Friday, April 8, 2011

TELUR BAKAR

Oleh kerana 2 hari mokcik tak masuk opis lagi di hari-hari ujung minggu neh maka mokcik auto publish jer lah n3 neh. Lagi berkisar pasal episod bab peneluran lagih kali neh. Musti korang musykil kan camner telur bakar terhasil. Neh kalu Abg Bib baca neh musti marah dia neh sbb sensitip duk sebut-sebut nama bapak dia neh... ampun abg bib... kirim salam pado En. Bakar yoo.

Telur bakar. Resepi untuk kelainan selera dan rasa pada anak kami kerana boring dengan resepi telur dadar yg dah tak luar biasa lagi.

Bahan-bahan:
  • Telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit perisa cukup rasa maggi
  • Daun saderi dihiris halus
  • Sedikit lada sulah
Kekdahnya:
  • Pecahkan telur dalam bekas kaca kecil yg tahan panas
  • Taburkan sedikit garam, cukup rasa, lada sulah dan daun saderi
  • Sediakan loyang pembakar yang telah diisi dengan air panas dan susun bekas telur ini dalam loyang tersebut
  • Bakar selama 10- 15 minit
  • Sedia untuk dihidang
Bila nak makan kami tuang sedikit kicap di atasnya (ikut selera kakak dan en. suami yg penggemar kicap yang setia dan tak pernah berpaling tadah pada kicap)


 Jom menerai kita cipta kelainan skit.


Nak tau rasanya camner tuan/puan kena try buat tau...


2 comments: