lum selesai ngan 1 paper nilai taraf tu...adehhh ponat laa makcik...


Ini la malangnya jadi pegawai SJK, week end pong kena buat paper loooo... kak kherun dah tak rasa dahhhhh.....


Sbenarnya anak sulung makcik yg request suruh masak laksa ni. katanya ibu masakla laksa masam warna oren tu... laksa penang la tuuu. Hari tu plak makcik ni terlebih rajin le skit, makcik buat 2 kuah, 1 laksa penang dan 1 lagi laksa ganu kuah lemak tuuu... en. suami tak suka kuah ni...makcik suko la sbb ni makanan peberet kami dolu-dolu.

Si kakak ni dah 5 kali makan laksa dari tengah hari sampai malam, siap bertambah tiap kali makan tu... Pastu bila mlm dia tak leh tido... batuk dan muntah skali.. perut sebu kot sbb terlebih makan...kesian sungguh...
Makcik punya angan-angan minggu ni nak masak kuih bunga durian tapi tak sempat sbb makcik sibuk buat paper MJA hujung minggu ni. Makcik target nak siapkan 7 paper hari Ahad tu tapi tak terdaya... siap 4 paper je sbb mat japih selsema asyik merengek jee.... asyik nak bertenggek je kat ibu dia ni...


Antara bahan-bahan untuk laksa. Oleh sbb kedai kat umah tak dak jual salad, chef sesuka hati ini gantikan ngan kobis je... ok gak rasa dia...Kali ini makcik tak masak cucur udang nipis, peberet en. suami tu... org taiping kalu makan laksa depa mesti mkan ngan cucur udang yg digoreng ranggup

Laksa lemak ganu, bahan spesil dia kacang panjang hiris halus dan taugeh. kuah dia kena buat tawar skit sbb nanti dimakan ngan belacan.

Laksa penang. Lagi best kalu dimakan ngan petis udang... yg color cam kicap tuuu...



Pada sebelah petang plak makcik memenuhi request en. suami. Masak nasi goreng Thai. Bahan wajib bagi nasi goreng thai ini adalah ayam goreng kunyit yang digoreng bersama cili, kacang panjang, carrot dan bawang besar. Sepatutnya nasi ini diserve dlm buah nenas tapi makcik tak dak masa la nak korek buah nenas tu, belasah je la guna pinggan biasa..







Eh eh...gambar last skali ini bukan makanan yer... ini adalah mat japih dlm mesin basuh. Time makcik nak menyapu je dia suka kejar penyapu makcik... kacau tul laaa... jadi makcik pong sumbat la dia dlm mesin ni... Dulu kakak pong cam gini gak... time nak menyapu je kena sumbat dlm mesin, kalu kurung dlm bilik nanti dia menanggis tak henggat donia sbb tak nampak orang. Dah jadi macam sumpah keturunan le plak kena masuk mesin basuh ni...nyeh2


Friday, April 10, 2009

RUMAH MAKCIK KENA PECAH

Berita malang sungguh ni...
Balik je opis petang smlm, makcik sampai umah dlm kul 8.00 pm, sampai je depan umah terkejut bewak makcik bila dapati grill dan pintu depan umah makcik terbuka... sah dah kena dahhh niiii...




Dekat hall ok, dia tak hangkut apa-apa barang letrik makcik, tapi bila masuk bilik nahhh tuuu diaaaa bersepak sana-sini. Celaka punya penyamun habis sume barang makcik, duit anak-anak makcik disapu bersih termasuklah jam en. suami yang agak lumayan harganya ituuuu....




Yang amat makcik risaukan kunci spare umah makcik dia hangkut sekali tuuu, minta jauh laaaa jangan la dia dtg lagiiii... nauzubillahiminzalib.






Dulu makcik pong penah kena kejadian yg sama masa duk Prima Damansara dulu, tak sangka kat sini pong kena gakkk....kena mandi bunga lepas nihh...dan pas ni makcik kena pagar la rumah ni, supaya jadi cam umah arwah tok en. suami. Dulu rumah arwah tok en. suami kena masuk pencuri gak. Oleh kerana rumah tu dipagarnya, pencuri tak lepas keluar, pencuri asyik duk berenang kat laman rumah sampai lekuk tanah dibuatnya. Menurut ceritanya bila aje pencuri tu terjun dari tingkap umah terus dia nampak laut yg amat luas, terus aje dia berenang sekuat hati tapi tak sampai-sampai...






Dulu kat prima Damansara tak lah seteruk ini makcik kena, kali ni agak mewah la si penyamun durjana itu dapat hasil pendapatan. Duit raya anak makcik yg tak sempat di bank in tu ada dlm rm500, gelang emas makcik dan anak makcik, rantai anak makcik, subang, 3 jenis batu permata yg belum sempat makcik tempah lagi untuk dibuat gelang dan juga jam swatch en suami. Boleh dikatakan semu barang berharga la dia hangkut... tinggal lagi tak hangkut barang letrik jer...Ya Allah mintak dijauhkan.... Amin...






Sekarang ni memang musim pecah rumah, maklum la musim ekonomi merudum...hujung minggu ni baru je makcik duk sembang ngan panel kita PM Hjh Masitah yg rumah dia pun kena masuk pencuri kul 3.00am. Dan jiran-jiran sebelah umah dia tu pun ramai yg kena. Makcik rasa si pencuri durjana ni pandai target rumah yg tak dak orang. Bila sume org pi kerja mula la depa masuk melakukan xtvt keparat tu... kalu makcik dapat makcik nak potong tangan depa ni....




Kesimpulan daripada kejadian ini buat peringatan utk makcik dan kenkawan jua...di musim pecah rumah ini adalah:
1. jangan simpan duit dn brg kemas di satu tempat yg sama
2.simpan duit dlm peti ais sbb peti ais jarang pencuri bukak
3.simpan brg kemas di tmpt-tmpt yg sukar dijangka seperti bwh sofa atau dlm timbunan kain yg belum dilipat


p/s: selly, dah berlaku kejadian cam gini, makcik cancelkan hasrat utk memiliki laptop baru pd hujung mggu ni... sedey....uwwwaaaaa

Tuesday, April 7, 2009

HARI INI PENUH KEJAYAAN

Hari ini penuh kejayaan. Saja makcik nak mengepost cerita ini pada petang yg berbahagia ini sbb makcik rasa hari ini hari penuh kegemilangan buat makcik. Sbb apa?
Sebabnya hari ini makcik telah berjaya mengeditkan 5 report panel untuk disemak oleh Boss. Wahhh bangga yang amat gitu dong...untuk si feroz jangan jeles...akak siap 5 report... ko dah siap ke? jangan mare...nyeh2
Hari ini rasa lain macam la plak prestasi makcik ni. Selalunya bila semak 2 report panel pun dah naik kematu dah kepala otak ni... pas tu mula la nak muntah hitam (sbb minum kopi tadi...pening-pening lum rasa lagi tau hehehe)... kalu hari-hari cam gini kan bagus....Tapi yg tak bestnyer makcik ada 6 lagi report panel atas meja yg belum disemak ni... adehhh dah bengkok dah jari-jemari makcik ni...tulang belakang pun dah bersimpul rasanya sbb asyik duk ngadap pc je ni...
Sekarang sudah pukul 6.00 sempat lagi siap satu report sambil tunggu en. suami sampai kul 7.00 nanti ni... okey babaiii... makcik nak pergi berkhidmat untuk negara ni....
p/s: ini rekod terhebat makcik, ada sesapa boleh pecah rekod ini? sila hampir ke depan... wahhh angkuh sungguh kata-kata ini...

Monday, April 6, 2009

PAI TEE

Seperti yg dicakapkan sblm ini, oleh kerana ujung minggu nih makcik tak ke gunung besout, jadi makcik telah mengetest resepi baru ini. Resepi ini diperoleh dr seorang kwn makcik yg amat baik hati.


Ramuan utama pai tee ni adalah tepung ubi. Kebetulan plak ari tuh time balik opis makcik singgah di checkes dan beli tepung ni, satu paket rm1.00 je, lagi murah dr tepung gandum wa cakap luuu...


Inti plak makcik guna daging lembu kisar si ramli tu... sapa tak kenal ngan si ramli burger ni.. satu malaya dah tau. Resepi asal suruh letak daging ayam cincang tapi makcik ni suka modify resepi kononnya berangan-angan nak jadi chef in black, ala chef kat 703 yg suka cipta resepi sesuka hati bagai tuuu... Sib baik famili makcik suka makan pai tee ni walaupun makcik sudah durhaka pada resepi yg orang bagi ni... ampunnnn...(mak cik sembah durhaka ni)


Ni untuk makan petang hari, untuk makan mlm hari plak tetiba je en.suami nak mkn nasi goreng, terus makcik masakkan nasi goreng cili padi dimakan bersama ikan haruan masin kering. Ikan ini adalah pemberian mak mentua makcik bulan lepas. Ikan ni peberet en. suami ni, org kampung la katakan, suka makan ikan sawah dan sungai gitu...


Tingat masa makcik dlm pantang banyak jugak ikan ni yg jadi mangsa makcik, buat bebola sup, maklumla kena operate, nak kasi cepat baik luka dalaman la katakan. Mula tu ikan ni dipotong dan dimasak sup begitu saja...tak lalu makcik nak telan, takut dan geli rasanya bila tengok kulitnya yg nampak lain macam jerrr ...


Jadi untuk menghilangkan panorama ini makcik tumbuk isi ikan ini bersama bawang dan lada sulah bercampur sedikit garam untuk dijadikan bebola sup, baru boleh lalu kat esofagus makcik ni. Kalu tak makan sat gih org tua makcik bising plak...


Apa pong mari kita lihat gambar pai tee tu...

Inti pai tee (bawang, daging kisar, sengkuang, kobis, carrot, cabai besar dan serbuk megi cukup rasa yg iklan kat tv tuu)

Pai tee (ramuan untuk acuannya adalah tepung ubi, tepung gandum, tepung jagung dan sedikit tepung beras yang diadun bersama telur dan air)


Ini pulak nasi goreng cili padi



Ikan masin haruan digoreng ngan cili kering dan bawang


Ni acara selingan tak dak kena mengena ngan acara makan seperti di atas, Acara ni adalah acara mana mat japih turun dari sofa. Turun kepala dulu tuuu...sib baik ayah pegang kaki... kalu dak tak tau lerrrr...


Friday, April 3, 2009

OK JER IPT NI...TAK DAK APA-APA PUN

Alhamdulillah cheq baru aje abis visit kat satu IPT ni. IPT yang penuh debaran bagi tahun ni. Mulanya cuak gak cheq sbb sblum ni ada aduan dari kawan kita yg dimalukan di khalayak ramai masa visit di IPT ni. Tapi kali ni cheq pi elok jer... tak dak apa-apa pong, siap boleh bergelak ketawa lagiii....


Bukan main sakan lagi sembang ngan kami pastu asyik gelak je ngan lawak-lawak depa ni... lepas satu topik, satu topik plak, dari isu politik sampai la isu agama dan nostalgia masa belajar dolu-dolu. Panel kali plak ok, kira satu kapal dan satu kepala lah dengan dato' ni...tu yg buat cheq lega tuuu...


Oleh kerana panel ni outstation maka boleh la dia buat jamak. Dato' tu buat lawak bagitau ada jamak kategori ke 3 iaitu "jamak tak yah". Tiba-tiba je cheq menyampuk, dato' ada lagi jamak ketagori ke 4 iaitu "jamak tak dan". Terus depa sume gelak besar...dan tiba-tiba je panel plak jadi nasi tambah... ni macam biasa buat je... aiseyman... adehhh malunya cheq...

Whuhhh... apa pong lega bila visit yg penuh debaran kali ni abis... risau gak cheq mana lah tau hari kedua tu depa buah hal ker kan... harus cheq lari pecut 100 meter (larat ke cheq nak lari pecut) nak jalan laju pun dah terkedet-kedet...
Ni plak cheq nak citer pasal makan plak ni...
Smlm cheq sampai awai kat umah sbb cheq balik sendiri tak tunggu en. suami. Dlm kul 6ptg dah sampai umah dah, kalu balik ngan en.suami dekat kul 8 mlm baru sampai umah. Oleh krn sampai awai cheq pun tingat nak buat donut skit, kelmarin yamidakilah ada cakap, ibu masak donut la ibu...terus den cakap amboi kakak ni main oder jer...ingat ibu ni restoran ke?... then cheq cakap esok la ibu masak supaya dia tak merajuk. Jadi, mau tak mau kena la cheq masak smlm, nanti kalu tak masak dituntutnya donut tu pada cheq...haru dibuatnya


Dah buat adunan donut pastu ada plak adunan yg lebih tu terus cheq buat kuih pau sbb rasanya dah lama tak mkn kuih pau ni. Intinya cheq letak kacang merah dlm tin yg diblend dulu. Nak beli kacang hitan dlm tin tak dak le plak, yg ada kacang merah jer...apa pun boleh lahhh...pejam mata je la...


Bila ckp pasal pau tingat plak pau yik mun kat Tg. Malim tu...wahhhh pau ni best sungguh, kegemaran seisi kuarga tu...gebu, lembut, boleh dikatakan cukup ramuan la... apa secret yg buat pau ni terlalu best tak tau la cheq. Pau yg cheq buat ni plak ala-ala adik beradik tiri pau yik mun tu...lembut tapi tak segebu pau yik mun tu... tapi boleh la untuk mkn tekak sendiri...

senget benget je rupa bentuk muka bumi donut ni...


ni dia adik beradik tiri pau yik mun tuu..