Monday, February 28, 2011

TAMPAR MENAMPAR

Ini adalah kesah pasal si kakak. Katanya "ibu kakak tampar kawan kakak lagi.

Ibu: hahh!!!! kakak tampar kawan lagi?Jangan suka tampar orang kak nanti cekgu marah...

Kakak: Habis tu Aida tu cakap kakak setan, nanti kakak kuar tanduk. Kakak bengang lah...

Ibu: terus terdiam. sejak bila pulok anak aku pandai cakap bengang nehh...

Agaknya macam neh kah gayanya kakak menampar kawan nyer itew?... gambar dari en. goooogle neh...


Kadang-kadang tu terpikir gak, padan muka kawannya itew kena tampar sbb mulut cam berus uoollss... sesuka ati sesedap gigi dia jer nak beruskan orang cakap macam-macam...itu yang tamparan wanita (ehh wanita ker) hinggap di muka...

Dan pernah satu hari tu kakak cerita katanya si Aida ni pernah panggil kakak dengan panggilan bab* tau. Pastu kakak terus bagitau ustazah. Ustazah kata "tak per lama-lama nanti dia yg akan jadi bab*.

Apalah ustazah ni, patutnya selaku ustazah kenalah bagi tazkirah dan pesan pada Aida si mulut berus ni ataupun marah skit pada Aida ni barang seharakat dua harakat supaya yang dia tidak mengeluarkan kata-kata yang amat tidak sopan dan tidak santun itew... opss lupa cikgu dan ustazah sekarang tak leh marahkan budak di sekolah nanti mak pak datang mengisytiharkan perang pulok... kesian nanti tak pasal-pasal kang ustazah tu tak bergaji...

Itulah budaya bebudak zaman sekarang, kalu difikirkan memang takut nak besarkan anak-anak di zaman lor neh... (tetiba teringat iklan nescafe dedolu... sape masih ingtkan lagunya sila nyanyi sekarang..."anda anak zaman ini, gaya hidup serba kini... sila lah sambung sindri mokcik tak berapa ingt maklum la ingatkan bertambah berkarat ajer skrg).   Kalau nak dibezakan dengan zaman kita dulu, agak tersimpang jauh sekali lah. Istilah/panggilan bab* ini tak der dalam kamus hidup kita apatah lagi nak panggilkan orang dengan panggilan sebegini. Rasanya istilah/panggilan ini femes ketika mokcik dah mai KL dah iaitu apabila kes JE dan HINI melanda negara dengan hebak. Masa tu ingat lagi tv pong tak panggil penyakit ini dengan istilah bab* sebaliknya khinzir...

No comments:

Post a Comment