Aku terpanggil untuk ku titipkan karangan di sini buat seorang teman yang telah meninggalkan kami hari ini. Walaupun aku bukan sahabat karibmu malah bukan juga BFF mu namun aku tetap merasai kehilangan seorang teman yang telah dikenali selama 9 tahun 5 bulan.
Sahabatku Sumi,
Ku zahirkan maafku di sini setelah aku dengan tidak sengaja pernah mengguriskan hati kecilmu dalam satu meeting. Aku akui aku memang aku insan lemah yang sering membuat silap dan aku sering tidak dapat mengelakkan diri dari membuat kesilapan. Maafkan aku jua andainya aku tersilap kata terlebih gurau sepanjangan perkenalan ini.
Teman ku Sumi
Ketiadaan mu hilangnya ceria kami. Hari ini tiada lagi senda guraumu, tiada lagi hilai tawamu, tiada lagi senyum ceria mu di sini. Hari ini tiada lagi suara pekikmu, tiada lagi kelibat mu mundar mandir di sini. Sumi sudah tiada lagi di sini...
Rakanku Sumi,

Ketiadaan mu satu kehilangan buat kami. Semalam ku perhatikan dari jauh jejak mu yang terakhir di tingkat ini sambil dengan berat hati ku lihat kau melangkah ke lift di tingkat 13 meningalkan kami. Semoga kenangan bersama sahabat di tingkat ini tidak kau lupai seperti hilangnya jejak mu itu.
Kawanku Sumi,
Kehilangan mu adalah satu kerugian buat kami. Kehadiranmu di tempat baru pasti akan menceriakan suasana di sana dan pasti akan menjalinkan ikatan persahabatan baru bersama rakan di sana sedangkan kami kehilangan seorang kawan yang penuh potensi, penuh dedikasi, penuh komited dan penuh semangat.

Temanku Sumi,
Ketiadaanmu pasti diingati. Rindunya aku pada spageti bologne hasil air tangan jejari mu yang runcing, teringinnya aku pada puding koktel buah yang gebu dan lembut itu. Siapa lagi yang akan tolong memintal popia simpul time rehat di bulan puasa selepas ini?
Rakanku Sumi,
Kehilanganmu pasti rindui. Bulan puasa yang bakal tiba ini pasti kami teringat kan kau lagi. Di bulan puasa di kala kami semua berpuasa kau pun sibuk sama berpuasa. Hatta jika kau tidak berpuasa sekali pun kau takkan makan di depan kami demi menghormati kami. Di kala kau vegi pula maka sibuklah kau duk membelek ingredian pada pembungkus makanan dan roti.
Kawanku Sumi,
Tiadanya kau di sini hilanganya seri kami. Siapa yang akan menggantikan kau mengajar kami menari selepas ini. Siapa yang akan gantikan kau mengajarkan kami line dancing selepas ini. Siapa yang akan gantikan kau menjadi instruktor senaman semasa kursus atau semasa famili day selepas ini. Dan adakah masih ada lagi senamrobik di tingkat 12 setiap Jumaat selepas ini setelah perginya Sumi.
Sahabatku Sumi
Perginya kamu adalah satu kehilangan pada kami. Kami ternanti-nanti adakah kami akan mendapat lagi seorang sahabat yang semirip tingkah laku dan bakat sepertimu.
Kawanku Sumi,Ketiadaanmu pasti diingati. Rindunya aku pada spageti bologne hasil air tangan jejari mu yang runcing, teringinnya aku pada puding koktel buah yang gebu dan lembut itu. Siapa lagi yang akan tolong memintal popia simpul time rehat di bulan puasa selepas ini?
Rakanku Sumi,
Kehilanganmu pasti rindui. Bulan puasa yang bakal tiba ini pasti kami teringat kan kau lagi. Di bulan puasa di kala kami semua berpuasa kau pun sibuk sama berpuasa. Hatta jika kau tidak berpuasa sekali pun kau takkan makan di depan kami demi menghormati kami. Di kala kau vegi pula maka sibuklah kau duk membelek ingredian pada pembungkus makanan dan roti.
Kawanku Sumi,
Tiadanya kau di sini hilanganya seri kami. Siapa yang akan menggantikan kau mengajar kami menari selepas ini. Siapa yang akan gantikan kau mengajarkan kami line dancing selepas ini. Siapa yang akan gantikan kau menjadi instruktor senaman semasa kursus atau semasa famili day selepas ini. Dan adakah masih ada lagi senamrobik di tingkat 12 setiap Jumaat selepas ini setelah perginya Sumi.
Sahabatku Sumi
Perginya kamu adalah satu kehilangan pada kami. Kami ternanti-nanti adakah kami akan mendapat lagi seorang sahabat yang semirip tingkah laku dan bakat sepertimu.
Kaulah sahabat yang unik. Kalau di google namamu macam-macam search result yang keluar. Tetapi kaulah the one and only Sumatra.
Temanku Sumi
Abadikanlah kenangan persahabatan kita selamanya di kotak fikirmu,di benak minda mu dan di ceruk hati mu.
Dari jauh ku renung jejak Sumi dan hari ini jejak itu tiada lagi....
The one and only Sumi...
kak ceni...
ReplyDeletesaya dtg kerja arini dgn azam..
tiada tl titisan air mata..
naper akak wat lagu ni
huhuhu...
* Sumi dh start wat selamba dia kat tmpt baru... pagi2 smpi nk lapor diri, ngan selamba tumpang print surat2 pelepasan kat sana. hahahaha...
Ceni.... ni karangan sedih ke, karangan lawak niiiii....
ReplyDeletesedih dan kelakar tapi semua betul yg ceni cite..tu..mana nak jumpa ya...rasanya tak akan ada org mcm cik sumi...
ReplyDeletesedey..baca coretan pn. cheni ni..lagi buat sedeyyy..huhuhu..cik sumiii...
ReplyDeletekak yun...
ReplyDeletekak ceni standard la.. citer sedih pun bila baca mesti ada lawok.. hehehe
Mama3A: Alaaa sowi laaa... buat selly bengkak mata lagi, tapi akak akan rasa terkilan kalu tak wat karangan khas pada Sumi ini.
ReplyDeleteMlm tadi sebenarnya malas gak nak publish sbb 1 st round tulis dengan pjg lebar tetiba takleh save, stremix ada masalah, terus hilang. Pastu rasa terkilan punya pasal mokcik gagahkan jua taip balik semula tau...
Kak Yon: lawak ker? besa-besa jer neh...
Kak Ita: Kita yg hanya persahabatan jauh neh pong dah terasa kalu FBB dia mesti lagi syahdu wooo...
mama danish: jom sedey secara berjemaah...
tengok tajuk tadi ingat sesi luahan perasan pada bos lagi.. rupa-rupanya ye.. utk cik sumi.. ;)
ReplyDeleteceni,
ReplyDeletetiba2 je teringin nk baca blog kengkawan hr ni coz w/pn dh meninggalkn MQA pd 14 Julai, aku msh blegar2 kt MQA sehingga hr ni (22 Julai)...
tkejut tgok ada coretan mengenai aku.. tqvm my fren. aku sungguh terharu n aku amat mhargai apa yg hang tulis psl aku..(huhu...dh mengalir ni..) aku pn minta maaf krn tmarah ms meeting tu...jarang aku mrh ..tp mgkin krn mood xbrp elok ketika itu.. anyhw, skrg kita 0-0 k.. aku doakn yg tbaik buat dirimu..sentiasa ingati aku.. :)
the one d only
sumi