Friday, April 1, 2011

PISANG GORENG

Oleh kerana mokcik blink-blink tak masuk opis 2 hari sbb ada visit kat KL maka n3 selama 2 neh termasuk n3 semalam adalah di auto publish ajerk...

Kali neh mokcik nk kongsi resipi pisang goreng menggunakan kekdah ikut suka sesedap rasa, hati dan perasaan mokcik blink-blink jer.

Jemput rasa...
Bahan-bahan:
  • Pisang dikupas kulit dan dibelah 2
  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung beras
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam & gula
  • Sedikit air kapur
  • Sedikit serbuk kunyit 
  • Beberapa titis cuka (petua dari tok mek untuk meranggupkan adunan)
Kekdahnya:
  • Bancuh tepung bersama semua bahan kecuali pisang menggunakan whisk supaya menjadi adunan yg teksturnya lembut dan halus... bukan haluss nescafe yer...
  • Celupkan pisang dan goreng hingga garing kuning keemasan.
  • Hidangkan.

Pisang goreng yg menggerutu dan menakutkan... hohoho... tak kesahlah sila lah abaikan rupa paras itew, janji sedap dan ranggup...

No comments:

Post a Comment